backup og meta

Ini Bagaimana Susu Badan Terhasil & 3 Jenis Susu Ibu, Semuanya Diperlukan Bayi Untuk Membesar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/08/2022

    Ini Bagaimana Susu Badan Terhasil & 3 Jenis Susu Ibu, Semuanya Diperlukan Bayi Untuk Membesar

    Panduan penyusuan susu ibu atau susu badan sememangnya merupakan satu sumber minuman yang sangat baik untuk tumbesaran bayi. Ia boleh dianggap sebagai makanan semula jadi terbaik. Adakah anda tahu bagaimana susu ibu terhasil?

    Malahan, sebenarnya susu ibu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Tak sangka, bukan? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Payudara bersedia menghasilkan susu ibu

    Apabila anda mula memasuki fasa kehamilan, payudara anda sudah memulakan persiapan untuk menyusukan bayi. Dikatakan antara tanda yang menunjukkan anda hamil adalah apabila payudara anda mula menjadi lembut dan mengalami kebengkakkan.

    Keadaan ini dipercayai berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon di dalam badan anda.

    Selain daripada perubahan seperti payudara menjadi lembut, anda mungkin akan menyedari pada sekitar bahagian areola, iaitu kulit yang berhampiran dengan puting bertukar warna menjadi lebih gelap dan terdapat bintik-bintik kecil mula keluar.

    Perubahan warna pada areola ini dipercayai kaedah semula jadi bagi panduan visual kepada bayi apabila mereka ingin menyusu, iaitu sebagai tempat yang harus dituju.

    Artikel berkaitan:

  • Apakah Penyebab Anda Tidak Patut Menyusukan Anak Dengan Susu Badan?
  • Susu Badan Tiada Selepas Bersalin
  • Manakala kemunculan bintik-bintik kecil pada sekitar areola itu pula adalah untuk menghasilkan bahan berminyak yang bertujuan membersih, melicinkan dan melindungi puting daripada sebarang jangkitan semasa tempoh penyusuan badan. 

    Semakin anda menghampiri saat kelahiran bayi, dikatakan tisu-tisu kelenjar di dalam payudara akan membesar sehingga dua kali ganda.

    Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda mungkin akan berasa bahawa payudara anda semakin memberat dan penuh. Malah terdapat juga payudara yang setiap satunya mempunyai berat sehingga 700 gram.

    Hebat bukan seorang wanita bergelar ibu ini?

    panduan penyusuan susu ibu

    Bagaimanakah payudara menghasilkan susu untuk panduan penyusuan susu ibu?

    Jika tadi anda dijelaskan mengenai bagaimana payudara anda berubah semasa anda hamil bagi proses penghasilan susu ibu. Pada bahagian ini pula, anda akan memahami bagaimana payudara anda menghasilkan susu untuk panduan penyusuan susu ibu. 

    Seperti yang dinyatakan tisu-tisu kelenjar di dalam payudara akan membesar sehingga dua kali ganda ketika menjelang waktu kelahiran bayi.

    Di antara kelenjar tersebut adalah kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu ibu atau susu badan. Pada setiap kelenjar susu ini pula dibahagikan kepada beberapa bahagian lain, seperti:

    Alveoli

    Berdasarkan panduan penyusuan susu ibu, alveoli merupakan bahagian di mana susu badan dihasilkan. Ia merupakan kelompok kantung kecil seakan buah anggur di dalam payudara.

    Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang akan menekannya untuk mengeluarkan susu dan masuk ke bahagian duct.

    Duct

    Adalah saluran kecil yang menyalurkan susu daripada lobules ketika proses penyusuan. Duct atau turut dikenali sebagai milk duct dikatakan akan membesar dan bertambah semasa anda hamil.

    Fungsi utamanya adalah untuk ‘menyedut’ susu daripada alveoli dan menghantarnya sehingga ke bahagian puting. 

    Terdapat sesetengah kes, ibu yang sedang hamil mungkin akan melihat atau mengalami pengeluaran susu. Ini adalah kerana sistem penghasilan susu ibu atau panduan penyusuan susu ibu, kebiasaannya sudah bersedia pada sekitar tempoh trimester kedua kehamilan.

    Artikel berkaitan:

    Ini memungkinkan anda untuk dapat menyusukan bayi anda, sekiranya dia lahir sebagai bayi pramatang. 

    Dikatakan selepas bayi dilahirkan dan plasenta (uri) dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam badan menurun. Ia adalah untuk memberi laluan kepada hormon prolaktin dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak pada bahagian otak. 

    Hormon prolaktin ini akan memberi isyarat kepada badan bagi menghasilkan lebih banyak susu untuk diberikan kepada bayi. Hormon ini dipercayai membuatkan anda lebih bersifat keibuan, malahan sesetengah pakar merujuk hormon ini sebagai hormon keibuan. 

    Jenis susu ibu

    Sebenarnya, kebanyakan individu tidak menyedari atau mengetahui bahawa susu bagi panduan penyusuan susu ibu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Umumnya, susu ibu boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang utama, iaitu:

    panduan penyusuan susu ibu

    1. Kolostrum

    Berdasarkan panduan penyusuan susu ibu, kolostrum erupakan peringkat pertama susu ibu yang berwarna seakan kekuningan. Susu jenis ini juga dikenali sebagai susu awal bayi. Ia dihasilkan sewaktu kehamilan dan akan terus berlangsung sehingga selepas beberapa hari bayi dilahirkan. 

    Kolostrum sebenarnya sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan juga antibodi, menjadikannya sumber makanan atau minuman yang sempurna untuk bayi yang baru lahir. Ia juga sangat tinggi dengan protein, vitamin larut lemak dan immunoglobulin. 

    Immunoglobulin adalah antibodi daripada ibu yang disalurkan kepada bayi dalam kandungan bertujuan memberikan imuniti pasif kepada bayi.

    Ia akan membantu melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit bakteria dan virus. Selepas dua hingga empat hari selepas bayi dilahirkan, kolostrum akan digantikan pula dengan susu transisi.

    2. Susu Transisi

    Susu ini mengandungi laktosa, vitamin larut air dan juga kandungan lemak yang sangat tinggi. Penghasilan susu transisi ini akan berlanjutan sehingga untuk dua minggu.

    Susu transisi juga dikatakan mengandungi lebih banyak kalori berbanding kolostrum.

    Artikel berkaitan:

    3. Susu Matang

    Susu matang pula akan mula muncul pada penghujung minggu kedua selepas bayi dilahirkan. Ia adalah lebih ringan, dan mempunyai lebih banyak air berbanding susu transisi.

    Air merupakan 90% daripada komponen susu matang ini, yang akan membantu bayi kekal terhidrat. 10% lagi terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak yang sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi.

    Terdapat dua jenis susu matang: 

    • Foremilk atau susu permulaan akan diperolehi pada permulaan penyusuan dan mengandungi vitamin, air dan protein.
    • Hindmilk atau susu penghujung akan diperolehi pada penghujung penyusuan dan tinggi kandungan lemak, yang sangat diperlukan untuk membantu pertambahan berat badan bayi.

    Hakikatnya, kedua-duanya diperlukan untuk memastikan bayi terus menerima nutrisi yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. 

    panduan penyusuan susu ibu

    Kaya manfaat

    Sesungguhnya susu ibu adalah susu yang terbaik tanpa mengira apa jenis susu ibu yang terhasil. Semestinya bayi yang diberikan susu melalui panduan penyusuan susu ibu akan menerima pelbagai manfaat terbaik.

    Jadi, sebaiknya berikanlah susu ibu sebagai pilihan utama untuk penyusuan bayi anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan