Ingin Guna Minyak Gamat Untuk Rawat Buasir? Sekejap, Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda perasan di enjin carian Google, ada banyak iklan-iklan yang menjual minyak atau krim gamat untuk tujuan rawatan buasir. Minyak gamat ini dikatakan sebagai salah satu daripada petua kecutkan buasir.

Persoalannya, adakah kegunaan minyak gamat benar-benar boleh mengecutkan buasir anda?

Apa itu buasir?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut berkenaan keberkesanan minyak gamat dalam merawat buasir, kita mestilah memahami apakah maksud buasir itu sendiri.

Buasir adalah urat bengkak yang terletak di sekitar dubur atau di rektum bawah. Kira-kira 50 peratus orang dewasa akan mengalami gejala buasir pada usia 50 tahun.

Buasir boleh terdiri daripada buasir dalaman atau luaran. Buasir dalaman berkembang di dalam dubur atau rektum. Buasir luar pula terjadi di luar kawasan dubur. 

Buasir luar adalah yang paling biasa berlaku dan paling menyakitkan. Buasir yang terbentuk boleh menyebabkan rasa sakit, gatal yang teruk, dan sukar untuk duduk.

Namun, anda tidak perlu risau kerana keadaan buasir ini masih lagi boleh dirawat.

Apakah punca kepada buasir?

kegunaan minyak gamat

Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya buasir masih tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun, terdapat beberapa faktor yang memungkinkannya untuk terjadi, antaranya:

Adakah petua kecutkan buasir melalui minyak gamat berkesan?

Produk berasaskan gamat telah lama bertapak dan diguna pakai oleh masyarakat di negara ini untuk pelbagai tujuan. Ia lebih sinonim dengan fungsinya sebagai penyembuh luka selain memulihkan kesihatan tubuh badan.

Golongan wanita turut meminum mimuman berasaskan gamat selepas bersalin bagi memulihkan tubuh mereka. Kajian ada menyatakan gamat mempunyai kandungan nutrisi yang bertindak sebagai anti bakteria, anti kulat dan anti keradangan.

Namun, masih banyak kajian mendalam diperlukan untuk memastikan bahawa gamat ini mempunyai nilai perubatan seperti yang sering didakwa.

Timbul juga beberapa persoalan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.

Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini, tiada kajian yang boleh mengesahkan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.

Tidak terdapat kajian yang benar-benar membuktikan keberkesanan kegunaan minyak gamat atau krim gamat dalam merawat buasir, terutamanya buasir luaran.

Petua kecutkan buasir melalui kegunaan minyak gamat ini hanyalah berdasarkan kepada testimoni pengguna semata-mata, bukanlah kajian analisis secara mendalam berkenaan keberkesanannya secara khusus terhadap buasir. 

Jadi, apakah perkara yang boleh saya lakukan untuk kurangkan buasir?

petua kecutkan buasir

Sekiranya anda berada di rumah, ini beberapa perkara yang boleh dilakukan jika berlakunya buasir:

  • Mandi sitz. Ini melibatkan mandian dengan merendam kawasan daripada pinggang hingga dubur ke dalam air suam. Untuk lebih melegakan keadaan buasir yang dialami, anda boleh menambahkan sedikit garam Epsom ke dalam air
  • Gunakan tisu basah untuk mengelap dubur. Tisu tandas mempunyai tekstur yang agak kasar dan boleh menyebabkan iritasi pada buasir luar. Cuba gunakan tuala lembap atau tisu basah sebagai ganti 
  • Gunakan pek sejuk atau pek ais. Balut pek sejuk dengan tuala dan duduk di atasnya untuk mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan pada kawasan tersebut. Lakukannya tidak lebih daripada 20 minit dalam satu-satu masa
  • Elakkan meneran atau duduk di tandas dalam jangka masa yang lama. Ini boleh memberi lebih banyak tekanan pada buasir
  • Gunakan produk daripada farmasi. Anda juga boleh menggunakan krim topikal untuk buasir luaran

Anda juga perlu melakukan beberapa perkara untuk melembutkan najis anda. Najis yang keras hanya akan menyebabkan iritasi atau keradangan yang berpanjangan pada buasir, lalu menyebabkan pendarahan.

Antara cara untuk melembutkan najis anda ialah:

  • Kekal hidrat. Minum banyak air sepanjang hari untuk mengelakkan sembelit
  • Makan lebih banyak serat. Cuba secara beransur-ansur menambahkan lebih banyak makanan berserat tinggi ke dalam makanan anda, seperti biji-bijian, sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini dapat membantu mencegah sembelit dan najis tidak teratur
  • Ambil pelembut najis. Sekiranya anda mengalami sembelit, cubalah mengambil pelembut najis yang boleh didapati di farmasi
  • Gunakan suplemen serat. Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memastikan anda tidak mengalami sembelit, anda juga boleh mengambil suplemen serat, seperti metilselulosa atau sekam psyllium. Anda boleh membeli suplemen serat ini di kaunter farmasi
  • Melakukan aktiviti fizikal setiap hari. Kekal aktif setiap hari boleh mengurangkan kadar sembelit yang dialami

Dapatkan rawatan di hospital

Sekiranya rawatan di rumah tidak memberikan kelegaan kepada anda, terdapat beberapa rawatan pembedahan yang dapat membantu anda mengatasi masalah buasir ini.

Ini termasuklah kaedah ligasi gelang getah (rubber band ligation).

Ligasi gelang getah melibatkan penggunaan gelang getah kecil ke pangkal buasir dalaman. Ia akan menyekat aliran darah, yang pada akhirnya menyebabkan buasir mengecut dan mengecil.

Kaedah ini terbukti berkesan berbanding daripada kegunaan minyak gamat sebagai petua kecutkan buasir yang tidak terbukti keberkesanannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lap Punggung Dengan Tisu Tandas Terbukti Tak Bersih, Tiba Masa Untuk STOP Guna!

Tahukah anda bahawa perbuatan mengelap punggung dengan tisu tandas sebenarnya tidak bersih? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/11/2019 . 3 minit bacaan

Selalu Sangat Layan Drama Korea Dalam Tandas, Akhirnya Dapat Buasir

Jika anda tidak mahu anda mendapat buasir, elakkan daripada menggunakan telefon semasa membuang air besar. Ketahui disini mengapa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/09/2019 . 2 minit bacaan

Ini Keadaan Yang Perlu Anda Bimbangkan Apabila Memasuki Trimester Ketiga – PENTING!

Dalam tempoh kehamilan, wujud risiko mengalami buasir semasa mengandung. Sudah tentu ia mendatangkan kerisau buat wanita hamil, bukan? Ini cara atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/08/2019 . 3 minit bacaan

Bawa Telefon Pintar ke Tandas Boleh Jadi Punca Buasir?

Masalah tisu buasir adalah salah satu masalah yang kerap berlaku dan jika anda mengalaminya, anda sebenarnya tidak keseorangan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 23/08/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

urat simpul

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
rawatan buasir

Katanya Selain Pembedahan, Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
seks anal

Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/03/2020 . 3 minit bacaan
berak cangkung

Tandas Cangkung Terbukti Lebih Baik Dari Jamban Duduk, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/12/2019 . 3 minit bacaan