home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

Tahukah anda, lemak sihat atau lemak baik untuk diet sememangnya disarankan untuk diambil walaupun anda seorang penghidap diabetes.

Namun, anda masih perlu mengurangkan pengambilan jenis lemak tidak sihat dan hanya mengambil jenis lemak sihat.

Apakah yang dikatakan sebagai lemak sihat? Untuk mengetahui secara ringkas berkenaan dengannya, sila lihat kepada huraian di bawah ini.

Ini maksud lemak baik untuk diet atau lemak sihat

lemak sihat

Tidak semua lemak dikategorikan sebagai lemak jahat kerana ada juga jenis lemak baik atau lemak yang sihat.

Lemak yang sihat adalah jenis lemak yang tidak tepu dan biasanya ditemukan daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

Pada suhu bilik, lemak baik akan berada dalam keadaan cecair berbanding lemak tidak sihat yang berbentuk pepejal.

Antara contoh sumber lemak baik ialah minyak zaitun, minyak safflower, minyak kanola, minyak bunga matahari, buah avokado dan juga kekacang seperti badam.

Selain itu, terdapat juga jenis lemak baik yang diperoleh daripada sumber ikan seperti ikan salmon, hering dan juga ikan tenggiri.

Lemak tidak sihat atau lemak jahat pula adalah sejenis lemak tepu, dan ia berbentuk pepejal apabila berada dalam suhu bilik.

Kebanyakan daripada sumber lemak tepu ini berasal daripada haiwan seperti lemak ayam, daging, mentega, minyak kelapa dan makanan yang diproses.

Adakah penghidap diabetes boleh mengambil lemak dalam pemakanan?

lemak baik untuk diet

Bagi jenis lemak tidak sihat seperti lemak ayam, krim, mentega, keju atau marjerin, pengambilannya masih perlu dikawal bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung dan strok.

Bagi jenis lemak baik pula, anda boleh mengambilnya dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding lemak jahat, tetapi masih perlu berpada-pada.

Tidak seperti lemak jahat, lemak baik berperanan memberikan perlindungan kepada kesihatan jantung anda dengan mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Mengapa pesakit diabetes perlu ambil lemak baik untuk diet atau lemak sihat dalam pemakanan

#1. Lemak membuatkan anda cepat kenyang

Apabila anda mengambil sumber lemak dalam pemakanan, secara automatiknya anda akan kurang makan sumber karbohidrat.

Ini kerana, lemak yang diambil membuatkan anda berasa cepat kenyang dan tidak cepat rasa lapar.

Lemak akan menghantar mesej hormon cholecystokinin kepada otak untuk menghentikan anda daripada terus makan.

Untuk lebih memudahkan anda memasukkan lemak dalam pemakanan, hanya tambahkan saja kekacang seperti badam atau boleh juga menambahkan telur dalam hidangan anda.

#2. Lemak mengawal paras gula darah

Apabila anda mengambil lemak, ia akan bertindak dengan cara memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam aliran darah.

Ia sekali gus menstabilkan paras gula darah daripada meningkat secara mendadak.

Dengan kesan seperti ini, tubuh badan anda tidak akan memerlukan pengeluaran insulin dengan kadar yang banyak bagi penyerapan gula ke dalam sel.

#3. Lemak menggalakkan penyerapan nutrien

Vitamin seperti A, E, D dan juga K memerlukan lemak untuk diserap ke dalam tubuh badan.

Tanpa kehadiran lemak dalam tubuh, nutrien seperti vitamin-vitamin ini tidak dapat diserap dengan baik atau sempurna ke dalam tubuh.

Selain itu, pesakit diabetes juga boleh mendapat manfaat daripada penyerapan nutrien khusus yang membantu mengawal paras gula darah.

#4. Lemak meningkatkan fungsi otak

lemak sihat

Tahukah anda, sistem saraf tubuh badan manusia amat memerlukan lemak kerana ia berperanan menyokong satu lapisan yang disebut sebagai myelin sheath atau sarung myelin.

Sarung myelin ini berfungsi membantu otak memberikan respons yang logik terhadap sebarang imput atau mesej yang diterima.

Selain itu, kehadiran lemak juga membantu mengurangkan risiko pengurangan fungsi kognitif dan kehilangan memori yang sering berlaku dalam kalangan pesakit diabetes.

#5. Lemak berperanan dalam penghasilan hormon tubuh

Penghidap diabetes juga berpotensi untuk mengalami ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Lemak yang diambil melalui pemakanan boleh membantu tubuh untuk menghasilkan paras hormon yang stabil.

Apakah kepentingan kestabilan hormon? Ia menggalakkan kestabilan emosi seseorang, mengawal selera makan, mengurangkan rasa mengidam dan memberikan tahap tenaga yang konsisten.

Kesimpulan

Lemak sememangnya mempunyai peranan yang tersendiri dalam fungsi tubuh badan manusia.

Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak dan mengambilnya secara berpada-pada terutamanya lemak tidak sihat atau lemak jahat.

Ia juga memberikan manfaat yang baik kepada pesakit diabetes daripada aspek pengawalan kadar gula darah agar tidak meningkat dengan mendadak.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Good Fats, Bad Fats

Understanding Fats & Oils

https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/food-groups/fats-and-diabetes

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 11/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x