backup og meta

Takut Nak Jalani Pemeriksaan Kolonoskopi? Cuba 7 Kaedah Alternatif Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/08/2023

    Takut Nak Jalani Pemeriksaan Kolonoskopi? Cuba 7 Kaedah Alternatif Ini

    Risau dan takut nak jalani pemeriksaan kolonoskopi? Usah bimbang, individu yang ada masalah usus besar, ini 7 kaedah alternatif boleh anda cuba. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Keadaan kesihatan berkaitan masalah usus besar

    Kolonoskopi adalah ujian yang dijalankan untuk memeriksa usus besar dan sebahagian usus kecil dengan menggunakan tiub panjang yang dipasangkan kamera di bahagian hujungnya. 

    Tujuan ujian kolonoskopi adalah untuk mengenal pasti penyakit yang melibatkan organ usus sama ada besar serta kecil (kolon).

    Ia turut boleh digunakan untuk tujuan rawatan seperti pembuangan polip dan mengawal pendarahan. 

    Kaedah ini juga memudahkan prosedur biopsi pada ketumbuhan atau biopsi rambang pada usus besar dan sebahagian usus kecil untuk pemeriksaan histopatologi.

    Baca juga:

    Siapa perlu jalani pemeriksaan kolonoskopi?

    Umumnya, individu yang perlu menjalani ujian adalah mereka yang mengalami perubahan ketara pada tabiat membuang air besar, pendarahan atau keluar lendir – antara tanda usus besar bermasalah.

    Golongan ini adalah mereka dengan masalah cirit-birit dan sembelit kronik serta kekurangan darah yang tidak diketahui puncanya.

    Individu yang mempunyai sejarah barah usus dalam kalangan ahli keluarga terdekat turut perlu melakukan pemeriksaan kolonoskopi ini. 

    Bagaimana pemeriksaan masalah usus besar dilakukan?

    Semasa prosedur, doktor akan memasukkan tiub panjang – kolonoskop – ke dalam rektum (dubur) dan sepanjang saluran usus. 

    masalah usus besar

    Alat ini akan menghaslkan imej yang membantu mengenal pasti polip pada usus besar, dan juga dapat mengeluarkannya menggunakan gelung wayar kecil yang dilekatkan pada tiub.

    Pemeriksaan kolonoskopi boleh memberikan kesan sampingan seperti rasa tidak selesa, memerlukan persiapan serta penggunaan ubat penenang yang banyak. 

    Membayangkan alat kolonoskopi dimasukkan ke dubur pastinya menyakitkan, bukan? Jadi adakah terdapat rawatan alternatif kepada kolonoskopi?

    7 kaedah alternatif pemeriksaan masalah usus besar

    Usah bimbang, selain kolonoskopi, terdapat beberapa kaedah alternatif lain yang boleh digunakan untuk pemeriksaan masalah kanser usus besar ini.

    Meskipun prosedur pemeriksaan kolonoskopi dianggap kakitangan perubatan sebagai cara pemeriksaan yang terbaik untuk masalah barah kolorektal atau kanser usus, namun, berdasarkan garis panduan baharu ada kaedah lain yang juga efektif.

    Pun begitu, ia bergantung kepada tahap risiko individu dan faktor lain. 

    Antara kaedah alternatif tersebut adalah:

    1. Ujian imunokimia tinja

    Fecal immunochemical testing (FIT) melibatkan analisis sampel najis (tinja)

    Ia merupakan pilihan saringan pemeriksaan popular di kebanyakan negara. Bahkan, Food and Drug Administration (FDA) turut bersetuju dengan penggunaannya.

    FIT menggunakan antibodi untuk mengesan darah dalam sampel najis, yang menunjukkan bahawa terdapat pendarahan di saluran gastrointestinal.

    Untuk mengelakkan hasil yang tidak tepat, individu dengan masalah buasir atau fisur dubur perlu memaklumkan pada doktor. Wanita yang mengalami haid juga perlu memberitahu doktor.

    masalah usus besar

    2. DNA najis

    Ujian ini  akan memeriksa darah dan DNA spesifik dalam sampel najis – masalah yang dapat menunjukkan adanya barah usus besar. 

    Seorang doktor boleh melakukan DNA najis bersama ujian imunokimia tinja (FIT).

    Sekiranya ujian itu mengesan sebarang kelainan, individu tersebut mungkin perlu menjalani pemeriksaan kolonoskopi.

    3. Sigmoidoskopi

    Sigmoidoskopi adalah kaedah yang sama dengan kolonoskopi. Cuma bezanya ia hanya memeriksa sebahagian kecil usus besar.

    Kaedah alternatif ini juga merupakan prosedur invasif yang memerlukan persediaan rapi. 

    Ia termasuklah berpuasa dan pengambilan ubat oral untuk mencetuskan cirit-birit atau mengalami enema bagi membersihkan saluran kolon.

    4. Kolonografi CT

    Kaedah ini melibatkan pengambilan gambar usus secara terperinci. Prosedur ini tidak memerlukan ubat penenang. 

    Namun, seperti kolonoskopi, individu yang akan menjalani kolonografi perlu mengambil ubat oral atau enema untuk membersihkan saluran kolon terlebih dahulu.

    Doktor akan mengembungkan usus besar dengan udara untuk memberikan gambaran yang lebih baik.

    Sekiranya keputusan ujian mengesan kelainan, pemeriksaan kolonoskopi diperlukan.

    5. Double-contrast barium enema untuk masalah usus besar

    Enema barium kontras berganda adalah sejenis X-ray yang membantu doktor memeriksa saluran usus. Barium membantu membuat gambar usus menjadi lebih jelas.

    Pun begitu, kaedah alternatif ini jarang digunakan doktor kerana kurang sensitif dalam mengesan polip dan tumor kecil, berbanding dengan kolonoskopi. 

    Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan bagi individu yang berisiko mendapat komplikasi kolonoskopi.

    6. Ujian darah okultisme tinja untuk masalah usus besar

    Fecal occult blood test juga melibatkan analisis sampel tinja dan merupakan alternatif untuk FIT.

    Jika terdapat kemungkinan yang menunjukkan kelainan pada saluran pencernaan (gastrointestinal), doktor akan mengesyorkan seseorang individu untuk melakukan pemeriksaan kolonoskopi.

    masalah usus besar

    7. gFOBT spesimen tunggal

    Sesetengah doktor akan mengumpulkan sampel najis tunggal semasa pemeriksaan rektum rutin dan menganalisisnya dengan ujian darah okultik berasaskan guaiac (guaiac-based fecal occult blood tests – gFOBT).

    Walau bagaimanapun, berdasarkan penyelidikan, kaedah ini tidak menunjukkan ia sebagai kaedah penyaringan kanser kolorektal yang berkesan.

    Bergantung kepada kesesuaian

    Pelbagai kaedah saringan dapat membantu mengesan barah kolorektal, termasuk kolonoskopi, ujian sampel tinja, sigmoidoskopi, dan imbasan CT untuk masalah usus besar.

    Pun begitu, pemilihan kaedah alternatif ini pastinya bergantung kepada kesesuaian keadaan seseorang individu. 

    Doktor akan mengesyorkan kaedah dan kekerapan pemeriksaan berdasarkan faktor risiko dan keadaan pesakit.

    Selain itu, sekiranya ada ujian saringan alternatif mengesan kelainan pada saluran usus, individu tersebut tetap perlu menjalani kolonoskopi untuk membantu mengenal pasti masalahnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan