backup og meta

54% Rakyat Malaysia Obes! Fahami Kesan & Cara Tangani Sebelum Terlambat

Tahukah anda bahawa lebih separuh individu dewasa di negara ini berdepan masalah berat badan berlebihan? Kempen kesedaran “My Best Me” yang baru dilancarkan oleh Zuellig Pharma mendedahkan bahawa punca obesiti di Malaysia bukan hanya kerana makan berlebihan, tetapi juga kerana kurang faham bahawa obesiti adalah penyakit kronik yang perlu diurus secara menyeluruh.

54% Rakyat Malaysia Obes! Fahami Kesan & Cara Tangani Sebelum Terlambat

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan pelancaran kempen ini berkata, obesiti kini sudah diiktiraf dalam Clinical Practice Guidelines (CPG) sebagai penyakit kronik

Justeru, rawatan moden termasuk ubat-ubatan farmakologi dan juga intervensi pembedahan jika perlu, menjadi sebahagian daripada pilihan yang sah untuk menangani punca punca obesiti di Malaysia.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa sebenarnya punca obesiti di Malaysia?

Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 mendapati 54.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obes. 

Antara faktor utama termasuklah punca obesiti kurang bersenam, pengambilan makanan tinggi karbohidrat terproses, serta gaya hidup moden yang banyak bergantung kepada gajet dan kerja sedentari.

Lebih membimbangkan, satu tinjauan mendapati 57% individu obes di Malaysia tidak menyedari mereka sebenarnya berada dalam kategori obes

Sebaliknya, mereka menyangka diri hanya “berat normal” atau sekadar “berlebihan berat badan”. 

Kekeliruan inilah yang menjadikan punca obesiti di Malaysia semakin meruncing kerana ramai tidak mendapatkan rawatan awal.

Peranan kempen “My Best Me”

punca obesiti di malaysia
Kiri ke kanan: Profesor Dr. Lee-Ling Lim, Profesor Perubatan, Universiti Malaya dan Ketua Jabatan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); Profesor Dr Rohana Abdul Ghani, Pakar Perunding Endokrinologi, Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS); Jeffrey Nardo, Naib Presiden, Strategi Pengkomersialan dan Pemasaran – Pharma, Zuellig Pharma; Yang Berhormat Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia; Binh Thai, Pengurus Besar, Pengkomersilan Malaysia, Singapura dan Brunei, Zuellig Pharma; Dr Malathi Karupiah, Pakar Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Prince Court; Azrul Mohd Khalib, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan & Sosial; Dr Noraryana Hassan, Perunding Kesihatan Awam dan Epidemiologi NCD, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen “My Best Me” ini memberi fokus kepada tiga aspek utama:

  • Menyediakan laman web interaktif yang menerangkan sains di sebalik obesiti.
  • Menawarkan Conversation Guide untuk membantu pesakit berkomunikasi lebih terbuka dengan doktor.
  • Menjalinkan kerjasama dengan KKM, NGO, kumpulan komuniti, influencer, hospital dan farmasi seluruh negara.

Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap rakyat lebih memahami kesan obesiti, serta berani mendapatkan rawatan perubatan seawal mungkin.

Kesan obesiti kepada kesihatan

punca obesiti di malaysia
Perbincangan panel bersama Azrul Mohd Khalib, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Dasar Kesihatan & Sosial Galen; Profesor Dr Rohana Abdul Ghani, Pakar Perunding Endokrinologi, Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS); Dr Malathi Karupiah, Pakar Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Dr. Lee-Ling Lim, Profesor Perubatan, Universiti Malaya dan Ketua Jabatan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ramai menganggap obesiti hanya isu penampilan, sedangkan ia sebenarnya berkait rapat dengan lebih 200 komplikasi kesihatan. 

Antara kesan obesiti yang paling biasa adalah:

  • Peningkatan risiko penyakit jantung
  • Diabetes jenis 2
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah kesihatan mental akibat stigma

Seperti yang ditegaskan oleh Binh Thai, Pengurus Besar Komersialisasi Zuellig Pharma untuk Malaysia, Singapura dan Brunei: “Obesiti adalah penyakit kronik yang kompleks, dan rawatan awal amat penting untuk mencegah komplikasi jangka panjang.”

Suara pakar: mengurus obesiti perlukan pendekatan menyeluruh

Sesi panel kempen ini turut menghimpunkan pakar endokrinologi dan pengamal perubatan awam, antaranya Prof Dr Rohana Abdul Ghani (UiTM), Prof Dr Lee-Ling Lim (UM), Dr Malathi Karupiah (Prince Court) dan Azrul Mohd Khalib (CEO Galen Centre).

Mereka sepakat bahawa intervensi gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi. 

Peningkatan punca obesiti di Malaysia memerlukan gabungan perubahan gaya hidup, rawatan ubat-ubatan, sokongan jangka panjang, dan lebih banyak dialog antara pesakit dan doktor.

Perlu ubah minda masyarakat

Hakikatnya, masih ramai menganggap punca punca obesiti hanya berpunca daripada kurang disiplin atau terlalu banyak makan. 

Namun, pakar menegaskan obesiti adalah penyakit kronik yang dipengaruhi faktor biologi, genetik, hormon, dan persekitaran.

punca obesiti di malaysia
Jenis-jenis obesiti yang biasa berlaku.

Oleh itu, punca obesiti kurang bersenam hanyalah sebahagian daripada cerita besar ini. 

Apa yang penting sekarang ialah kesedaran; semakin cepat rawatan dimulakan, semakin tinggi peluang untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko komplikasi.

Kesimpulan

Kempen “My Best Me” membuka ruang untuk rakyat Malaysia melihat obesiti sebagai isu kesihatan serius, bukan sekadar masalah kosmetik. 

Dengan memahami punca obesiti di Malaysia, setiap individu boleh mengambil langkah lebih proaktif untuk mencegah dan merawatnya.

Mesej utama kempen ini jelas: Jangan tunggu sehingga komplikasi muncul. 

Fahami kesan obesiti, berbincang dengan doktor, dan gunakan sokongan farmakologi atau terapi yang disediakan. 

Masa depan kesihatan lebih baik bermula dengan langkah kecil yang betul hari ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Siaran Media: “My Best Me” Campaign Launched to Empower Malaysians to Seek Comprehensive Obesity Care. Diakses pada September 3, 2025.

Obesity and overweight. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/obesity-and-overweight. Diakses pada September 3, 2025.

Obesity. https://www.who.int/health-topics/obesity. Diakses pada September 3, 2025.

Heart Disease Risk Factors. https://www.cdc.gov/heart-disease/risk-factors/index.html. Diakses pada September 3, 2025.

Obesity and Severe Obesity Prevalence in Adults. https://www.cdc.gov/nchs/products/databriefs/db360.htm. Diakses pada September 3, 2025.

About Obesity. https://www.cdc.gov/obesity/php/about/index.html. Diakses pada September 3, 2025.

Versi Terbaru

25/09/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Penyakit Yang Disebabkan Oleh Obesiti - No 3 Paling Ramai Tak Sangka!

Kajian Terbaharu Temui Rawatan Akupuntur Boleh Membantu Mengurus Obesiti!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 25/09/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan