Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Buasir Luar atau Dalam dan Kesihatan Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Definisi
Apa itu buasir luar dan buasir dalam?
Buasir ialah bengkak dan radang pada saluran darah di sekeliling lubang dubur atau di bahagian bawah saluran dubur (rektum).
Ia mungkin terjadi di dalam saluran dubur (rektum) atau di sekeliling lubang dubur (anus).
Buasir biasanya berlaku apabila pesakit selalu meneran/memaksa semasa pembuangan air besar. Tempat berlakunya buasir dapat membezakan jenis-jenisnya.
Ada 2 jenis buasir iaitu buasir luar dan buasir dalam.
- Buasir dalam: Jenis buasir ini terjadi di bahagian dalam saluran dubur (rektum). Buasir dalaman kebiasaannya tidak sakit tetapi ia mungkin menyebabkan pendarahan tanpa berasa sakit
- Buasir luar: Buasir ini berada di luar bahagian dubur. Ia boleh menjadi gatal atau sakit dan kadangkala terdapat rekahan dan pendarahan di bahagian tersebut.
Buasir bukanlah penyakit yang serius dan berjangkit. Kebiasaannya buasir akan pulih dengan sendirinya atau ia boleh dirawat dengan mudah menggunakan beberapa ubat tertentu.
Apakah kebarangkalian masalah ini?
Buasir adalah sejenis penyakit lazim. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas individu berusia 50 tahun, hampir sebahagian daripada mereka pernah mengalami beberapa episod buasir.
Lelaki dan wanita boleh terkena penyakit ini tetapi ia lebih kerap dalam kalangan wanita mengandung dan pesakit kronik sama ada sembelit mahupun cirit-birit.
Simptom
Apakah simptom buasir luar dan buasir dalam?

Tanda-tanda dan simptom-simptom buasir yang lazim ialah:
- Pendarahan: Darah berwarna merah terang dan tidak sakit semasa membuang air besar
- Gatal dan pedih di bahagian saluran dubur (rektum)
- Sakit dan kurang selesa
- Bengkak di sekeliling lubang dubur
- Benjolan yang sensitif dan sakit berhampiran lubang dubur
Kebanyakan rasa tidak selesa dan sakit adalah disebabkan oleh buasir di luar manakala buasir dalam kebiasaannya tidak menyebabkan rasa sakit.
Terdapat juga beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkaitan simptom yang anda hadapi.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Buasir dalam dan buasir di luar boleh sembuh? Anda perlu menghubungi doktor sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:
- Buasir anda sakit dan tidak reda dengan kaedah pengubatan sampingan
- Najis anda hitam dan likat
- Najis anda mempunyai darah
- Pening
Buasir yang anda alami berkemungkinan merupakan tanda masalah kesihatan yang serius. Anda perlu segera berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan kesihatan.
Punca
Apakah punca buasir luar dan dalam?
Buasir adalah disebabkan oleh saluran darah yang membengkak yang terjadi akibat tekanan yang tinggi di bahagian bawah saluran dubur. Antara faktor yang meningkatkan tekanan ini ialah:
- Selalu meneran/memaksa semasa membuang air besar
- Duduk dalam tempoh masa yang panjang
- Mempunyai masalah sembelit atau cirit-birit yang kronik
- Lebih berat badan atau gemuk melampau (obes)
- Mengandung
- Mengambil diet rendah fiber

Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat buasir?
Terdapat banyak faktor risiko buasir. Antaranya ialah:
- Pekerjaan yang memerlukan individu tersebut untuk duduk atau berdiri dalam tempoh yang panjang
- Sembelit atau cirit-birit yang kronik
- Hamil
- Persetubuhan melalui lubang dubur
- Diet tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan fiber
- Individu berusia lebih 60 tahun
Anda perlu berunding dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit buasir didiagnosis?
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor anda akan menjalankan beberapa ujian berikut:
- Pemeriksaan kesihatan dan fizikal
- Pemerhatian ke dalam saluran dubur anda. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alatan perubatan yang mampu melihat ke dalam lubang dubur (anoscope, proctoscope atau sigmoidoscope)
Bagaimana rawatan buasir luar dan dalam?
Bolehkah buasir sembuh sendiri?
Sesetengah buasir pulih dengan sendirinya tetapi buasir yang mempunyai simptom tertentu memerlukan rawatan. Pilihan rawatan buasir di luar dan dalam ini termasuk:
- Suplemen fiber seperti Psyllium (Metamucil) atau Methylcellulose (Citrucel) yang boleh membantu membesarkan najis anda dan melegakan masalah sembelit
- Krim yang tidak dipreskripsi oleh doktor (over-the-counter) dan pil yang dimasukkan melalui lubang dubur mungkin meredakan kesakitan dan rasa gatal untuk sementara waktu
Peringatan!

Pencegahan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani buasir?
Berapa lama buasir akan kecut? Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah buasir:
- Makan makanan yang tinggi kandungan fiber dan minum air secukupnya
- Duduk di dalam tab yang berisi air suam selama 10 minit, beberapa kali sehari
- Kerap bersenam
- Jaga kebersihan sekitar bahagian lubang dubur
- Elakkan penggunaan tisu tandas yang kering. Untuk menjaga kebersihan lubang dubur, gunakan tuala lembap atau tisu basah tandas yang tidak mengandungi alkohol mahupun wangian
- Letakkan pek ais atau tuam dengan ais pada lubang dubur untuk meredakan bengkak
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan ubat buasir terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmr]