Selalunya, usus besar akan kembali normal dalam masa 6 hingga 12 bulan.
Tak mahu usus hitam? Tinggalkan jus detoks!

Sebenarnya, ada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan usus menjadi hitam. Pertama sekali, pastikan anda tidak lagi mengambil jus detoks atau teh herba.
Kedua-dua minuman ini bukan sahaja akan membuatkan usus menjadi hitam, keberkesanan serta kesannya terhadap kesihatan juga tidak dapat dipastikan.
Jika anda sering mengalami sembelit, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya. Selalunya, perubahan dari segi gaya hidup sudah mencukupi untuk memastikan perut anda tidak sakit lagi.
Sebagai contoh, anda boleh:
- Meningkatkan pengambilan serat. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Semua makanan ini dapat membantu anda untuk mengelakkan sembelit.
- Bersenam dengan mencukupi. Senaman yang kerap dapat memudahkan pergerakan tinja pada bahagian usus besar.
- Minum lebih banyak air. Sasarkan 8 gelas air sehari dan elakkan mengambil kopi atau teh yang mengandungi kafein.
- Pergi ke tandas apabila anda rasa hendak membuang air besar. Jangan sesekali tahan lama-lama!
- Cuba untuk mengawal stres.
- Pastikan anda mempunyai jadual untuk membuang air, terutamanya selepas makan.
Jika anda telah melakukan semua perkara di atas tapi masih mengalami sembelit, masalah anda mungkin tergolong dalam kumpulan kronik.
Bergantung kepada punca sembelit yang dialami, anda mungkin perlukan terapi fizikal untuk merawat masalah ini.
Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor dapat memberikan anda rawatan yang bersesuaian dengan kondisi yang anda alami.
Kesimpulan

Pengambilan teh herba dan jus detoks bukan sahaja akan membuatkan usus besar menjadi hitam, ia juga mungkin tidak sihat untuk badan anda jika diambil dalam tempoh masa yang panjang.
Elakkan terpedaya dengan muslihat peniaga di laman sosial. Pengambilan teh herba dan jus detoks tidak akan membuatkan anda menjadi kurus.
Sebaliknya, pengambilan makanan yang sihat dan senaman yang kerap sudah cukup untuk membawa perubahan yang positif terhadap kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen