backup og meta

Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 12/07/2022

    Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

    Teh hijau dikategorikan sebagai minuman sihat yang sudah tidak diragukan lagi manfaatnya. Bahkan, teh ini juga dikenali ramai sebagai minuman yang efektif untuk menurunkan berat badan. Kajian terkini berjaya membuktikan satu lagi kebaikan teh hijau yang mungkin tidak ramai tahu, iaitu sebagai ubat kolesterol semula jadi. 

    Akan tetapi, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk teh ajaib ini menurunkan kadar kolesterol anda?

    Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.

    Kepentingan mengawal tahap kolesterol

    kebaikan teh hijau

    Kadar lemak tinggi dalam darah, khususnya LDL dan trigliserida berisiko untuk membentuk radikal bebas dalam tubuh.

    Radikal bebas ini boleh merosakkan sel-sel tubuh dan mengakibatkan berbagai-bagai penyakit yang serius seperti masalah jantung dan strok.

    Kolesterol yang berlebihan dalam tubuh akan membentuk plak lemak dalam dinding pembuluh darah jantung.

    Hal ini mengakibatkan pembuluh darah semakin sempit, mengeras dan akhirnya tersumbat. Oleh itu, jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan.

    Apabila pembentukan plak lemak semakin banyak, tekanan pada jantung untuk mengepam darah akan menjadi lebih tinggi dan seterusnya menyebabkan kegagalan jantung.

    Banyak kajian telah mendedahkan individu dengan kolesterol LDL tinggi lebih berisiko untuk terkena serangan jantung berbanding dengan individu yang memiliki kadar kolesterol yang normal.

    Faktor risiko peningkatan tahap kolesterol

    Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan peningkatan tahap kolesterol LDL dalam tubuh anda seperti :

    Kebaikan teh hijau sebagai ubat kolesterol semula jadi

    kebaikan teh hijau

    Teh hijau atau nama saintifiknya Camellia sinensis mempunyai sejenis kandungan flavonoid unik dengan antioksidan tinggi bergelar katekin.

    Walaupun katekin tidak mempengaruhi kerja enzim yang memecah lemak, ia bertindak dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dan meningkatkan pembuangan kolesterol daripada badan.

    Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2011 mendapati kebaikan teh hijau boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan trigliserida dengan ketara.

    Kajian di Jepun melibatkan 40,530 orang dewasa membuktikan individu yang minum lebih daripada 5 cawan teh hijau sehari mempunyai risiko kematian  26% lebih rendah disebabkan oleh strok atau serangan jantung.

    Dapatan ini dibuat berbanding dengan individu yang minum kurang daripada secawan sehari.

    Ia juga boleh meningkatkan keupayaan antioksidan dalam darah. Hal ini penting untuk mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL yang merupakan salah satu faktor risiko penyakit jantung.

    Kebaikan teh hijau dan tempoh menurunkan tahap kolesterol

    Seperti bahan semula jadi yang lain, anda tidak akan dapat melihat kebaikan teh hijau pada tahap kolesterol anda dalam jangka masa yang singkat.

    Banyak kajian mengesyorkan pengambilan teh hijau selama berminggu-minggu sebelum ada penurunan kadar kolesterol.

    Sesetengah kajian lain pula menyatakan tidak ada perubahan yang akan berlaku buat 2 bulan yang pertama.

    Oleh itu, konsumsi teh hijau harus dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya buat pengawalan tahap kolesterol anda.

    Kathy McManus, Pengarah Bahagian Nutrisi di Brigham and Women’s Hospital berpendapat, meskipun tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan dalam kajian, tapi katekin mampu meningkatkan enzim hati pada haiwan.

    Selain itu, teh hijau juga merupakan sumber oksalat utama yang boleh menyebabkan batu karang ginjal.

    Jika diambil dalam jumlah yang berlebihan, ia boleh meningkatkan risiko anda mendapat batu karang ginjal.

    Namun, jika teh hijau diambil dalam kuantiti yang berpatutan, ia boleh meningkatkan kesihatan jantung anda.

    Konklusi

    Kebaikan teh hijau tidak berakhir dengan pengawalan tahap kolesterol anda.

    Terdapat banyak lagi manfaatnya buat tubuh anda seperti melawan kanser, pengawalan berat badan dan sebagainya.

    Sertakanlah sekurang-kurangnya 2 gelas teh ajaib ini dalam hidangan setiap hari untuk kesihatan tubuh anda.

    Jangan lupa kongsikan tip ini dengan orang tersayang.

    NAMUN, anda tidak disarankan untuk bergantung semata-mata kepada pengambilan minuman teh hijau.

    Pastikan anda tetap memakan ubat seperti yang ditetapkan doktor, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan