Ada yang memilih untuk rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit tapi itu bermakna anda akan terdedah kepada risiko jangkitan yang boleh membahayakan!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada yang memilih untuk rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit tapi itu bermakna anda akan terdedah kepada risiko jangkitan yang boleh membahayakan!
Lebih malang lagi jika tindakan tersebut tidak menjadikan keadaan bertambah baik, sebaliknya membuatkan pergerakan usus menjadi semakin menyakitkan berbanding sebelumnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Buasir atau hemorrhoid adalah saluran darah bengkak pada rektum atau dubur.
Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar.
Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.
Buasir dalaman terbentuk di dalam rektum dan biasanya tidak menyakitkan, tetapi mungkin masih berdarah.
Manakala, buasir luar berkembang di sekitar dubur dan cenderung lebih menyakitkan.
Kewujudan buasir ini boleh menyebabkan gatal dan pendarahan. Keadaan ini juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi tidak selesa.
Buasir luar kadang-kadang menyebabkan terbentuknya gelembung atau bonjolan pada sekitar dubur. Memecahkannya akan menyebabkan luka terbuka.
Secara teknikal, anda boleh rawat buasir dengan memecahkannya untuk mengeluarkan darah, tetapi tidak digalakkan.
Ini kerana perbuatan tersebut tidak akan memulihkan masalah buasir. Sebaliknya, boleh menjadikan keadaan bertambah buruk.
Percubaan memecahkan buasir itu akan memberi tekanan pada saluran darah yang membonjol.
Dengan tekanan yang cukup, saluran darah akan terbuka untuk menyebabkan wujudnya luka, yang biasanya mengakibatkan pendarahan.
Sekiranya saluran darah besar, pendarahan boleh menjadi teruk dan sukar dihentikan.
Buasir dalaman kadang-kadang turun/ jatuh (prolapse), bermaksud bahagian pembuluh darah yang bengkak akan terkeluar daripada dubur dan boleh dilihat.
Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan teruk yang mungkin boleh mengancam nyawa.
Baca lagi artikel berkaitan:
Bagi individu yang mengalami gangguan pendarahan atau mengambil ubat anti darah beku (anticlotting) mempunyai risiko pendarahan banyak.
Anda mungkin memecahkan bonjolan untuk rawat buasir.
Tetapi malangnya pecahan itu akan menjadi luka terbuka dan memberikan jalan mudah bagi bakteria memasuki saluran darah dan meningkatkan risiko jangkitan.
Kecenderungan untuk berlaku adalah tinggi kerana najis penuh dengan bakteria.
Buasir yang dijangkiti akan menjadi sangat menyakitkan. Dalam beberapa kes, jangkitan boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain, sekali gus meningkatkan potensi menjadi sangat serius.
Jika anda sudah memecahkannya, adalah penting untuk anda mengambil langkah-langkah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Anda boleh mengenal pasti jika terdapat kemungkinan berlaku jangkitan, seperti:
Sebaiknya, berjumpalah doktor dengan segera agar pemeriksaan dapat dibuat untuk menilai keadaan dan membolehkan rawatan sewajarnya dilakukan.
Doktor juga akan dapat memastikan tidak wujud sebarang risiko komplikasi.
Sekiranya hemorrhoid yang dialami menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan, tahan keinginan anda untuk memecahkannya.
Terdapat cara lain yang boleh dilakukan untuk merawat buasir serta melegakannya tanpa risiko jangkitan atau komplikasi.
Mulakan dengan membersih dan mengurangkan keradangan:
Rendam bahagian dubur anda dengan air suam. Untuk bantuan tambahan, tambahkan sedikit garam Epsom ke dalam air.
Cuba gunakan tisu basah atau tuala lembap sebagai pengganti kepada tisu tandas. Pilih tisu tanpa pewangi.
Balut pek sejuk dengan tuala dan duduk di atasnya dalam tempoh 20 minit untuk mengurangkan keradangan dan menenangkan kawasan tersebut.
Anda juga boleh menggunakan krim topikal pada buasir luaran atau menggunakan supositoria berubat (medicated suppository) untuk buasir dalaman.
Elakkan duduk di tandas untuk jangka masa yang lama. Ini boleh memberi lebih banyak tekanan pada buasir.
Kemudian anda boleh merawat kondisi ini dengan melembutkan najis agar sistem pencernaan dapat berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko kerengsaan atau buasir berdarah.
Selain itu, cara-cara di bawah juga boleh membantu penghidap buasir:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen