Simptom utama asid refluks (GERD) adalah pedih ulu hati dan ia mendatangkan ketidakselesaan. Tapi ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat boleh dicuba.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Simptom utama asid refluks (GERD) adalah pedih ulu hati dan ia mendatangkan ketidakselesaan. Tapi ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat boleh dicuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkan di sini.
Penyakit refluks gastroesofageal atau asid refluks adalah keadaan yang boleh dicegah sepenuhnya.
Ia berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut – sekali gus menyebabkan terjadinya pedih ulu hati.
Mungkin ada yang berasakan keadaan tersebut tidak berbahaya. Betul!
Tetapi jika dibiarkan, lama kelamaan, asid dalam perut ini boleh merosakkan lapisan esofagus dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit, seperti kanser esofagus.
Ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat, sama ada melalui rawatan di rumah mahupun dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Walau bagaimanapun, kaedah yang dikongsikan mungkin memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu.
Berikut terdapat 6 petua boleh dicuba untuk mengatasi masalah pedih ulu hati yang dialami:
Anda boleh mencuba rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala asid refluks.
Kebanyakan pakar akan mengesyorkan pesakit dengan pedih ulu hati untuk melakukan perubahan gaya hidup bagi mencegah simptom asid refluks dan mengelakkan sebarang komplikasi.
Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease (NIDDK), ini termasuklah:
Baking soda dipercayai dapat membantu melegakan pedih ulu hati.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan melarutkan satu sudu teh baking soda ke dalam secawan air. Ia dikatakan dapat meneutralkan asid.
Pun begitu, soda penaik ini mengandungi natrium. Pengambilan secara berlebihan boleh mengubah keseimbangan asid dalam darah.
Jadi disarankan sebelum mencuba, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
Siapa yang tidak pernah makan pisang?
Pisang dikatakan mengandungi antasid semula jadi – yang membantu meneutralkan asid di dalam perut.
Jadi cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat adalah dengan memakan pisang setiap hari.
Jika tiada pisang, epal boleh dianggap sebagai pengganti yang terbaik!
Selain rawatan di rumah, sudah tentu terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat gejala asid refluks ini.
Antasid berfungsi meneutralkan asid di dalam perut, sekali gus ia dapat melegakan refluks asid.
Ubat yang boleh dibeli di farmasi (over-the-counter, OTC) mengandungi garam kalsium, magnesium atau aluminium.
Kebiasaannya, pengambilan antasid disarankan selepas makan.
Ubat antagonis reseptor histamin-2 ini berfungsi mengikat reseptor histamin-2 pada perut, sekali gus menyekat pembebasan asid dalam perut.
Biasanya, pengambilan ubat dikatakan boleh memberikan kelegaan gejala dengan segera.
Ia juga boleh diambil dalam tempoh 30 hingga 60 minit sebelum pengambilan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan asid refluks.
Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan 4 jenis antagonis reseptor histamin-2:
Sesetengah ubat jenis ini tersedia tanpa memerlukan preskripsi.
Pun begitu, dinasihatkan untuk anda melakukan perbincangan dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Ini kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan dan mengganggu ubat lain yang diambil.
Proton pump inhibitors dipercayai dapat mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
Ia dikatakan akan memberi kesan kepada sel parietal pada perut, yang mengandungi pam proton.
Menyekat tindak balas pam proton adalah langkah terakhir untuk menghalang rembesan asid di dalam perut.
Bagaimana pula jika ada ibu mengandung yang berdepan masalah asid refluks? Adakah boleh dirawat menggunakan ubat seperti individu lain?
Bagi ibu hamil, masalah pedih ulu hati berlaku kerana peningkatan tahap progesteron, anjakan sfinkter esofagus bawah dan tekanan yang dihasilkan daripada janin sedang membesar.
Biasanya doktor akan mengesyorkan perubahan diet sama ada dengan pengambilan ubatan atau tanpa ubat.
Makan makanan dalam hidangan kecil dan lebih kerap, elak makan lewat malam atau snek ringan serta menghindari pencetus asid refluks mungkin dapat membantu.
Selain itu, cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat melalui pengambilan ubatan semasa kehamilan adalah sama dengan individu yang tidak hamil.
Antasid, antagonis reseptor histamin-2 dan perencat pam proton adalah selamat dan berkesan untuk wanita hamil.
Tetapi anda disarankan untuk mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubatan.
Masalah asid refluks yang menjadi punca kepada gejala pedih ulu hati adalah gangguan pencernaan biasa.
Anda boleh mencuba cara rawatan di rumah ataupun pengambilan ubatan untuk mengatasinya.
Sekiranya gejala masih berlanjutan, ia mungkin petanda masalah pencernaan yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan.
Lakukan pemeriksaan doktor segera!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen