Betul ke pil postinor tidak boleh dimakan seperti pil perancang kehamilan biasa yang lain setiap kali anda terlajak melakukan seks? Bagaimana pula cara makan postinor yang betul?
Betul ke pil postinor tidak boleh dimakan seperti pil perancang kehamilan biasa yang lain setiap kali anda terlajak melakukan seks? Bagaimana pula cara makan postinor yang betul?

Tidak dapat dinafikan lagi, pil kontrasepsi kecemasan ini mungkin boleh menyelamatkan anda sekiranya anda terbabas atau terlupa untuk merancang sebelum bersenggama.
Namun begitu, anda tidak digalakkan untuk terlampau bergantung dengan pil kecemasan ini dengan begitu kerap. Ingin tahu sebabnya? Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan atau juga dikenali sebagai morning after pill adalah sejenis pil yang digunakan oleh para wanita khususnya untuk mengelakkan daripada berlakunya kehamilan luar jangkaan.
Kadang kala, wanita terpaksa mengambil langkah ini dalam situasi kecemasan apabila kondom yang dipakai tiba-tiba menjadi berlubang atau koyak, ataupun alat merancang dalam rahim Intrauterine Contraceptive Device (IUCD), terjatuh keluar.
Bahkan, ada juga yang mengambil pil ini apabila terlupa untuk mengambil pil perancang kehamilan biasa.
Untuk pengetahuan anda, pil postinor atau dikenali juga sebagai postinor-2, kebanyakannya dijual di pasaran terkini.
Pil ini mengandungi hormon levonorgestrel yang dapat membantu untuk menghentikan atau melambatkan proses ovulasi dan menghalang penempelan telur yang telah disenyawakan ke dinding rahim.
Walaupun pil kecemasan ini selamat untuk digunakan, namun ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pengganti untuk perancang kehamilan yang biasa.
Ini kerana pil postinor 2 ini dikatakan hanya berkesan untuk mencegah kehamilan dalam 85% sahaja jika ia diambil dalam masa 72 jam (3 hari) selepas anda bersenggama.
Anda juga disarankan untuk tidak bertangguh apabila mengambil pil postinor ini setelah melakukan hubungan seksual. Semakin lama anda berlengah mengambil pil ini, semakin tinggi lagi risiko anda untuk hamil!
Apa yang lebih penting sekali adalah, ubat ini hanya boleh diambil dalam sekali sahaja dalam satu kitaran haid.
Anda dinasihati untuk tidak mengambil ubat ini dengan kerap kerana ia boleh menjejaskan kitaran haid anda yang normal. Jika anda mengambil ubat ini selalu, kemungkinan haid anda akan datang terlalu awal atau lambat sedikit dari biasa.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan lain sekiranya anda mengambil pil prostinor ini:
Anda dinasihati untuk memaklumkan pada doktor atau ahli farmasi dengan segera sekiranya kesan sampingan tersebut menjadi lagi teruk bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.

Cara makan postinor yang paling utama adalah anda perlu mengambil pil ini secepat yang mungkin selepas projek asmara anda berlangsung.
Semakin awal anda mengambilnya, semakin berkesan pil ini untuk mencegah kehamilan anda.
Untuk pengetahuan anda, tablet pertama mesti diambil tidak lebih daripada 72 jam (3 hari) selepas tempoh anda bersenggama. Kemudian, anda boleh mengambil tablet kedua selepas sahaja tempoh 12 jam dari pengambilan tablet pertama anda.
Pastikan anda merancang pengambilan tablet kedua anda dengan betul supaya anda tidak terlupa atau terlajak masa untuk mengambil pil tersebut.
Makan pil kedua pada pertengahan malam merupakan cara makan postinor yang tidak sesuai kerana anda mungkin sedang tidur pada ketika itu.
Pastikan cara makan postinor anda betul supaya risiko kehamilan dapat dikurangkan.
Sekiranya anda muntah dalam tempoh 2 jam selepas anda mengambil pil ini, anda harus berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan pil tersebut tidak diserap dengan betul atau tidak sesuai dengan anda.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada banyak lagi kaedah lain yang boleh dicuba untuk merancang kehamilan anda.
Sekiranya anda dan pasangan kerap melakukan hubungan seks tanpa menggunakan alat perlindungan, mungkin sudah tiba masanya anda beralih arah dengan kaedah kontraseptif yang lain selain kondom dan juga pil.
Anda boleh mencuba kaedah lain seperti suntikan depo-provera, implant hormon, tampalan hormon, gegelang hormon dan juga pengunaan IUD.
Namun begitu, kaedah tersebut ada kesan baik dan buruknya yang tersendiri. Tetapi, ia lebih baik daripada anda bergantung 100% pada pil kontraseptif kecemasan semata-mata.
Perlu diingatkan juga, kontrasepsi kecemasan ini juga tidak dapat membantu anda untuk mengelakkan jangkitan penyakit kelamin (STI) dan HIV/AIDS.
Kesimpulannya, pil postinor ini hanya sesuai untuk digunakan dalam situasi kecemasan sahaja dan perlu diambil sebanyak sekali sahaja dalam satu kitaran haid. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor jika anda kurang pasti dengan kaedah kontraseptif mana yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Tablet Levonorgestrel 0.75 mg. http://www.myhealth.gov.my/en/tablet-levonorgestrel-0-75-mg/. Diakses pada November 16, 2023.
Postinor-2 Tablets. https://www.nps.org.au/medicine-finder/postinor-2-tablets. Diakses pada November 16, 2023.
What You Should Know About The Morning-After Pill. https://health.clevelandclinic.org/what-you-should-know-about-the-morning-after-pill-hint-its-not-the-only-option-for-emergency-contraception/. Diakses pada November 16, 2023.
Levonorgestrel. Intrauterine Route. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/levonorgestrel-intrauterine-route/side-effects/drg-20073437. Diakses pada November 16, 2023.
Postinor, 1500 microgram tablet, levonorgestrel. https://www.medicines.org.uk/emc/files/pil.5143.pdf. Diakses pada November 16, 2023.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor