Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang menghuni perut dan usus manusia. Gelaran ‘bakteria baik’ ini adalah kerana fungsinya yang pelbagai, termasuklah mencegah sembelit dan meningkatkan imuniti tubuh. Ada banyak jenama suplemen probiotik terbaik yang dijual di pasaran. Jika anda masih tidak tahu jenama probiotik yang bagus, ini rekomendasi daripada kami.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Jenama probiotik yang bagus
Terdapat pelbagai jenis produk atau suplemen probiotik terbaik yang ada di pasaran. Pemilihannya bergantung kepada keperluan dan tahap umur anda.
Jika anda kurang pasti, lihat 7 jenama di bawah ini yang ramai orang ambil untuk kesihatan penghadaman mereka.
#1. Blackmores Probiotics+ Daily Health
Mungkin anda pernah mendengar jenama Blackmores keluaran negara Australia ini.
Hal ini kerana Blackmores dikenali sebagai salah satu jenama probiotik yang bagus dan dipercayai di pasaran.
Blackmores Probiotics+ Daily Health mengandungi kombinasi unik bakteria baik yang dirumus untuk menyokong sistem imun dan pencernaan yang baik.
Produk ini juga membantu dalam memelihara keseimbangan mikroflora usus anda yang sihat.
#2. 21st Century Probiotics
Probiotik 21st Century juga adalah antara pilihan popular dalam kalangan pengguna yang mencari suplemen probiotik terbaik untuk sistem pencernaan mereka.
Berdasarkan ulasan pengguna, probiotik ini telah membantu mereka mengatasi masalah pencernaan seperti:
- sembelit
- sindrom iritasi usus (IBS)
Selain itu, jenama ini juga dikenali kerana keupayaannya untuk meningkatkan sistem imun dan membantu dalam penyerapan nutrien.
#3. Jenama probiotik yang bagus: PureMed Symplus Capsule
PureMed Symplus Capsule adalah suplemen probiotik yang dirumus khas untuk memperbaiki sistem pencernaan dan meningkatkan kesihatan usus.
Ia mengandungi strain probiotik berbeza yang berfungsi untuk memperbaiki keseimbangan bakteria baik dan buruk dalam usus.
Pengguna melaporkan, terdapat perubahan positif dalam masalah pencernaan dan peningkatan kesihatan secara keseluruhan selepas mengambil suplemen ini.
#4. GKB G-Pro Probiotics
GKB G-Pro Probiotics adalah suplemen probiotik yang dirumus dengan 8 strain probiotik.
Ia dirumus khusus untuk perlindungan saluran pencernaan anda.
Jenama ini mengandungi 50 bilion probiotik hidup dalam setiap kapsul.
Pengguna melaporkan peningkatan dalam kesihatan usus secara keseluruhan setelah mengambil suplemen ini.
Selain itu, pengguna turut menyatakan bahawa simptom sindrom iritasi usus (IBS) turut semakin baik.
#5. Jenama probiotik yang bagus: LACTO-5
LACTO-5 adalah jenama probiotik yang terkenal di Malaysia dan telah ada di pasaran selama kira-kira 15 tahun.
Menurut platform penyelidikan pasaran Lumina Intelligence, LACTO-5 adalah jenama probiotik terlaris di platform e-dagang Malaysia.
Ia mengandungi bakteria baik yang membantu dalam pencernaan dan penyerapan nutrien serta meningkatkan sistem imun anda.
#6. Greenlife Essential Pre & Probiotics
Greenlife Essential Pre & Probiotics adalah jenama probiotik yang bagus, dengan formula simbiotik unik yang mengandungi enam probiotik dan 2 jenis prebiotik.
Ia mengandungi 10 bilion CFU (Colony Forming Units) dan diperkaya dengan 6 strain bakteria yang bermanfaat dari Amerika Syarikat.
Selain itu, ia juga ditambah dengan inulin atau prebiotik yang membantu memberi makan kepada bakteria baik dalam tubuh.
#7. Minuman susu kultur Yakult
Yakult adalah minuman susu kultur yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia.
Produk ini mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria baik strain Shirota dan diperkaya dengan vitamin D dalam setiap botol.
Ia dicipta oleh saintis Jepun, Dr. Minoru Shirota, yang bekerja di makmal mikrobiologi, Universiti Kyoto, Jepun.
Beliau memilih strain khas bakteria asid laktik ini kerana keupayaannya untuk menahan asid gastrik dan hempedu.
Ini membolehkan bakteria tersebut pergi ke usus dalam keadaan hidup dan memberi manfaat kepada kesihatan pengguna.
Yakult juga dikenali sebagai minuman probiotik terbaik di Malaysia.
[embed-health-tool-bmi]
Antara manfaat utama minuman probiotik Yakult adalah keupayaannya untuk membantu menyeimbangkan bakteria usus.
Ini penting untuk sistem pencernaan yang sihat dan tahap kesihatan yang menyeluruh.
Fakta
Kesimpulan
Kini anda telah tahu 7 jenama atau produk yang biasa digunakan oleh orang lain sebagai suplemen untuk kesihatan tubuh.
Dengan mengambil suplemen probiotik terbaik, ia dapat menyeimbangkan jumlah bakteria baik dan bakteria jahat dalam tubuh, sekali gus memberikan kesan makan probiotik yang optimum terhadap kesihatan keseluruhan anda.