home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Inginkan Kaedah Kontraseptif Lain Dari Yang Lain? Barang Kemas Kuncinya!

Inginkan Kaedah Kontraseptif Lain Dari Yang Lain? Barang Kemas Kuncinya!

Ramai pasangan suami isteri yang cenderung mencuba pelbagai kontraseptif atau cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim kerana ingin merancang keluarga mereka. Tentunya ini perkara yang normal.

Namun variasi kaedah kontraseptif ini ternyata hanya akan melibatkan ubatan, rawatan serta alatan yang kadangkala mungkin menyusahkan individu.

Bagaimana jika kami kata wujud juga cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim hanya dengan pemakaian barang kemas? Jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut!

Contraceptive Jewelry, idea yang bernas?

Pernah dengar tentang kontraseptif barang kemas atau contraceptive jewelry?

Bayangkan jika anda hanya perlu pakai barang kemas pada telinga, leher, tangan, jari dan lain tempat sebagai perhiasan dan kontraseptif dalam masa yang sama.

Ini adalah sebuah idea daripada kajian terbitan Journal of Controlled Release yang telah mencipta sebuah tampalan bersaiz kecil sebagai usaha kontraseptif atau cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim.

Apa yang lebih menariknya adalah ia boleh dipakai pada tubuh badan seumpama barang kemas dan idea ini telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Buat anda yang mungkin tertanya-tanya, tampalan bersaiz kecil ini akan disertakan dengan hormon kontraseptif levonorgestre yang mampu cegah kehamilan.

cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim

“Kami mendapati bahawa dos hormon kontraseptif yang diperlukan oleh tampalan bersaiz kecil ini adalah sangat sedikit lantas mampu menjayakan idea terbaharu tersebut”, jelas Mark Prausnitz dan J. Erskine Love Jr., peneraju utama kajian itu.

Kenapa barang kemas yang menjadi pilihan?

Dalam banyak-banyak objek yang wujud di sekitar kita, barang kemas yang menjadi pilihan sebagai panduan untuk kajian cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim terbaharu ini.

Menurut Pakar Ginekologi, Dr. Deborah Bateson dari University of Sydney di Australia, ia mungkin disebabkan oleh sifat wanita itu sendiri yang serba pemalu.

Dalam kebanyakan kes, sudah pasti perancangan keluarga itu adalah sesuatu yang bersifat sangat peribadi, sensitif dan tidak mahu ditonjolkan pada orang lain.

Disebabkan itu, tampalan bersaiz kecil sebagai usaha kontraseptif ini mungkin mampu untuk menyorokkan di samping menjayakan tujuan tersebut.

Cara mencegah kehamilan yang tidak melibatkan ubatan & rawatan?

cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim

Prausnitz dan Erskine Love menambah lagi bahawa kajian ini dilakukan sebagai usaha cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim yang tidak melibatkan sebarang ubatan dan rawatan lain.

Ia adalah sangat penting kerana majoriti pasangan yang sedang merancang kini mahukan sesuatu yang lebih cepat dan mudah untuk dilakukan sehari-harian.

Sebagai contoh jika anda sedang mengambil pil perancang, anda perlu untuk mengambilnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan untuk ia lebih efektif.

Dengan penggunaan tampalan bersaiz kecil seupama barang kemas ini, maka risiko untuk anda terlepas atau terlupa menggunakannya mungkin akan lebih kecil.

Adakah ia cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim yang akan berjaya?

Idea Contraceptive Jewelry ini telah menimbulkan tanda tanya seperti adakah ia akan berjaya serta adakah ia akan digunakan oleh wanita di luar sana?

cara mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan intim

Terdapat beberapa pandangan berbeza dari beberapa orang pakar mengenai idea ini termasuklah:

  • Bryony McNeill dari Deakin University School of Medicine di Australia menyatakan ia mungkin dapat menarik sebahagian kecil wanita yang gemar menggunakan alat kemas dan menginginkan kaedah kontraseptif lain dari yang lain
  • Lois Salamonsen dari Hudson Institute of Medical Research di Australia menyatakan ia mungkin tidak efektif kerana penggunaan kontraseptif berbentuk tampalan bersaiz kecil memerlukan kontak yang sangat rapat terhadap kulit individu
  • Kimberly Gecsi dari University Hospitals Cleveland Medical Center di Amerika pula mengatakan sebarang usaha untuk cipta cara cegah hamil yang baharu itu adalah bagus dan ia terpulang kepada orang di luar sana untuk cuba dan percaya

Dalam erti kata lebih mudah, idea cara cegah hamil yang terbaharu ini masih dalam peringkat kajian dan ia masih perlu dicuba dan diperiksa tahap keberkesanannya.

Dapatkan saranan doktor jika mahu merancang!

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, idea Contraceptive Jewelry masih dalam peringkat kajian dan memerlukan masa lama sebelum wujud di pasaran.

Pun begitu, mungkin dapat dikonklusikan di sini bahawa ia akan mengubah landskap dunia perubatan ke arah yang lebih moden, mudah, cepat dan selamat.

Jika anda mahu merancang dan ingin mencuba kaedah kontraseptif yang lain, sila dapatkan saranan doktor untuk menentukan cara mencegah kehamilan paling sesuai.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Contraceptive Jewelry Is The Future Of Birth Control,Finds New Study, https://speciality.medicaldialogues.in/contraceptive-jewelry-is-the-future-of-birth-controlfinds-new-study/, Accessed Sep 28 2021.
  2. Contraceptive Jewelry: Family Planning Gets Fashionable with Discreet Designs, https://futureofsex.net/augmentation/contraceptive-jewelry-family-planning-gets-fashionable-with-discreet-designs/, Accessed Sep 28 2021.
  3. Engineering Minute – Contraceptive Earring Patch, https://synectic.net/contraceptive-earring-patch-engineering-minute/, Accessed Sep 28 2021.
  4. Your contraception guide. https://www.nhs.uk/conditions/contraception/. Accessed Sep 28 2021.
  5. How do I use the birth control pill? https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill/how-do-i-use-the-birth-control-pill. Accessed Sep 28 2021.
  6. Contraception. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/contraception/index.htm. Accessed Sep 28 2021.
  7. Contraception Explained: Options for Teens & Adolescents. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/teen/dating-sex/Pages/Birth-Control-for-Sexually-Active-Teens.aspx. Accessed Sep 28 2021.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 2 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor