home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Segan Nak Kentut Depan Orang? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

Segan Nak Kentut Depan Orang? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

Buang angin atau kentut merupakan proses semula jadi badan dalam mengeluarkan gas-gas yang berlebihan, namun masyarakat mungkin memandang perkara ini sebagai tidak sopan atau memalukan.

Apabila kita berada di khalayak ramai, perut mula memulas minta untuk membuang angin. Namun disebabkan malu, anda mungkin hanya akan menahan diri daripada terkentut.

Apatah lagi jika kentut anda disertai dengan bunyi yang kuat dan bau yang kurang menyenangkan, ia secara tidak langsung membuatkan anda dan orang di sekeliling menjadi kurang selesa.

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya wujudkah kesan sampingan pada tubuh badan sekiranya kita sering menahan diri daripada buang angin?

Macam mana kentut terjadi?

kentut

Flatus, kentut dan angin merujuk kepada gas usus yang memasuki rektum.

Ini disebabkan proses pencernaan dan metabolisme gastrointestinal yang sering dilakukan oleh badan dan kemudian keluar melalui dubur.

Semasa badan anda mencerna makanan dalam usus kecil, komponen yang tidak dapat dihadam akan bergerak lebih jauh di sepanjang saluran gastrointestinal dan akhirnya masuk ke usus besar.

Bakteria di dalam usus akan memecahkan sebahagian kandungannya dengan proses penapaian.

Proses ini menghasilkan gas oleh bahan yang dikenali sebagai asid lemak yang diserap semula dan digunakan dalam laluan metabolik yang berkaitan dengan imuniti dan pencegahan perkembangan penyakit.

Gas boleh diserap kembali melalui dinding usus ke dalam peredaran dan akhirnya dikeluarkan melalui paru-paru atau dikeluarkan melalui rektum, sebagai kentut.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan:

  • Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Punca Sebenar Yang Kita Perlu Tahu!

  • Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus

Apakah kesan-kesan menahan kentut terhadap tubuh badan?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita semua kadang-kadang akan cenderung untuk menahan kentut terutamanya di tempat tertentu, seperti ketika berada di tempat kerja atau di tempat awam.

Supaya kita tidak menanggung perasaan malu, kebanyakan daripada kita memang akan cenderung untuk menahan kentut daripada keluar kerana ia boleh menganggu orang di sekeliling.

Tetapi adakah perkara ini memberikan kesan kepada kesihatan kita? Adakah tidak elok untuk menahan kentut anda?

Terdapat bukti saintifik yang terhad yang mengatakan bahawa menahan kentut boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

Namun begitu, dalam jangka masa yang pendek, menahan diri daripada kentut ternyata boleh menyebabkan:

  • Kesakitan
  • Perut yang tidak selesa
  • Perut kembung
  • Berasa senak
  • Pedih ulu hati

Percubaan bagi menahan kentut daripada terkeluar akan menyebabkan peningkatan tekanan dan ketidakselesaan pada badan anda.

Penumpukan gas usus dapat mencetuskan distensi perut, apabila sebilangan gas diserap kembali ke dalam peredaran darah dan dihembuskan oleh nafas anda.

Terdapat penyelidikan yang tidak begitu jelas melaporkan, kenaikan tekanan di rektum anda akan meningkatkan peluang anda untuk menghidap keadaan yang disebut diverticulitis.

Keadaan ini adalah di mana kantung kecil berkembang di lapisan usus dan akan menjadi radang.

Walaupun penyelidikan mengenai perkara ini masih terhad, namun beberapa kajian menunjukkan bahawa menahan diri daripada buang angin mungkin tidak baik bagi kesihatan kita.

Cara yang lebih sihat adalah jika anda hanya membiarkannya keluar kerana kentut merupakan proses semula jadi badan.

Terdapat bukti saintifik yang terhad menyatakan bahawa menahan kentut boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

Cara-cara mengurangkan anda daripada kerap buang angin

kenapa kentut bau busuk

Bagi mengelakkan anda daripada kerap membuang angin, anda perlu mengelakkan diri daripada makan makanan yang akan dinyatakan di bawah.

Elakkan juga minum minuman bersoda, ini dapat membantu anda mengurangkan kekerapan dalam membuang angin.

Anda juga mungkin tidak bertoleransi terhadap jenis makanan tertentu yang boleh menyebabkan kembung dan gas berlebihan.

Antara makanan yang boleh dielakkan bagi mengurangkan kekerapan kentut ialah:

  • Bawang putih
  • Kubis
  • Cendawan
  • Aprikot
  • Mangga
  • Epal
  • Tembikai
  • Gandum
  • Produk tenusu
  • Makanan mengandungi pemanis tiruan

Namun begitu, penting untuk anda memahami bahawa kentut adalah perkara dan proses yang normal yang dilakukan badan terutamanya dalam proses pencernaan.

Semua orang di dunia ini kentut dan anda tidak perlu berasa malu mengenainya. Cuba untuk melepaskannya walaupun anda hanya boleh melakukannya di tempat apabila tiada orang di sekitar anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23463112/
  2. https://www.dailymail.co.uk/health/article-6150665/What-happens-hold-fart-Gas-leak-uncontrollably-come-MOUTH.html

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 02/12/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x