Bayangkan dalam masa beberapa hari, berat badan anda telah turun mendadak dan anda tidak mengetahui apakah penyebab badan tiba2 kurus. Ini 15 punca berat badan turun mendadak yang mungkin berlaku.
Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.
Bagaimana untuk tahu jika berat badan turun mendadak?
Berat badan yang turun mendadak boleh dilihat apabila terdapatnya penurunan berat badan yang berlaku walaupun seseorang tidak berusaha ke arah itu.
Penurunan berat badan yang mendadak ini bukanlah disebabkan oleh diet tertentu, perubahan gaya hidup atau melakukan aktiviti senaman.
Penurunan berat badan secara mendadak tanpa sebab yang jelas ini mungkin menunjukkan keadaan penyakit tertentu.
Kami senaraikan di sini beberapa penyebab badan tiba-tiba kurus.
Penyebab badan tiba2 kurus
Bagi anda yang ingin mengetahui punca dan penyebab badan tiba-tiba kurus, ini yang mungkin sedang berlaku kepada anda:
Punca badan tiba tiba kurus 1: Kanser
Kanser merujuk kepada penyakit di mana terdapatnya pertumbuhan sel yang tdak normal dalam tubuh badan anda.
Sel ini tidak dapat dikawal dan berkemampuan untuk memusnahkan tisu badan yang normal.
Kanser seperti kanser pankreas, perut, paru-paru dan esofagus adalah antara jenis kanser yang sering menyebabkan penurunan berat badan mendadak.
Penyebab badan tiba2 kurus 2: Penyakit seliak
Penyakit seliak adalah penyakit di mana berlakunya tindak balas imun tubuh terhadap gluten.
Gluten adalah sejenis protein yang boleh dijumpai dalam beberapa bijirin seperti:
- gandum
- barli
Tindak balas imun tubuh ini boleh merosakkan dinding usus kecil anda dan ia boleh menyebabkan penurunan berat badan secara tiba-tiba.
Punca berat badan turun mendadak 3: Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
COPD adalah sejenis penyakit paru-paru yang progresif.
COPD boleh menyebabkan penghidapnya mengalami penurunan berat badan secara mendadak disebabkan kesukaran bernafas yang memerlukan pembakaran lebih banyak kalori.
4: Penyakit Crohn
Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan keradangan usus.
Ia boleh menyebabkan keradangan pada saluran penghadaman yang kemudiannya menyebabkan penurunan berat badan tanpa sebab.
Punca berat badan turun mendadak 5: Penyakit diabetes
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penyakit diabetes juga boleh menyebabkan penurunan berat badan secara tiba-tiba.
Namun, ia lebih kerap berlaku dalam kalangan penghidap diabetes jenis 1.
No. 6: Kegagalan jantung
Penurunan berat badan adalah salah satu komplikasi akibat daripada kegagalan jantung kongestif.
Ini akan menyebabkannya menjadi loya dan cepat kenyang.
Punca berat badan turun mendadak 7: Penyakit HIV atau AIDS
Apabila seseorang itu dijangkiti HIV dan AIDS, salah satu simptom yang boleh dilihat ialah penurunan berat badan yang amat ketara.
Ini kerana virus HIV telah menyerang sistem imun tubuh dan sel sihat yang lain.
Penyebab badan tiba2 kurus 8: Penyakit hipertiroidisme
Hipertiroidisme adalah penyakit di mana kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif.
Apabila kelenjar tiroid ini menjadi terlalu aktif, tubuh badan anda akan membakar lebih banyak kalori daripada kadar biasa.
Oleh sebab itu, berat badan juga boleh turun secara tiba-tiba.
Punca badan kurus mendadak 9: Penyakit hiperkalsemia
Hiperkalsemia boleh menjejaskan sistem pencernaan seperti menyebabkan perut tidak selesa, loya dan muntah-muntah.
Ini juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara.
Penyebab badan tiba2 kurus 10: Penyakit tuberkulosis atau batuk kering
Penyakit batuk kering juga boleh menyebabkan berat badan anda menurun secara tiba-tiba.
Penurunan berat badan dan kehilangan selera makan menjadi antara simptom utama penyakit ini.
Punca berat badan turun mendadak 11: Penyakit Addison
Penyakit Addison berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang kelenjar adrenal.
Kesannya, kelenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon kortisol dan aldosteron yang mencukupi.
#12: Ulser peptik
Jika anda mengalami ulser peptik, ia juga boleh menyebabkan penurunan berat badan.
13: Kolitis ulseratif
Ia adalah keadaan di mana berlakunya keradangan dan juga ulser dalam saluran pencernaan.
Ia boleh menjejaskan dinding usus besar dan juga rektum.
Salah satu simptom utama kolitis ulseratif ialah penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas.
Penyebab badan tiba2 kurus 14: Kemurungan
Kemurungan juga boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.
Ini kerana, apabila seseorang itu mengalami kemurungan, selera makannya akan turut terjejas dan menyebabkannya kurang makan seperti biasa.
Penyebab badan tiba2 kurus 15: Penyakit demensia
Ia juga dikenali sebagai penyakit nyanyuk yang banyak berlaku dalam kalangan warga emas.
Penyakit demensia juga boleh menyebabkan penurunan berat badan secara tiba-tiba.
Kesimpulan
Jika anda ada mengalami masalah berat badan turun mendadak, jangan terlalu gembira, sebaliknya dapatkan rundingan daripada doktor.
[embed-health-tool-bmr]