backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Meneran Semasa Membuang Air Besar, Keluar Air Mani Sekali. Normal Ke Tu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Meneran Semasa Membuang Air Besar, Keluar Air Mani Sekali. Normal Ke Tu?

    Pernahkah anda mengalami situasi air mani keluar ketika meneran di saat membuang air besar?

    Jika anda pernah dan masih lagi menghadapi situasi sama sampai hari ini, ada beberapa perkara penting yang anda kena ambil tahu. Jom terus baca artikel untuk faham dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Meneran, perbuatan dengan kesan tersendiri?

    Ada banyak perbuatan yang memerlukan kita untuk meneran termasuk mengangkat barang berat, menahan beban besar atau paling umum dalam kehidupan iaitu membuang air besar.

    Perbuatan meneran itu sangat sinonim dengan aktiviti membuang air besar kerana pada ketika ini individu memerlukan satu tolakan atau dorongan bagi mengeluarkan tinja yang keras.

    Anda juga mungkin perlu untuk meneran dengan lebih kuat dan kerap terutama kalau ada masalah pada usus seperti sembelit tetapi tidak boleh terlalu ekstrem kerana risau risiko buasir.

    air mani keluar ketika meneran

    Walaupun ramai yang tidak perasan, perbuatan meneran ketika berak itu mungkin boleh membuat air kencing terkeluar pada masa sama ekoran wujud tekanan pada usus besar dan kecil.

    Sekiranya air kencing yang keluar ketika meneran untuk membuang air besar, ini normal. Namun, bagaimana pula jika air mani yang keluar? Adakah ia perkara lazim atau petanda bahaya?

    Apa punca air mani keluar ketika meneran?

    Untuk pengetahuan anda semua, air mani cuma akan terpancut atau terkeluar jika ada rangsangan secara seksual pada zakar seorang lelaki ketika beronani dan bersetubuh dengan pasangan.

    Pun begitu, ada beberapa keadaan kesihatan yang buat ia terjadi ketika sedang meneran termasuk:

    • Jangkitan kuman pada salur atau pundi kencing
    • Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia dan lain-lain
    • Alahan daripada penggunaan produk kulit tertentu
    • Kecederaan pada bahagian dalam alat sulit lelaki
    • Kanser zakar atau yang berkaitan

    air mani keluar ketika meneran

    Meneran di sini bukan sahaja bermaksud ketika membuang air besar malah semasa membuang air kecil serta banyak lagi perbuatan lain yang memerlukan teran seperti yang kami nyatakan di atas tadi.

    Meskipun situasi air mani keluar ketika meneran ini bukan suatu masalah yang besar kerana boleh dibersihkan dengan mudah, namun ia masih perlu dielakkan agar ia tidak mengganggu hidup anda.

    Bagaimana elak air mani keluar ketika meneran?

    Perkara pertama yang anda perlu buat jika terjadi keluar lendir putih ketika buang air besar angkara meneran adalah lihat semula kepada punca-punca seperti tersenarai di atas tadi.

    Ini kerana kalau berlaku jangkitan, alahan atau kecederaan, anda wajar mendapatkan rawatan dan ubatan khusus daripada doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak diingini.

    Kemudian, individu turut boleh mengelakkan ini daripada terus berlaku dan berulang dengan cara mengurangkan atau langsung tidak melakukan tabiat meneran ketika membuang air besar.

    Ini kerana anda sebenarnya tidak perlu meneran ketika berak atau kencing dan hanya membiarkan proses ini berlangsung secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang usaha yang berlebihan.

    air mani keluar ketika meneran

    Jika anda masih perlu meneran, ini bermakna mungkin wujud masalah yang berlaku dalam badan!

    Sila ubah gaya hidup dan cara makan anda!

    Sebagai salah satu usaha menghindar air mani keluar ketika meneran di saat membuang air besar, anda perlu ubah gaya hidup terutama dalam aspek makanan dan minuman yang diambil.

    Contohnya, anda harus mengambil lebih banyak serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran serta mengelak daripada diet punca sembelit yang juga merupakan sebab anda perlu meneran.

    Dalam pada itu, anda juga boleh melakukan senaman untuk menguatkan otot-otot yang terlibat di dalam proses pembuangan tinja dan pergerakan usus termasuk senaman kegel dan yoga.

    Konklusinya, ramai lelaki yang mungkin mengalami masalah ini tetapi kurang mengambil peduli atau memandang endah kerana ia bukan masalah besar. Pun begitu, ketahuilah itu mungkin juga satu tanda anda ada jangkitan, alahan atau kecederaan pada zakar!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan