backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Perkara Kena Tahu Sebelum Ambil Suplemen Agar Buah Pinggang Terjaga!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    7 Perkara Kena Tahu Sebelum Ambil Suplemen Agar Buah Pinggang Terjaga!

    Ramai orang yang akan ambil suplemen tambahan jika nutrien daripada makanan dan minuman tidak mencukupi. Namun, sila waspada dengan kesan pengambilan suplemen terhadap tubuh anda!

    Ini kerana suplemen tambahan mempunyai pro dan kontra yang tersendiri di mana ia akan membekalkan nutrien namun mungkin juga akan merosakkan tubuh badan.

    Antara perkara yang paling menakutkan berkaitan kesan pengambilan suplemen adalah ia dikatakan boleh merosakkan buah pinggang. Jom teruskan membaca artikel.

    Kepentingan nutrien terhadap tubuh badan!

    Sesungguhnya, nutrien itu adalah sangat penting untuk tubuh badan membina otot, membaiki tisu, mengelak infeksi serta mengawal berat badan yang stabil.

    Antara sumber nutrien yang utama adalah protein, kalori, vitamin dan mineral yang perlu anda ambil daripada variasi makanan, minuman ataupun makanan tambahan jika perlu.

    Suplemen pula wujud dalam pelbagai jenis dan fungsi termasuklah untuk menambahkan berat badan, menurunkan berat badan serta lain-lain tujuannya.

    Disebabkan itu, anda perlu waspada akan kesan pengambilan suplemen dengan mendapatkan informasi dan nasihat daripada doktor sebelum membeli serta menggunakan suplemen.

    kesan pengambilan suplemen

    Perkara perlu tahu tentang suplemen tambahan!

    Untuk pengetahuan anda, memang wujud beberapa jenis suplemen yang mungkin berbahaya terutamanya buat penderita penyakit berkaitan organ buah pinggang.

    Sila baca dan faham perkara-perkara berikut untuk elak kesan pengambilan suplemen berlaku:

    #1. Suplemen wujud untuk pelbagai tujuan

    Suplemen yang terdapat di pasaran menyajikan variasi jenis produk untuk pelbagai tujuan tertentu bagi memenuhi kehendak individu.

    Contohnya, ada suplemen yang tinggi dengan protein dan kalori bagi tujuan bina badan selain wujud juga untuk tujuan menambah atau mengurangkan berat badan.

    Ada juga suplemen khas yang akan hanya menawarkan 1 jenis nutrien seperti vitamin atau mineral yang perlu dipilih oleh pengguna dengan berhati-hati.

    #2. Tidak semua produk itu telah diperakui

    Di Malaysia, setiap suplemen itu perlu diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Food and Drug Administration (FDA) sebelum boleh dijual.

    Namun dengan kewujudan jalur lebar, banyak produk tipu dan palsu yang telah terpampang di internet, yang boleh memperdayakan pengguna melalui pengiklanan.

    Suplemen sebegini mungkin membawa mudarat untuk kesihatan pengguna terutamanya buat organ buah pinggang ekoran tiada kepastian bahawa ia benar-benar boleh mengubati atau mungkin berbahaya buat anda.

    #3. Risiko untuk terlebih mengambil suplemen

    Suplemen hanya perlu diambil pada kadar yang tertentu dan tidak terlebih kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan organ buah pinggang.

    kesan pengambilan suplemen

    Buah pinggang yang telah rosak pula mungkin tidak akan mampu untuk membuang lebihan produk tertentu lantas menyebabkan nutrien terlalu banyak dalam badan.

    Kesannya, ia mungkin boleh membahayakan tubuh anda secara keseluruhan. Jadi, sila ambil makanan tambahan mengikut preskripsi untuk elak kesannya.

    #4. Setiap individu itu adalah tidak sama

    Setiap orang mempunyai keperluan nutrien tertentu yang berbeza. Contohnya, ada individu yang perlu mendapatkan lebih/kurang protein dan kalori berbanding orang lain.

    Ini menunjukkan bahawa jika sesuatu suplemen itu adalah perlu dan efektif untuk orang lain, tidak semestinya ia juga akan membawa kesan yang sama buat anda.

    Jadi, sila pastikan anda berkomunikasi dan berkonsultasi dengan pakar diet atau doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk ambil sebarang suplemen.

    #5. Diet anda akan berikan gambaran

    Pakar diet mungkin akan bertanya berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman seharian bagi menentukan suplemen mana yang terbaik buat anda.

    Pemeriksaan kondisi fizikal dan mental juga mungkin perlu dijalankan selain penelitian terhadap jenis rawatan dan ubatan yang pernah atau masih anda ambil.

    Kemudian, barulah jawapan untuk suplemen mana yang terbaik buat anda boleh terjawab lantas memberi gambaran jelas berkaitan nutrien yang anda perlukan.

    kesan pengambilan suplemen

    #6. Rujuk pada sains dan bukan testimoni

    Sekiranya anda baru pertama kali ingin membeli dan menggunakan suplemen, adalah sangat penting untuk anda rujuk pada sains dan bukan testimoni produk.

    Oleh itu, sila lihat kepada data-data yang ada berkaitan keadaan kesihatan anda serta produk tersebut agar pilihan suplemen terbaik dapat dibuat lebih tepat.

    Apa yang lebih utama adalah jangan sesekali terpengaruh dengan testimoni yang mungkin hanya sekadar teknik pemasaran yang berunsur penipuan semata-mata.

    #7. Suplemen yang selamat itu memang wujud

    Akhir sekali, anda juga perlu tahu bahawa memang wujud produk yang selamat buat anda yang tidak akan membuatkan buah pinggang terjejas angkara kesan pengambilan suplemen.

    Mungkin adalah lebih baik untuk anda hanya mendapatkan suplemen-suplemen yang anda perlu daripada kaunter pusat perubatan berbanding di pasaran terbuka.

    Paling penting, pastikan produk yang anda mahukan itu telah terbukti dengan sains, diperakui oleh pakar serta sesuai dengan anda sebelum beli dan guna produk tersebut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan