home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Itu Penyakit Crohn: Kenali Tanda, Punca & Rawatan Ini

Apa Itu Penyakit Crohn: Kenali Tanda, Punca & Rawatan Ini

Penyakit Crohn merupakan salah satu penyakit radang usus besar selain daripada kolitis ulseratif.

Ia sering dimanifestasikan sebagai keadaan radang pada dinding organ dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian sepanjang sistem gastrousus (dari mulut hingga ke anus).

Jika dibandingkan dengan populasi biasa, mereka yang mengalami masalah radang usus besar ini mempunyai risiko kematian yang agak tinggi.

Walaupun punca yang tepat masih lagi tidak diketahui, penyakit ini boleh berlaku kesan daripada interaksi rumit antara kecenderungan genetik, faktor persekitaran dan juga kecelaruan sistem imun terhadap bakteria baik di dalam usus besar.

Dalam tempoh lebih 50 tahun, angka penyakit ini telah berterusan meningkat dengan rekod kes baharu tertinggi dicatat di Eropah utara, United Kingdom (UK) dan juga Amerika Utara.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Tanda klinikal radang usus besar Crohn

penyakit crohn

Berbeza dengan kebanyakan masalah kesihatan lain, diagnosis bagi penyakit keradangan usus ini hanya boleh disahkan secara klinikal.

Ini bermakna pengesahan masalah kesihatan tersebut perlu dibuat secara sistematik, bermula daripada pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan dapatan ujian makmal.

Cirit-birit kronik yang melebihi tempoh 4 minggu adalah simptom yang paling kerap berlaku dalam kalangan penghidap penyakit ini.

Selain daripada itu, pesakit juga boleh mengalami simptom lain seperti:

Oleh sebab proses patologi penyakit Crohn melibatkan keradangan pada dinding usus besar, ia boleh menyebabkan pembentukan fistula.

Fistula adalah lubang atau laluan yang menghubungkan di antara dua bahagian seperti organ, salur darah atau struktur yang lain.

Ia merupakan komplikasi yang boleh dialami kesan daripada proses keradangan, jangkitan atau kecederaan semasa pembedahan.

Dianggarkan sekitar 35 peratus pesakit mengalami masalah fistula menjadikan ia komplikasi paling lazim direkodkan bagi penyakit Crohn.

Perkara ini, ditambah pula dengan fakta yang menyatakan masalah radang usus merupakan faktor risiko kanser kolorektal, boleh memberi impak yang negatif ke atas kualiti hidup penghidap.

Anda mungkin berminat:

Faktor risiko penyakit Crohn

radang usus besar

Umur dan jantina

Kebiasaannya mereka yang didiagnosis dengan penyakit Crohn, berusia sekitar 30 hingga 39 tahun.

Dalam soal pengaruh jantina, terdapat perbezaan taburan geografi – iaitu populasi Kanada dan New Zealand, wanita adalah 10 hingga 30% lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini manakala di Jepun dan Korea, lelaki dilaporkan mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita untuk didiagnosis dengan penyakit ini.

Genetik

Menurut 2 kajian kohort yang dijalankan di negara Britain dan Jerman, anak kembar seiras boleh didiagnosis dengan penyakit yang mempunyai lokasi dan tingkah laku yang serupa. Mereka juga cenderung untuk didiagnosis pada usia yang sama.

Kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan genetik boleh mengalami penyakit Crohn pada usia yang lebih muda berbanding dengan ibu bapa mereka semasa didiagnosis.

Etnik

Prevalens bagi penyakit Crohn sangat tinggi dalam kalangan populasi Yahudi.

Walau bagaimanapun, variasi prevalens yang bergantung kepada kedudukan geografi menunjukkan peranan faktor persekitaran juga penting dalam proses patologi penyakit.

Masalah keradangan yang lain

Masalah keradangan yang lain turut memberikan implikasi kepada kebarangkalian untuk anda didiagnosis dengan penyakit Crohn.

Antaranya adalah penyakit ankylosing spondylitis, perikarditis, asma, malah penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis atopik.

Faktor Persekitaran

Peningkatan jumlah penyakit Crohn di seluruh dunia boleh berpunca daripada faktor persekitaran dan impaknya boleh dilihat dengan lebih jelas pada kanak-kanak.

Tabiat merokok telah dikenalpasti mempunyai pengaruh ke atas fenotaip penyakit Crohn. Kajian meta-analisis menunjukkan rokok berupaya untuk meningkatkan risiko penyakit Crohn setinggi dua kali ganda berbanding dengan risikonya pada populasi umum.

Faktor pemakanan seperti pengambilan makanan berlemak juga boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalami masalah kesihatan ini. Pun begitu, diet yang tinggi dengan serat dan buah telah dikenalpasti sebagai faktor pelindung daripadanya.

Diagnosis & ujian untuk penyakit Crohn

radang usus besar

Buat masa kini, masih belum ada peralatan yang mampu mendiagnosis masalah keradangan usus ini.

Sebaliknya, pemeriksaan pesakit dibuat secara sistematik berdasarkan kepada sejarah perubatan, dapatan pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian makmal.

Penggunaan skop bagi melihat keadaan di dalam usus besar dan kecil disertakan dengan biopsi sampel tisu merupakan kaedah yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Alatan canggih lain yang turut digunakan adalah alat ultra bunyi, tomografi berkomputer (VT) serta pengimejan resonans magnetik (MRI).

Teknik lain yang lebih canggih melibatkan penggunaan sebiji kapsul yang boleh ditelan masuk ke dalam sistem gastrousus oleh pesakit.

Kapsul tersebut dilengkapi dengan kamera tanpa wayar pakai buang.

Ia akan melalui saluran pencernaan sehingga dikumuhkan melalui dubur dan analisis rakaman boleh dibuat setelah ia selesai.

Ia merupakan satu kaedah yang mudah dan tidak invasif berbeza dengan penggunaan skop.

Malah, penggunaan teknologi ini juga membantu meningkatkan ketepatan diagnosis sebanyak 15 peratus.

Konklusi

Sudah berdekad lamanya kita mengkaji dan mengenali proses patologi yang menyebabkan kecelaruan fungsi pada pesakit yang menghidap penyakit Crohn.

Setakat ini, kita sudah menemui pelbagai jenis klu dalam usaha untuk meningkatkan tahap efektif diagnosis supaya kualiti hidup penghidap terjamin.

Kalaulah sekarang kita sudah menemui pelbagai maklumat yang bakal membantu menguruskan penyakit ini, bagaimana pula dengan 50 tahun akan datang?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Thia KT, Sandborn WJ, Harmsen WS, Zinsmeister AR, Loftus EV. Risk factors associated with progression to intestinal complications of Crohn’s disease in a population-based cohort. Gastroenterology. 2010 Oct;139(4):1147–55.
  2. Cosnes J, Gower-Rousseau C, Seksik P, Cortot A. Epidemiology and natural history of inflammatory bowel diseases. Gastroenterology. 2011 May;140(6):1785–94.
  3. Ha F, Khalil H. Crohn’s disease: a clinical update. Therap Adv Gastroenterol. 2015 Nov;8(6):352–9.
  4. Thia KT, Loftus EV, Sandborn WJ, Yang S-K. An update on the epidemiology of inflammatory bowel disease in Asia. Am J Gastroenterol. 2008 Dec;103(12):3167–82.
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/crohns-disease/symptoms-causes/syc-20353304
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab Disemak pada 19/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x