Kejadian kontraksi perut dan usus ini merupakan satu reaksi atau tindak balas normal apabila kita berasa lapar.
#2. Perut berbunyi selepas makan
Perut berbunyi selepas makan juga adalah satu tindak balas dalam tubuh yang normal dan tidak perlu dirisaukan.
Ini kerana, setelah kita makan, dinding sistem pencernaan akan berkontraksi supaya makanan yang dimakan itu dapat melepasi perut untuk ke bahagian usus.

Oleh sebab itu, selepas kita makan, kita akan menyedari perut kita akan mengeluarkan bunyi.
Jadi, janganlah risau jika perut berbunyi selepas makan.
#3. Perut berbunyi kerana gas
Sekiranya terdapat jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia juga boleh menyebabkan perut anda berbunyi.
#4. Keradangan gastrousus dan juga jangkitan
Selain itu, perut juga akan mengeluarkan bunyi disebabkan oleh keradangan atau jangkitan dalam perut.
Perkara ini lebih jelas dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit Crohn’s.
Penyakit Crohn’s ialah penyakit keradangan yang kronik pada usus, terutamanya usus besar dan ileum, yang berkaitan dengan ulser dan fistula.
Selain perut berbunyi, anda juga mungkin akan mengalami beberapa simptom lain seperti kesakitan pada perut, muntah-muntah, loya dan juga cirit-birit.
#5. Halangan dalam usus
Apabila cecair atau gas dalam perut kita sukar untuk melalui saluran gastrousus, ia juga boleh mengeluarkan bunyi dalam perut.
Ini kerana usus akan meningkatkan bilangan pergerakan peristaltik bagi membantu aliran cecair dan gas tersebut supaya lancar.
Oleh sebab itu, bunyi dalam perut juga akan turut terhasil.
Halangan dalam usus ini boleh berlaku disebabkan jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).
Selain perut berbunyi, anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti sakit pada perut, kekejangan perut dan hilang selera makan.
Buat cara ini untuk hilangkan bunyi perut anda

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bunyi dalam perut tersebut. Antaranya ialah seperti berikut:
- Minum air kosong. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk makan dan berasa lapar, cuba minum air kosong. Air kosong boleh membantu proses pencernaan selain membantu mengenyangkan perut anda. Apabila anda minum air kosong sewaktu lapar, ia juga boleh menghilangkan bunyi dalam perut.
- Makan sesuatu ketika lapar. Apabila perut anda telah kosong, ia mungkin akan mengeluarkan bunyi sebagai isyarat untuk anda makan. Ambil sedikit makanan seperti buah-buahan untuk mengelakkan perut lapar dan berbunyi.
- Makan perlahan-lahan. Kadangkala, bunyi yang terhasil daripada perut itu disebabkan oleh masalah ketidakhadaman. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini berulang lagi, kunyah makanan anda sehingga hancur dan elakkan menelan makanan yang tidak dikunyah dengan baik.
- Elakkan makan makanan yang bergas. Sesetengah makanan akan mengeluarkan lebih banyak gas berbanding makanan yang lain. Antaranya ialah seperti sayur brokoli, kubis, kubis bunga, cendawan, bawang dan kacang pis.
- Kawal saiz hidangan anda. Makan dengan banyak juga boleh menyebabkan ketidakhadaman dan menghasilkan bunyi dalam perut. Oleh itu, kawal saiz makanan anda dan makan dalam selang waktu yang lebih kerap untuk mengelakkan perut kosong.
- Amalkan gaya hidup aktif. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berjalan selepas makan, ia boleh membantu proses pencernaan anda. Secara tidak langsung, ia boleh membantu menghilangkan bunyi daripada dalam perut.
[health_tool_article id=”94632″]
Jumpa doktor jika ada simptom lain
Perlu diingat, walaupun perut berbunyi adalah sesuatu yang normal, anda perlu melakukan pemeriksaan sekiranya ia disertai simptom-simptom lain.
Antara simptom tersebut ialah seperti sakit perut, demam, loya, muntah-muntah, cirit-birit, sembelit, hilang selera makan, darah di dalam najis atau penurunan berat badan.
Ia mungkin petanda bahawa anda alami gangguan kesihatan lain.