Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi sesetengah individu, seks anal mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh memenuhi kepuasan seks.

Walau bagaimanapun, seks anal ataupun hubungan intim melalui penetrasi di dubur ini dikatakan boleh jadi punca buasir.

Ini kerana seks melalui anus ini boleh menyebabkan dubur terasa sakit dan juga berdarah. Adakah seks anal benar-benar boleh jadi salah satu punca buasir?

Bagaimana buasir boleh muncul di dubur?

seks anal

Sebelum mengetahui bagaimana seks anal boleh jadi punca buasir, anda perlu tahu dahulu bagaimana buasir boleh terbentuk di dubur.

Buasir atau juga dikenali sebagai haemorrhoid, adalah satu benjolan yang terkandung pembuluh darah vena yang berada di dalam rongga rektum atau tergantung di sekitar lubang dubur anda jika ia boleh dilihat dari luar.

Menurut pernyataan Dr. Michael Valente yang dikupas di Cleveland Clinic, buasir sebenarnya adalah satu bahagian yang normal dalam tubuh manusia. Punca buasir menjadi salah satu masalah kesihatan adalah apabila pembuluh darah tersebut mengalami iritasi, membengkak lalu menyebabkan kesakitan.

Menurut Dr. Alexis Grucela, Pembantu Doktor Pembedahan Kolorektal di NYU Langine Medical Center, buasir boleh membengkak dan menyebabkan kesakitan kerana kawasan di sekitar dubur mendapat terlalu banyak tekanan. 

Tekanan besar ini biasanya disebabkan oleh meneran tinja dengan terlalu kuat dan lama seperti ketika sedang sembelit.

Penyebab lain yang menyebabkan peningkatan tekanan pada pembuluh darah di kawasan dubur adalah kehamilan.

Wanita yang sedang hamil juga lebih berisiko untuk mengalami buasir kerana rahimnya akan terus membesar sehingga memberikan tekanan di bahagian bawah tubuh.

Begitu juga jika anda kerap duduk terlalu lama atau sering mengangkat benda-benda berat.

Ia juga dapat menyebabkan peningkatan tekanan pada pembuluh darah di dubur sehingga menyebabkan buasir membengkak dan mengalami keradangan. 

Oleh itu, bagaimana seks anal boleh menyebabkan buasir?

buasir

Menurut Dr. Alex Ky-Miyasaka, seorang pakar bedah kolorektal di Mount Sinai Medical Center, bersenggama dengan tusukan di dubur ini tidak menyebabkan kemunculan buasir baharu pada tubuh anda.

Walau bagaimanapun, penetrasi atau kemasukan zakar ke dalam anus secara tidak langsung dapat menyebabkan iritasi pada buasir yang sudah anda alami.

Buasir yang sedia ada bengkak akan terus berasa sakit akibat daripada gesekan semasa penetrasi. Ini menyebabkan anda akan berasa sakit ketika melakukan hubungan seks anal. 

Tambahan lagi, dubur tidak menghasilkan bahan pelincir semula jadi seperti faraj yang boleh membuatkan penetrasi berasa lebih mudah dan kurang sakit.

Gesekan yang kering pada dubur boleh menjadikan benjolan buasir tersebut menjadi haus, terluka dan koyak sehingga menyebabkan pendarahan.

Pakar perubatan juga berpendapat bahawa penetrasi seks anal dapat menyebabkan iritasi atau mengoyakkan lapisan dubur yang sudah sedia ada mempunyai buasir, sehingga menyebabkan rekahan pada lubang dubur. 

Risiko lain tusukan di dubur

buasir

Selain daripada memburukkan buasir yang sedia ada, seks anal juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang lain.

Antaranya, ia boleh membuatkan dinding dubur mengalami iritasi. Dubur berbeza dengan faraj, kerana faraj akan mengeluarkan lebih banyak cecair pelincir semula jadi apabila semakin terangsang.

Kulit di dalam dubur tidak diciptakan sama seperti kulit di dalam faraj. Oleh sebab itu, ia berisiko untuk mengalami koyakan dan berdarah.

Apabila kulit dalam dubur telah terbuka, koyakan yang berlaku ini akan lebih berisiko tinggi menjadi pintu kemasukan bakteria dan juga virus penyebab penyakit kelamin dari satu individu kepada individu lain.

Apatah lagi jika seks anal yang anda lakukan itu tidak menggunakan sebarang penggunaan kondom.

Jadi, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan dahulu sekiranya anda sedia ada mempunyai buasir dan bercadang melakukan hubungan intim melalui anus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

    Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Masalah Kehamilan, Tips Hamil 19/02/2021 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

    Semasa cuba hamil, mengetahui waktu subur perempuan memainkan peranan yang amat penting untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Ini cara untuk kenal pasti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Haid 17/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Anda terfikir dan tertanya berapa hari selepas bersama boleh mengandung? Untuk tahu jawapannya, jom klik dan baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Petua Seks 11/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sebab buasir

    Tersiksa Apabila Terkena! Tapi Apa Punca BUASIR Buat Punggung Gatal & Sakit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    spotting coklat

    Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
    hubungan suami istri

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan