backup og meta

Benarkah Kulit Jadi 'Glowing' & Rambut Bersinar Jika Terkena Air Mani? Ini Jawapannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/12/2021

    Benarkah Kulit Jadi 'Glowing' & Rambut Bersinar Jika Terkena Air Mani? Ini Jawapannya

    Air mani adalah cecair reproduktif yang dikeluarkan zakar semasa ejakulasi. Walaupun terdapat dakwaan menyatakan manfaat kesan air mani terhadap kulit dan rambut, namun bukti saintifik masih lemah.

    Air mani mungkin mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kulit, tapi pendedahan dalam skala kecil, terutama ketika melakukan kaedah pull-out masih diragui.

    Aplikasi cecair ini pada kulit atau menelannya akan membawa risiko kepada reaksi alergi dan bahkan, jangkitan kelamin (STD)!

    Teruskan pembacaan untuk fahami kesan air mani pada kulit dan rambut, serta risiko yang berpotensi timbul.

    Air mani bagus untuk kesihatan kulit?

    Idea ini sebahagian besarnya berasal daripada bukti anekdot yang menyatakan nutrien di dalam cecair tersebut dapat membantu kesihatan kulit. Namun, sejauh mana kebenarannya?

    Walaupun air mani mengandungi nutrien yang mungkin bermanfaat bagi kulit, namun hanya sedikit bukti saintifik yang menyokong idea penggunaan air mani secara topikal.

    Jadi, benarkah nutrien terkandung di dalam sperma bermanfaat untuk kulit?

    Berikut adalah antara nutrien yang terdapat di dalam air mani:

    • Protein
    • Zink
    • Magnesium
    • Urea

    Sekarang, kita akan meneroka setiap nutrien di dalam air mani dan ketahui sama ada ia bermanfaat untuk kulit atau sebaliknya.

    Tetapi penting untuk anda ingat bahawa air mani hanya mengandungi sejumlah kecil nutrien-nutrien ini.

    Jsuteru, cecair ini biasanya tidak akan memberikan sebarang kesan apabila digunakan pada kulit.

    air mani

    #1 Protein

    Kolagen, sejenis protein yang diketahui bermanfaat untuk kesihatan kulit.

    1 kajian pada tahun 2019 menunjukkan, pengambilan suplemen kolagen dapat meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit, lantas menjadikannya lebih lembut.

    #2 Zink

    Kajian pada tahun 2014 pula mengkaji penggunaan zink. Ia didapati memiliki sifat antioksidan dan dapat membantu mencegah kerosakan kulit daripada selaran sinar UV.

    #3 Magnesium

    Penyelidikan lain pula menunjukkan, berendam di dalam larutan garam laut yang kaya dengan magnesium mungkin bermanfaat bagi individu berkulit kering.

    Ia dikatakan dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan penghidratan.

    #4 Urea

    Urea adalah ‘bahan buangan’ daripada proses pemecahan asid amino yang terdapat di dalam protein.

    Ada kajian mengatakan penggunaan produk yang mengandungi urea dalam dos yang rendah berupaya membantu melembapkan kulit.

    Kesan air mani boleh bantu masalah jerawat?

    Malangnya, dakwaan yang mengatakan air mani dapat merawat masalah jerawat adalah mitos semata-mata!

    Masih tidak jelas dari mana datangnya idea itu, tetapi topik ini kerap muncul di dalam talian; forum dan blog kecantikan.

    Kepercayaan ini tercetus dek kerana kandungan spermine (agen antioksidan dan antiradang) yang terdapat di dalam sperma dan sel di seluruh tubuh manusia, dapat memerangi cela.

    Ingin penulis tekankan sekali lagi, tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkan tuntutan ini!

    Sekiranya anda sedang mencari-cari rawatan jerawat yang terbukti berkesan, anda mempunyai beberapa opsyen, termasuk rawatan di rumah.

    Produk di kaunter yang mengandungi asid salisilik atau benzoil peroksida amat disyorkan untuk mengubati masalah jerawat ringan.

    Jerawat sistik, bagaimanapun, memerlukan rawatan yang sedikit lebih kuat. Kontraseptif oral pula dapat membantu membersihkan kulit.

    Bukan itu sahaja, kalian juga boleh mencuba beberapa prosedur profesional, seperti:

    • Light therapy
    • Chemical peels
    • Rawatan muka

    Air mani bersifat antipenuaan?

    Cecair ejakulasi kaum Adam ini mengandungi kandungan kimia yang disebut spermidine, yang bertanggungjawab terhadap bau dihasilkan air mani.

    1 kajian pada tahun 2021 menyatakan, spermidine, apabila bakteria streptococcus disingkirkan, dapat menyumbang kepada pemulihan kulit dengan merangsang sintesis kolagen.

    Namun, jumlah spermidine di dalam sperma adalah terlalu rendah untuk memberikan kesan awet muda.

    Usah bersedih, masih banyak makanan mempunyai tahap spermidine yang tinggi, seperti buahan sitrus dan lada hijau.

    Apa pula kesan pada rambut?

    rambut sihat

    Wujudnya dakwaan mengatakan bahawa spermidine berupaya merangsang pertumbuhan rambut.

    Tetapi, sama seperti kesan pada kulit, tiada bukti saintifik menunjukkan manfaat kesan air mani pada rambut.

    Kenal pasti risiko-risikonya

    Aplikasi air mani pada kulit hanya akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

    Sebahagian risikonya termasuk:

    STD

    Pengaplikasian air mani pada kulit boleh mengakibatkan seseorang berisiko untuk menghidap penyakit kelamin, seperti klamidia atau gonorea!

    Sebagai contoh, risiko untuk dijangkiti klamidia atau gonorea adalah tinggi apabila air mani termasuk ke dalam mata.

    Selain itu, gonorea berupaya menjejaskan kondisi kulit dan malah, menyebabkan ruam!

    Reaksi alergi

    Tidak mustahil untuk anda alami reaksi alahan selepas terdedah dengan air mani!

    Antara tanda reaksi alergi terhadap air mani yang boleh dikenal pasti merangkumi:

    • Kegatalan
    • Bengkak-bengkak
    • Anaphylactic shock

    Dermatitis

    Sama seperti mana-mana produk yang digunakan pada kulit, penggunaan air mani pada kulit juga menpunyai risiko tersendiri seperti, kerengsaan pada kulit.

    Akhir kata…

    Walaupun air mani mengandungi khasiat dan nutrien yang mungkin bermanfaat untuk kesihatan kulit, bukti secara saintifiknya masih lagi lemah.

    Oleh itu, tidak mungkin untuk seseorang memperoleh manfaat kulit atau rambut melalui pengaplikasian topikal atau pengambilan oral cecair tersebut.

    Lagipun, kenapa perlu memilih air mani sedangkan banyak lagi kaedah berkesan lain yang dapat merawat masalah kulit, kan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan