Perlukah ambil suplemen untuk kekalkan kesihatan perut?
Ambil probiotik untuk cirit birit? Sebenarnya, kita tidak perlu mengambil sebarang suplemen atau probiotik untuk mengekalkan kesihatan perut atau usus.
Pengambilan diet yang sihat sudah cukup untuk mengekalkan jumlah probiotik yang sihat dalam perut kita.
Diet yang tinggi serat contohnya, boleh bertindak sebagai sumber makanan untuk bakteria baik ini.

Namun, ada sesetengah daripada kita mengamalkan jenis diet atau gaya hidup yang mungkin menyebabkan penurunan jumlah bakteria baik dalam usus dan perut.
Jika ini berlaku, maka kita disarankan untuk mengambil yogurt atau jenis makanan lain dengan kandungan probiotik bagi menyeimbangkan kembali bilangan bakteria baik tersebut.
Jadi, boleh guna yogurt atau probiotik untuk cirit birit?
Doktor masih tidak begitu pasti berkenaan keberkesanan pengambilan yogurt untuk tujuan merawat penyakit tertentu.
Ini kerana, kajian-kajian yang ada telah menunjukkan keputusan yang pelbagai.
Namun secara umumnya, pengambilan probiotik seperti yang terdapat dalam yogurt boleh membantu melegakan masalah cirit-birit dan sakit perut yang ringan.
Perlu diingat bahawa ia bukanlah pengganti kepada ubat-ubatan atau kaedah rawatan perubatan yang disarankan oleh doktor.
Ini kerana, penyelidik masih tidak begitu pasti bagaimana probiotik dan usus berinteraksi antara satu sama lain.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, probiotik untuk cirit birit mempunyai banyak potensi dalam menguruskan penyakit atau masalah yang berkaitan dengan perut.
Namun, kajian-kajian semasa masih tidak mencukupi bagi menyokong penggunaannya untuk tujuan perubatan.
Pengambilan probiotik tidaklah berbahaya dan ia masih selamat untuk diambil dengan kerap.
Walau bagaimanapun, perlu juga diketahui bahawa ia bukanlah pengganti ubat atau kaedah rawatan utama bagi merawat cirit-birit atau sakit perut anda.
Jika anda ingin menggunakan yogurt sebagai kaedah alternatif bagi merawat cirit-birit yang dialami, anda mungkin boleh bertanya kepada doktor terlebih dahulu.
Doktor boleh membantu memberikan nasihat berkenaan bagaimana untuk mengambilnya dan bila waktu yang sesuai untuk memakannya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen