“Toilet newspaper syndrom” adalah satu keadaan di mana seseorang duduk terlalu lama di mangkuk tandas kerana ditemani bahan bacaan seperti surat khabar. Mungkin pada zaman sekarang, orang ramai tidak lagi membawa masuk surat khabar bersama-sama mereka ke tandas. Walau bagaimanapun, tabiat ini masih berlaku memandangkan surat khabar telah digantikan dengan sesuatu yang lebih bersifat interaktif dan mengasyikkan iaitu gajet seperti telefon pintar. Bahkan terdapat individu yang masih sempat bermain game di telefon pintar ketika membuang air besar. Tabiat seperti inilah yang turut menyebabkan seseorang individu itu mendapat masalah buasir.
Dr Meheshinder mencadangkan agar setiap individu tidak membawa bersama bahan bacaan atau gajet seperti telefon bimbit ketika membuang air besar di tandas agar boleh memendekkan tempoh anda duduk di mangkuk tandas tanpa keperluan.
Seteruk manakah buasir boleh berlaku?
Mengulas mengenai rawatan penyakit ini, beliau berkata bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih berasa malu dan segan untuk berjumpa doktor bagi menyatakan masalah yang mereka hadapi apatah lagi jika ia berkaitan dengan masalah yang melibatkan bahagian sulit pada tubuh. Komplikasi termasuklah penyumbatan pada saluran haemorrhoids (trombosis) yang membawa kepada kesakitan yang teruk; pendarahan kronik dan fisur dubur kronik. Tambahan pula, tag kulit yang berkaitan dengan buasir luaran mungkin sukar untuk dibersihkan, mengakibatkan sentuhan berpanjangan najis dengan kulit perianal yang boleh menyebabkan kerengsaan dan meningkatkan risiko jangkitan perianal.
“Kesakitan yang dialami seperti rasa pedih dan pendarahan yang berlaku menjadi faktor pencetus untuk seseorang individu mula berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan,” kata Dr Meheshinder. Beliau turut menyarankan setiap individu yang berumur 45 tahun dan ke atas agar mendapatkan pemeriksaan proktoskopi untuk melihat rongga dubur, rektum atau kolon sigmoid. Proktoskopi adalah tiub logam yang pendek, lurus dan berongga, dan biasanya mempunyai mentol kecil yang dipasang pada hujungnya untuk membantu melihat saluran dubur. Selain daripada pemeriksaan proktoskopi, doktor juga akan melihat kepada sejarah perubatan seseorang individu, melakukan pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian tambahan seperti ujian sampel najis atau kolonoskopi.
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Sementara itu, Datin Mariani menambah bahawa diet yang kurang atau tidak sihat turut menyumbang kepada kewujudan masalah ini terhadap seseorang. Beliau menyarankan kepada setiap individu agar memperbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti buah betik dan buah pisang seiring dengan pengambilan air yang banyak untuk mengelakkan masalah sembelit. Sembelit diketahui menjadi antara punca terjadinya masalah buasir. Datin Mariani turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia mempunyai tabiat mencari ubat sapuan atau topikal di farmasi komuniti untuk melegakan setiap kesakitan yang dialami berbanding daripada berjumpa dengan doktor untuk membincangkan masalah yang dialami. Hal-hal inilah yang menjadikan sebahagian besar rakyat Malaysia kekal mengalami buasir tanpa mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan keperluan diri individu.
Seperti kebanyakan keadaan kesihatan yang lain, buasir boleh diuruskan dengan perubahan gaya hidup dan penggunaan prosedur dan ubat tertentu. Daflon 500mg turut berkesan dalam memberikan kelegaan terhadap masalah buasir yang terjadi. Ia bertindak dalam mengurangkan keradangan atau iritasi selain memberikan perlindungan terhadap saluran darah dalam bahagian rektum. Selain itu, partikel yang terkandung bahan aktif Daflon 500mg melalui proses khusus yang dipanggil sebagai “micronization” yang memberikan kelebihan penyerapan ubat yang lebih pantas di dalam usus yang akhirnya memberikan kelegaan simptom penyakit ini dengan cepat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen