backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

7 Jenama Kondom Terbaik & Tahan Lama Tahun 2023, No 1 & 2 'Confirm' Ramai Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    7 Jenama Kondom Terbaik & Tahan Lama Tahun 2023, No 1 & 2 'Confirm' Ramai Tahu!

    Bukan semua pasangan suami isteri berkemampuan, berkeinginan atau bersedia bagi menimang cahaya mata. Disebabkan itu, ada pasangan yang mengambil langkah untuk merancang keluarga. Sebagai salah satu teknik kontraseptif yang bagus, kalian perlu tahu dan guna kondom terbaik semasa berhubungan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Kondom, alat kontraseptif paling efektif?

    Untuk pengetahuan anda semua, terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan dalam usaha merancang keluarga seperti pengambilan pil, penyuntikan hormon atau pemasangan alat.

    Pun begitu, buat apa anda dan pasangan mengamalkan kaedah yang rumit jika kalian hanya perlu menggunakan metode yang mudah? Tidak usah fikir panjang, sila percaya dengan kegunaan kondom.

    Selain bertindak untuk menghalang air mani serta sperma daripada memasuki faraj dan rahim, ia turut mampu membantu mencegah penyebaran atau penularan penyakit jangkitan kelamin.

    Menurut kajian terbitan National Library of Medicine pada tahun 2015, kondom boleh mencegah kehamilan luar jangka dan STD/STI dengan peratusan yang tinggi iaitu lebih daripada 90%.

    kondom terbaik

    Dalam erti kata lebih mudah, kalian yang sedang merancang perlu tekun mencari kondom terbaik!

    Kondom terbaik dan tahan lama tahun 2023!

    Alat kontraseptif ini bukan sahaja menawarkan perlindungan daripada kehamilan luar jangka dan keadaan kesihatan yang buruk, ia juga boleh membuatkan hubungan kalian tahan lebih lama.

    Syaratnya, anda perlu lebih bijak memilih. Berikut senarai jenama kondom terbaik dan terpopular:

    #1. Durex Extra Safe

    Pertama dan paling popular pada tahun 2023, syarikat gergasi pengeluar kondom seantero dunia Durex telah mengeluarkan sejenis produk iaitu Durex Extra Safe yang lebih tebal dan kuat.

    Walaupun memiliki ketebalan yang besar, kondom ini lembut serta selesa sekali gus tidak akan menjejaskan atau meminimumkan sensasi seksual semula jadi semasa proses penetrasi.

    Bukan itu sahaja, ia turut disahkan selamat digunakan melalui ujian elektronik dan dermatologi makmal selain mempunyai pelincir silikon semula jadi yang ideal untuk semua individu.

    #2. Durex Real Feel

    Kadangkala, kondom tahan lama itu tidak memerlukan ketebalan yang terlalu besar tetapi cukup dengan penggunaan fabrik atau bahan dengan rasa natural agar aksi di ranjang lebih hebat.

    Sebagai contoh kondom yang bagus, Durex Real Feel diperbuat daripada material bukan lateks yang mampu memberikan sensasi maksimum sentuhan kulit ke kulit secara semula jadi.

    Sama seperti produk di atas, ia juga sudah disahkan selamat digunakan melalui ujian elektronik dan dermatologi di makmal selain mengandungi pelincir silikon semula jadi yang sesuai.

    #3. Nulatex Feel Prolong Extra Thick Condoms

    Diperbuat daripada lateks dengan kategori premium, kondom ini memiliki ketebalan ekstra yang sudah tentu akan membantu melengahkan waktu untuk sang suami mencapai ejakulasi.

    Apa yang istimewa mengenai Nulatex Feel Prolong Extra Thick Condoms adalah ia juga langsung tidak mempunyai bau getah yang kurang enak lantas membuat anda lebih selesa beraksi.

    #4. Playsafe Forever Condom

    Sesuai dengan nama, Playsafe Forever Condom adalah jenis kondom yang sangat selesa disarung pada zakar ekoran ia berbentuk dan berfungsi seperti mana alat kontraseptif tradisional.

    Walaupun ia kondom yang ‘asas’, sebenarnya ia sudah cukup bagus bagi tujuan pengambilannya dalam hubungan intim!

    #5. Top Feel 3 in 1 Rubber Latex Condom 

    Kenapa 3 dalam 1? Untuk pengetahuan anda semua, Top Feel 3 in 1 Rubber Latex Condom boleh membantu melindungi anda daripada mengandung,  mendapat STD/STI serta tahan lama di ranjang.

    Dihasilkan daripada lateks bergred paling tinggi, mungkin ini juga adalah antara kondom terbaik untuk anda. Siapa tahu, kan?

    #6. Care 28 Comfort Fit Condom

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, cara terbaik untuk anda tahan lama adalah dengan tampil lebih selesa dan sesuai ketika seks. Ini termasuk ketika anda memilih jenama kondom.

    Berita baik buat anda, Care 28 Comfort Fit Condom menawarkan ketebalan dengan keaslian yang sangat ideal sekali gus memberikan ilusi seperti kalian langsung tidak menggunakan kondom.

    #7. ONE Condoms Super Studs

    Apa yang membezakan kondom ini dengan jenama lain adalah ia terhasil dengan idea Super Studs iaitu terkandung ratusan studs conical yang mampu memberikan sensasi lebih pada pasangan.

    Selain popular sebagai kondom tahan lama, ia turut diperbuat dengan teknologi Sensatex di mana lateks yang digunakan sangat lembut, tetapi dalam masa sama kuat dan selamat bagi kita semua.

    Konklusinya, ada banyak jenama kondom terbaik 2022 juga masuk di dalam carta pada tahun ini kerana tahap keberkesanan dan keberjayaan yang tinggi ekoran kualiti produk itu sendiri.

    Namun, tahap produk mungkin berbeza bergantung individu. Jadi, dapatkan produk yang terbaik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan