Tip menaiki kereta
- Pakai tali pinggar keledar meskipun kereta anda mempunyai sistem beg udara. Pakai pada bahagian bawah perut/atas paha dan di antara payudara anda. Paling penting, jangan beri tekanan pada perut anda!
- Jika anda duduk berhadapan dengan beg udara, undurkan sedikit kerusi anda ke belakang untuk memberi ruang antara dada dengan beg udara sekurang-kurangnya 10 inci (25 cm) atau lebih,
- Berhenti berehat untuk pergi ke tandas dan berjalan kaki sekurang-kurangnya setiap 2 jam bagi perjalanan yang jauh. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah pada kaki dan mengurangkan tekanan pada pundi kencing.
Vaksinasi
Secara amnya, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin hidup seperti vaksin MMR. Namun begitu, vaksin tidak aktif seperti vaksin hepatitis B dikategorikan sebagai selamat. Keputusan anda yang ingin mengambil vaksin perlu diperiksa oleh pakar perubatan terlebih dahulu dengan mempertimbangkan faktor kesihatan, destinasi, tempoh pelancongan dan risiko penyakit tersebut tersebar.
Persiapan yang baik
- Sediakan pakaian yang sesuai wanita hamil. Selain itu, sediakan juga kasut yang sesuai bagi mengelak kaki anda membengkak dan melecet.
- Sediakan snek yang sihat seperti buah-buahan, yogurt atau bar tenaga untuk membekalkan tenaga kepada anda sepanjang pelancongan.
- Bawa bersama kit kesihatan yang merangkumi Acetaminophen, Imodium, Dramamine, Preparation H, Tums, Tylenol PM untuk insomnia, Cepacol untuk sakit tekak, termometer dan beberapa paket serbuk Gatorade yang boleh dicampur dengan air sekiranya berlaku dehidrasi.
Melancong semasa hamil adalah selamat asalkan anda membuat persediaan dengan berhati-hati. Namun begitu, terdapat risiko dan cabaran yang perlu diketahui juga. Paling penting, berbincanglah dengan pakar perubatan berkenaan cadangan anda untuk melancong sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum keluar melancong.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen