Masalah perut kembung boleh berlaku kepada semua orang. Hello Doktor ada cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat ini, pastinya dapat memberikan kelegaan.
Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Masalah perut kembung
Kembung adalah apabila perut berasa penuh dan menyebabkan ketidakselesaan, digambarkan seperti mempunyai belon di dalam perut.
Perut berangin dan kembung ini boleh terjadi disebabkan pelbagai punca seperti:
- makan terlalu cepat
- makan terlalu sedikit atau terlalu banyak serat
- pengambilan garam berlebihan
- kurang air dalam badan
- sembelit
- PMS
Tidak kira apa jua penyebabnya, gejala kembung ini yang dialami akan membuatkan anda ingin menghilangkannya, betul tak?
Cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat
Cari cara mengeluarkan angin dalam perut dengan cepat ?
Pelbagai saranan daripada pakar tentang makanan dan minuman yang dapat menghilangkan kembung.
Namun ada cara mengeluarkan angin dalam perut dengan cepat untuk menyingkirkan ketidakselesaan perut kembung dengan segera, iaitu melalui teknik regangan badan!
Ya, anda mungkin terkentut. Tetapi itu apa yang diperlukan tubuh ketika kembung sebagai cara cepat mengeluarkan angin di perut.
Apa yang anda perlukan sebagai cara mengeluarkan angin dalam perut dengan cepat hanyalah tikar senaman dan bersedia untuk mengeluarkan angin!
Bahagian 1. Posisi melepaskan angin
Seperti namanya ia merupakan cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat.
Apa yang perlu anda lakukan adalah berbaring secara menelentang dan menarik lutut ke dada dengan kedua-dua tangan.
Keadaan ini membolehkan anda membuka sedikit pinggul dan meregangkan bahagian belakang tubuh.
Bahagian 2. Posisi spinal twist
Cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat yang seterusnya adalah secara perlahan-lahan turunkan lutut ke sebelah sisi dan badan masih berbaring secara terlentang di atas tikar senaman.
Depakan tangan seakan berbentuk T dan pastikan lutut serta pinggul sejajar antara satu sama lain. Bahagian dada perlu menghadap ke atas.
Usah bimbang jika bahu bergerak sedikit tetapi yang sebaiknya adalah memastikan bahu rata di atas tikar. Keadaan ini membolehkan tubuh meregang lebih mendalam.
Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman yoga lain bagi membantu mengatasi masalah perut kembung seperti:
Cat-Cow
Teknik yoga cat-cow juga dapat membantu masalah penghadaman dan kembung. Dalam teknik ini anda akan meregang dan memampatkan usus bagi menggalakkan pergerakan.
- Berada dalam kedudukan seperti merangkak dan pastikan tulang belakang serta leher dalam keadaan semula jadi.
- Mulakan fasa pergerakan ke atas; hembuskan nafas dan tolak tulang belakang ke atas, membolehkan punggung membulat dan kepala ke bawah. Tahan selama 10 saat.
- Beralih kepada fasa pergerakan ke bawah; biarkan perut jatuh ke bawah dan lengkungkan badan anda ke arah yang sama. Kepala didongakkan ke atas sedikit. Tahan selama 10 saat.
- Ulang pergerakan ini 3x dalam seminit.
Cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat #Torso Twist
Teknik torso twist atau pusingan batang tubuh dapat meningkatkan aliran dan peredaran darah – perkara yang boleh dilakukan sebagai cara cepat mengeluarkan angin di perut selain urutan buang angin dalam perut:
- Duduk di atas tikar, luruskan kaki dan tangan di sisi.
- Kemudian bengkokkan lutut dan angkat kaki ke arah dada, imbangi tulang ekor badan. Siku dibengkokkan dan pastikan telapak tangan bersentuhan antara satu sama lain.
- Pastikan batang tubuh dalam keadaan lurus dan mula pusingkan bahagian atas tubuh ke kiri – berhenti apabila siku kanan melepasi lutut.
- Kembali ke tengah dan ulangi pusingan ke kanan. Ia dikira lengkap 1 pusingan.
- 1 set sebanyak 10x pusingan, dan ulangi sebanyak 2-3 set.
Cara mengeluarkan angin dalam perut dengan cepat: Extended Puppy Pose
Seakan child pose, teknik ini sesuai dilakukan jika anda makan terlalu banyak. Ia akan membantu melegakan anda dan juga perut.
- Mulakan dengan berada dalam kedudukan seperti ingin merangkak. Kemudian gerakkan tangan beberapa inci ke hadapan dan bengkokkan sedikit jari kaki anda.
- Hembuskan nafas dan mula menggerakkan punggung ke belakang, dahi ke tikar dan luruskan tangan. Belakang tubuh perlu dibengkokkan sedikit.
- Tahan selama 30 saat hingga 1 minit.
Sphinx Pose, antara cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat
Seperti teknik cobra pose, teknik ini akan meregangkan tubuh dan organ pencernaan – membantu melancarkan penghadaman.
- Mulakan dengan posisi meniarap di atas tikar, siku berada di sisi dan dibengkokkan serta telapak diletakkan di sebelah dada.
- Kemudian bengkokkan tubuh ke belakang dan pastikan punggung kekal di bawah. Bahagian leher dalam keadaan semula jadi.
- Apabila berada dalam kedudukan yang selesa, bertahan selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi asal.
- Ulangi teknik ini sebanyak 5x.
Pemeriksaan doktor
Sekiranya masalah kembung berterusan dan menyebabkan rasa ketidakselesaan melampau walaupun selepas menukar diet ataupun mencuba cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat ini, lakukan pemeriksaan doktor.
Pemeriksaan doktor yang dilakukan dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada keadaan anda serius atau tidak.
[embed-health-tool-bmr]