backup og meta

Ada Masalah Bakteria Terlebih Dalam Usus? Kena Ubah Pemakanan Anda, Ini Caranya!

Ada Masalah Bakteria Terlebih Dalam Usus? Kena Ubah Pemakanan Anda, Ini Caranya!

Apabila bakteria membiak di dalam usus kecil secara berlebihan, ia boleh mengundang masalah perut sakit. Tip diet pemakanan ini dapat membantu mengurangkannya, cubalah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Masalah bakteria membiak di dalam usus

Pertumbuhan bakteria usus kecil (SIBP) terjadi apabila bakteria yang biasa berada pada satu bahagian saluran pencernaan seperti usus besar, berkembang di usus kecil.

Keadaan ini lebih cenderung berlaku kepada wanita, individu dewasa lebih berusia dan mereka yang mempunyai masalah penghadaman seperti sindrom kerengsaan usus (IBS).

Selain daripada simptom perut sakit, gejala SIBO lain yang mungkin dialami adalah:

bakteria membiak

Punca bakteria membiak secara berlebihan dalam usus

Pertumbuhan bakteria yang berlebihan berlaku apabila:

  • Bakteria daripada 1 bahagian saluran pencernaan bergerak ke usus kecil, atau
  • Bakteria semula jadi di dalam usus kecil membiak terlalu banyak

SIBO biasanya berlaku apabila didasari oleh keadaan seperti:

Jika dibiarkan tanpa rawatan, SIBO boleh menyebabkan ketidakselesaan abdomen seperti perut sakit dan kekurangan zat makanan.

Pemakanan yang betul dapat mengurangkan perkembangan bakteria berbahaya ini.

Menggabungkan diet SIBO sambil dirawat dengan antibiotik akan dapat membantu mempercepatkan pemulihan dan menghilangkan gejala yang tidak selesa.

bakteria membiak

Diet SIBO untuk mengatasi perut sakit

Merupakan diet penyingkiran berperingkat yang bertujuan untuk mengurangkan keradangan pada saluran pencernaan dan bakteria membiak berlebihan pada usus kecil.

Biasanya doktor akan mencadangkan untuk mengamalkan diet rendah FODMAP – karbohidrat sukar dicerna, yang ditapai (fermented) oleh bakteria dalam usus besar.

Apabila karbohidrat tidak dapat dipecahkan, ia akan masuk ke dalam usus dan menyebabkan simptom seperti cirit-birit serta kembung.

Kaedah diet FODMAP untuk masalah bakteria membiak 

3 langkah diet FODMAP.

1. Diet rendah FODMAP 

Untuk tempoh 2 hingga 6 minggu, tukarkan diet pemakanan harian yang tinggi FODMAP kepada diet alternatif rendah FODMAP. 

Pastikan semua kumpulan makanan dan nutrien dimasukkan, ya?

2. Pengenalan semula diet FODMAP

Dalam minggu ke-8 hingga 12, perkenalkan semula FODMAP, dengan cara:

  • 1 FODMAP pada satu masa
  • 1 makanan dalam satu masa
  • Jangka masa lebih 3 hari

Tingkatkan saiz hidangan makanan setiap hari dan pantau sebarang tindak balas yang berlaku kesan pengambilan FODMAP.

3. Pengkhususan FODMAP mengikut kesesuaian diri

Pada akhir diet SIBO ini, anda akan mengetahui apakah jenis makanan yang boleh diambil atau akan menimbulkan tindak balas.

Baca juga:

Makanan perlu dielak untuk cegah bakteria membiak

Diet rendah FODMAP terbukti secara klinikal boleh merawat IBS dan gejala berkaitan seperti perut sakit. 

Selalunya individu yang menderita IBS juga akan mengalami keadaan SIBO ini.

Menyingkirkan atau mengehadkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat akan dapat meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman anda.

Semasa menyingkirkan FODMAP daripada diet SIBO anda, fokus kepada kategori utama, seperti:

  • Fruktosa – Gula sederhana yang biasanya terdapat pada buah dan beberapa sayuran, madu
  • Laktosa – Molekul gula dalam produk tenusu 
  • Fruktans – Sebatian gula dalam produk gluten, buah-buahan, sayuran dan prebiotik
  • Galaktan – Sebatian yang terdapat dalam beberapa jenis legum 
  • Poliol – Alkohol gula yang sering digunakan sebagai pemanis

Berikut antara jenis makanan yang harus disingkirkan daripada diet pemakanan kerana mengandungi jumlah FODMAP tinggi, sekali gus meningkatkan risiko bakteria membiak, seperti:

Makanan perlu diamalkan

Diet SIBO yang bertujuan mencegah bakteria membiak secara berlebihan ini harus memfokuskan kepada makanan berserat tinggi dan rendah kandungan gula.

Sesetengah makanan adalah rendah kandungan FODMAP dan perlu dihadkan saiz hidangan. Beberapa jenis makanan yang sesuai untuk diet rendah FODMAP adalah:

  • Daging 
  • Ikan 
  • Telur 
  • Kraker bebas gluten
  • Oat 
  • Bijirin tanpa gula (dibuat daripada biji-bijian FODMAP rendah)
  • Spaghetti squash dan summer squashes
  • Brokoli – hanya bahagian kepala, kurang ¾ cawan
  • Sayuran berdaun hijau
  • Lobak merah
  • Nasi atau mi bebas gluten
  • Buah zaitun
  • Kacang tanah
  • Kentang
  • Labu
  • Quinoa
  • Bijian
  • Buah seperti beri biru, anggur, oren dan strawberi

bakteria membiak

Proses pencegahan bakteria membiak

Diet SIBO adalah diet penyingkiran sementara yang menggabungkan makanan rendah FODMAP untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria. Ia biasanya berlangsung selama 2 hingga 6 minggu.

Walaupun dilihat sebagai kaedah rawatan berkesan, tetapi diet SIBO hanya merawat gejala dan tidak menghapuskan penyebabnya.

Jadi kaedah perubatan seperti pengambilan antibiotik tidak boleh diabaikan. 

Anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang perubahan pada diet pemakanan sebagai rancangan rawatan. 

Penting untuk mengembalikan FODMAP ke dalam diet harian apabila gejala semakin mereda. Ia dapat mengelakkan kehilangan bakteria sihat.

Sekiranya gejala semakin teruk setelah mencuba diet SIBO, lakukan pemeriksaan doktor segera.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Aug 18, 2021

https://www.dietvsdisease.org/sibo-diet/ 

https://www.ibsdiets.org/ibs/sibo-diets-gaps-diet-and-scd/ 

https://www.hopkinsmedicine.org/gastroenterology_hepatology/diseases_conditions/small_large_intestine/small-intestinal-bacterial-overgrowth.html 

https://www.ifm.org/news-insights/managing-sibo-dietary-interventions/ 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3752184/ 

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21381407/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/small-intestinal-bacterial-overgrowth/symptoms-causes/syc-20370168

https://med.virginia.edu/ginutrition/wp-content/uploads/sites/199/2014/04/SBBO-Diet-10-27-16.pdf 

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/fodmap-diet-what-you-need-to-know

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Beza Apendiks Dan Sakit Perut, Kena Tahu Betul-betul, Kalau Tak Bahaya Menanti!

Ini Cara Rawat Sakit Perut Disebabkan Jangkitan Usus Mengikut Usia, EFEKTIF!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan