Minyak flaxseed
Flaxseed dan minyak flaxseed mungkin mengurangkan paras kolesterol. Maklumat yang jelas belum diperoleh sama ada ia juga merendahkan risiko penyakit jantung secara keseluruhan.
Asid folik
Asid folik, vitamin B, merendahkan paras amino acid homocysteine,dimana ia mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Tetapi kajian tidak membuktikan bahawa asid folik mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar (strok).
Magnesium
Magnesium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan kadang kala ia digunakan oleh doktor untuk memperbaiki rima jantung tidak normal.
Omega-3 fatty acids
Menurut kajian, omega-3 fatty acid daripada minyak ikan boleh merendahkan tekanan darah dan triglycerides. Omega-3s juga mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung secara keseluruhan.
Nasi yis merah
Menurut kajian, nasi yis merah mungkin merendahkan jumlah kolesterol, triglycerides dan kolesterol jahat LDL. Satu bahan dalam nasi yis merah – mionacolin K – sama dengan bahan aktif di dalam ubat kolesterol.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen