home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa lah susah sangat hendak turun berat badan? Mungkin anda sebenarnya mengalami false hunger.

Sikit-sikit nak makan- nafsu makan anda tidak mengira masa terutamanya kalau sedang craving. Manalah badan tidak naik, kan?

Namun, hati-hati kerana anda mungkin telah menyalah ertikan rasa lapar tersebut.

Ini kerana rasa lapar boleh terbahagi kepada dua, false hunger dan true hunger.

Rasa lapar selepas makan, apa itu false hunger?

False hunger bermaksud anda makan mengikut faktor-faktor yang tertentu seperti emosi atau tindak balas terhadap rangsangan yang spesifik seperti visual makanan sedap serta bau makanan yang menyelerakan.

Contoh-contoh faktor emosi false hunger adalah apabila seseorang individu makan ketika berasa tertekan, bosan ataupun sebab rasa seronok dapat menikmati makanan.

Antara contoh tindak balas terhadap rangsangan pula bergantung pada situasi individu pada masa itu.

Individu tersebut mungkin rasa lapar kerana bau makanan yang menyelerakan ataupun kerana tertarik terhadap visual makanan yang terhidang.

makanan-tidak-berkhasiat-impak-kesihatan

False hunger selalunya cenderung ke arah pemakanan yang tidak berkhasiat, berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Ini secara langsung mampu menyumbang kepada risiko obesiti dan penyakit-penyakit berbahaya kerana makan melebihi keperluan.

Fahami maksud true hunger

Tanda rasa lapar yang sebetulnya akan bermula daripada bawah sternum dan akan naik menuju ke esofagus lalu ke tekak.

Selain itu, rasa lapar ini akan bermula 4 ke 5 jam setelah anda makan.

Tanda-tanda true hunger seperti ini:

  • Perut berasa pedih apabila lapar
  • Tidak boleh fokus apabila melakukan sesuatu
  • Perut mula ‘berkeroncong’

Bagaimanakah cara nak elak false hunger?

  • Kenal pasti punca rasa lapar

Cuba amalkan bertanya pada diri sendiri soalan-soalan ini:

“Apa yang patut saya makan?” Jika jawapan apa-apa sahaja, ini menunjukkan bahawa perasaan lapar itu adalah true hunger.

Namun, jika anda terfikir akan makanan yang tertentu, seperti kek atau chocolate chip, berkemungkinan besar anda sedang mengalami false hunger.

  • Jaga portion makan anda bagi mengelakkan rasa lapar false hunger

Amalkan mengambil makanan yang lebih ‘berat’ ketika bersarapan dan makan tengah hari dengan makanan yang lebih kecil jumlahnya.

Namun, ini tidak bermaksud anda harus ‘melantak’ ketika bersarapan pula!

Makan dengan lebih banyak pada waktu pagi kerana badan anda akan berfungsi dengan baik setelah berehat pada malam sebelumnya.

Oleh itu, makanan daripada sarapan akan dibakar dengan lebih baik kerana proses pembakaran makanan dalam badan akan menjadi perlahan menjelang malam.

Apabila badan tidak membakar kalori dengan baik, lemak-lemak akan tersimpan terutamanya di bahagian perut, paha, punggung dan anggota badan.

  • Elakkan makanan yang mengandungi perangsang rasa

Anda harus mengelakkan makanan yang mempunyai perangsang kerana ia akan membuatkan otak anda memberi signal untuk makan lebih banyak.

Contoh perangsang yang terkandung di dalam makanan ialah MSG (monosodium glutamate).

MSG ialah food enhancer yang akan menyedapkan apa jua juadah yang diletak MSG.

Anda harus berwaspada kerana mungkin sesetengah produk tidak mengandungi bahan ini tapi jika ia mengandungi glutamate, ia masih boleh jadi MSG.

Ini kerana MSG boleh terbentuk sekiranya glutamate dipanaskan.

Oleh itu, jangan tertipu. Produk mungkin dipasarkan tanpa MSG tetapi jika terdapat kandungan glutamate, MSG boleh terbentuk dan ini akan mendorong kepada pengambilan makanan yang banyak.

  • Ambil masa ketika mengunyah, jangan makan terlalu laju

tip-pemakanan-buat-kanser-payudara

Tahukah anda perut terpaksa bekerja dengan lebih keras sekiranya makanan tidak dikunyah dengan cukup?

Makanan yang tidak dikunyah secukupnya akan menyukarkan perut anda untuk menghadam makanan tersebut.

Selain itu, makanan yang tidak berjaya dihadam sepenuhnya akan diturunkan ke usus dan ini boleh menjadi punca-punca sakit perut.

Ingat, penghadaman makanan yang baik bermula daripada mulut anda sendiri.

Makanan yang tidak dihadam dengan baik tidak akan dapat memberikan nutrisi secukupnya kepada badan dan kesihatan.

  • Jika rasa lapar, masukkan makanan ke dalam mulut dalam jumlah yang kecil

Apabila anda memasukkan sejumlah besar makanan ke dalam mulut, ia akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas secara lancar ketika mengunyah.

Ini akan menyebabkan badan anda membuat keputusan untuk terus menelan makanan yang berada di dalam mulut tersebut tanpa betul-betul mengunyah makanan itu terlebih dahulu.

Ambil masa ketika sedang mengunyah kerana ia dapat membantu usus anda menghadam dengan lebih baik.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.healthywomen.org/content/article/how-bust-false-hunger-habit
  2. https://www.procure.ca/en/2017/03/30/false-hunger-how-can-you-recognize-and-fight-it/
  3. Healthy Eating: Recognizing Your Hunger Signals. https://www.mottchildren.org/health-library/zx3292.. Accessed on Sept 9, 2021
  4. Are You Really Hungry? How to Your Understand Hunger Cues. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/april/how-to-understand-hunger-cues. . Accessed on Sept 9, 2021
  5. Decoding Your Hunger: Are You Really Hungry or Not? https://health.clevelandclinic.org/decoding-your-hunger-are-you-really-hungry-or-not/. Accessed on Sept 9, 2021

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada seminggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x