home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kolesterol Tinggi: Pilihan Makanan Berkhasiat Apabila Makan di Luar

Kolesterol Tinggi: Pilihan Makanan Berkhasiat Apabila Makan di Luar

Apabila paras kolesterol anda tinggi, ini tidak bermakna anda tidak boleh pergi ke restoran kegemaran anda, makan bersama rakan anda, atau menyertai makan malam keluarga di restoran. Apa yang anda perlu lakukan adalah memahami apa yang anda makan, dan membantu diri anda dengan pilihan terbaik untuk diet rendah kolesterol. Ini bermakna anda harus belajar membaca menu, dan mengenal pasti kandungan dalam menu tersebut. Berikut adalah petua yang dapat membantu anda semasa makan.

Sedia untuk Pesanan Anda

Sekiranya anda sudah mengetahui menu pilihan, anda boleh memikirkan hidangan yang akan anda pesan sebelum memasuki restoran. Dengan cara ini, anda mungkin tidak akan tergoda kepada makanan yang mungkin kelihatan tidak sihat. Sekiranya ia adalah sebuah restoran baru yang anda tidak pernah cuba sebelum ini, luangkan masa untuk membaca menu dengan berhati-hati supaya anda boleh membantu diri anda mendapatkan pilihan terbaik. Malahan, anda boleh meminta pelayan untuk membuang makanan yang menggoda – sebakul roti, contohnya. Pastikan anda menghabiskan dua gelas penuh air sebelum pelayan membawa makanan anda. Ingatkan diri anda untuk menjauhi makanan yang digambarkan sebagai mentega, krim, makanan digoreng, eskalop.

Makanan untuk Dihindari

Para saintis baru-baru ini mendapati bahawa bagi kebanyakan orang, kolesterol dalam makanan anda kurang mempengaruhi kadar kolesterol dalam darah daripada beberapa jenis lemak tertentu yang anda makan. Makanan yang kaya kolesterol, seperti tenusu tinggi lemak, daging berlemak, barang-barang roti, mengandungi tahap lemak tepu atau lemak trans yang lebih tinggi; kedua-dua lemak ini diketahui meningkatkan kolesterol dalam darah.

Oleh itu, apabila anda mengambil makanan yang banyak dengan lemak tepu atau trans, lebih banyak kolesterol akan dihasilkan oleh hati anda. Daripada mengisi diet anda dengan lemak tepu, anda perlu mengambil lebih banyak lemak tidak tepu yang sihat untuk mengurangkan kedua-dua kolesterol dan lipoprotein kepadatan rendah (LDL), kolesterol tidak baik anda. Lemak tidak tepu adalah pilihan terbaik. Anda boleh mendapatkannya dari minyak soya, ikan berlemak (salmon), minyak zaitun.

Cara Membuat Pesanan Menu

Jelas sekali anda harus memesan makanan jenis kukus, panggang, masak atau bakar. Kentang merupakan hidangan kegemaran ramai orang, tetapi anda harus mengelakkan makan kentang goreng. Sebaliknya, kentang panggang, atau rebus adalah pilihan yang lebih baik. Jangan lupa meminta pelayan untuk mengeluarkan krim masam dan mentega. Pesan sup berasaskan air rebusan sebagai pengganti makanan jejari goreng atau sup krim untuk makanan pembuka. Ayam, daging merah tanpa lemak, atau makanan laut adalah pilihan yang lebih baik daripada daging yang diproses atau berlemak. Jangan lupa untuk memperkayakan hidangan anda dengan memilih makanan banyak serat seperti memesan sayur-sayuran kukus. Anda boleh memesan salad tetapi elakkan keju parut, krim, salad kentang, atau bit bacon. Untuk pencuci mulut, anda boleh memilih buah segar, tetapi jangan tambahkan krim atau hiasan di atasnya.

Bagaimanakah pula dengan udang, telur, dan keju? Udang cukup kaya dengan kolesterol, tetapi tidak mengandungi banyak lemak tepu. Jika anda sudah mengambil udang dua kali sebulan, tunggu bulan depan pula. Telur, jika dimakan secara sederhana, boleh menjadi sangat baik. Keju kaya dengan lemak tepu dan natrium. Kekalkan keju dengan pengambilan sederhana atau rendah apabila anda mempunyai masalah kolesterol tinggi.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Healthy Dining Out With High Cholesterol. https://www.everydayhealth.com/high-cholesterol/living-with/dining-out-with-high-cholesterol/. Accessed August 14, 2017.

 

High Cholesterol: Healthy Choices When Eating Out. http://www.webmd.com/cholesterol-management/guide/healthy-choices-when-eating-out. Accessed August 14, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel