home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Makanan dicerna mesti melalui usus dengan kepanjangan 25 meter atau lebih sebagai proses pencernaan normal. Tetapi jika wujud halangan usus, proses tersebut boleh terhenti. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah penyumbatan usus ini?

Bagaimana masalah usus tersumbat terjadi?

Umumnya keadaan usus tersumbat atau intestinal obstruction berlaku apabila saluran pada usus kecil atau besar terhalang atau disekat.

Penyumbatan ini boleh menjadi separa atau keseluruhan dan mencegah penyerapan cecair dan makanan yang dicerna.

Jika ia terjadi, makanan, cecair, asid gastrik dan gas akan terbentuk di belakang kawasan penyumbatan.

Apabila tekanan meningkat, usus anda boleh pecah mengakibatkan kebocoran kandungan usus dan bakteria berbahaya ke dalam rongga perut. Ini komplikasi yang boleh membawa MAUT!

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan wujudnya masalah usus ini. Namun malangnya ia keadaan yang tidak boleh dicegah.

Kenal pasti 10 simptom penyumbatan usus

Bagaimana hendak tahu jika anda mengalami masalah halangan usus ini?

Selalunya penyumbatan yang berlaku pada usus boleh dikenal pasti melalui beberapa gejala tidak menyelesakan, seperti:

penyumbatan usus

Sesetengah simptom bergantung kepada lokasi dan jangka masa berlakunya penyumbatan pada usus ini.

Contohnya, muntah adalah tanda awal halangan pada usus kecil.

Manakala penyumbatan separa boleh mengakibatkan cirit-birit dan keadaan usus yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan kesukaran untuk kentut atau mengeluarkan najis.

Selain itu, jangkitan serius dan keradangan pada rongga perut juga boleh terjadi kesan daripada masalah usus tersumbat, yang dikenali sebagai peritonitis.

Keadaan tersebut terjadi apabila sebahagian usus anda telah pecah, membawa kepada gejala demam dan sakit perut yang berterusan.

Ia boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan pembedahan segera!

Punca masalah usus tersumbat terjadi

Masalah usus yang tersumbat kepada individu dewasa biasanya disebabkan oleh:

  • Lekatan usus – Jalur tisu berserat pada rongga perut berisiko terjadi selepas pembedahan perut atau pelvis
  • Kanser kolon

Manakala bagi kanak-kanak pula, penyumbatan berlaku biasanya berpunca daripada teleskopik usus (intussusception) – salah satu bahagian usus terlipat.

Penyebab lain usus tersumbat, termasuklah:

  • Hernia – bahagian usus yang menonjol ke bahagian lain
  • Penyakit radang usus seperti penyakit Crohn
  • Diverticulitis – keadaan di mana kantung kecil (diverticula) pada saluran pencernaan menjadi radang atau dijangkiti
  • Usus yang berbelit (volvulus)

usus tersumbat

Pseudo-obstruction

Bagi masalah halangan usus ini boleh menyebabkan tanda dan gejala tersumbat tetapi tidak melibatkan penyumbatan fizikal.

Paralytic ileus adalah berkaitan masalah otot atau saraf yang mengganggu pengecutan otot terkoordinasi normal usus.

Ia akan memperlahankan atau menghentikan pergerakan makanan dan cecair yang melalui sistem pencernaan.

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mendapat usus tersumbat?

Terdapat banyak faktor risiko bagi masalah usus tersumbat, antaranya ialah:

  • Pembedahan abdomen atau pelvik, yang menyebabkan usus melekat – risiko usus tersumbat adalah paling lazim untuk terjadi
  • Penyakit Crohn, yang menyebabkan dinding usus menebal, dan menjadi sempit
  • Kanser pada abdomen, terutama jika anda pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan abdomen atau terapi radiasi

Potensi komplikasi kesan masalah usus tersumbat

Sekiranya anda mengalami masalah penyumbatan pada usus, adalah penting untuk mendapatkan rawatan.

Ini kerana ia boleh mengurangkan komplikasi seperti:

Sekiranya penyumbatan menghalang darah masuk ke bahagian usus, ini boleh menyebabkan:

masalah usus

Jangan berlengah untuk dapatkan rawatan

Disebabkan komplikasi serius yang boleh timbul akibat masalah usus tersumbat, segera dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami sakit perut teruk atau gejala lain daripada penyumbatan pada usus ini

Apabila tidak dirawat, intestinal obstruction boleh menyebabkan tisu di bahagian usus anda yang terkesan mati.

Ia juga boleh menyebabkan dinding usus berlubang serta risiko jangkitan yang teruk.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Asyikin Md Isa pada 19/01/2021
x