Kebanyakan doktor menyarankan individu yang mempunyai masalah asid refluks untuk mengelakkan minuman berkafein.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Kebanyakan doktor menyarankan individu yang mempunyai masalah asid refluks untuk mengelakkan minuman berkafein.
Apakah kaitan antara kedua-duanya? Ikuti penjelasan ini.
Asid refluks atau dikenali sebagai penyakit refluks gastroesophageal (GERD) adalah penyakit pencernaan kronik.
Ia adalah keadaan di mana asid perut akan mengalir dan naik kembali ke bahagian esofagus – saluran yang menghubungkan mulut ke perut.
Situasi asid perut yang telah naik kembali itu boleh merengsakan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Pedih ulu hati adalah sensasi terbakar yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian tengah perut hingga sekitar kerongkong.
Antara simptom lain masalah asid refluks adalah seperti:
Sekiranya mengalami gejala di atas, ia bermakna anda mengalami penyakit refluks gastroesophageal.
Ini bermakna asid refluks yang berlaku boleh menjejaskan kehidupan seharian dan mungkin merosakkan saluran esofagus anda. AWAS!
Tetapi mengapakah minuman berkafein tidak digalakkan pengambilannya?
Adakah kesemua mereka yang menghidap GERD tidak boleh langsung mengambil minuman berkafein seperti teh atau kopi?
Sesetengah individu melaporkan bahawa beberapa makanan dan minuman, seperti kopi dan teh, boleh mencetuskan atau memburukkan lagi gejala GERD.
Biasanya, doktor dan profesional kesihatan akan mengesyorkan agar individu yang mempunyai masalah asid refluks mengehadkan atau mengelakkan pengambilan minuman berkafein.
Walau bagaimanapun, daripada bukti saintifik, ini adalah 1 keadaan yang tidak jelas- sama ada semua individu menghidap GERD harus mengelakkan kopi dan teh.
Berdasarkan kajian analisis yang dijalankan pada tahun 2013 mengenai kesan kopi pada pesakit GERD, pengambilan kopi sering tidak digalakkan pada individu dengan asid refluks.
Walaupun begitu, hanya terdapat sedikit bukti yang mengaitkan antara penggunaan kopi dan kejadian GERD.
Ini bermakna, bagi individu tertentu dengan GERD mengatakan bahawa minuman berkafein memburukkan lagi gejala masalah asid refluks mereka.
Manakala ada sebilangan pesakit yang lain pula mendapati bahawa minuman ini tidak mempengaruhi simptom mereka.
Kesan kafein pada GERD tidak begitu jelas.
Walaupun , hanya ada sedikit bukti saintifik yang menyokong. Namun kebanyakan profesional kesihatan menyatakan bahawa kafein berisiko memburukkan simptom refluks.
Ini kerana minuman berkafein adalah berasid dan boleh memburukkan lagi penyakit refluks gastroesophageal yang dialami.
Pun begitu, jika seseorang mendapati bahawa kafein memburukkan lagi gejala GERD mereka, masih ada pilihan alternatif kepada kopi dan teh berkafein.
Antara pilihan alternatif itu termasuklah:
Selain kafein, ada beberapa makanan dan minuman lain yang cenderung memburukkan simptom masalah asid refluks.
Beberapa pencetus biasa termasuk:
Walau bagaimanapun, sama seperti minuman berkafein, hanya terdapat sedikit bukti saintifik menunjukkan hubung kait yang kuat antara senarai pencetus di atas dan simptom asid refluks.
Bagi sesetengah individu, mungkin akan mendapat manfaat daripada penyingkiran senarai makanan dan minuman tersebut. Manakala bagi yang lain, mungkin sebaliknya.
Ini kerana setiap penghidap GERD mempunyai pencetus yang berbeza dan kerana itulah penting untuk mengenal pasti makanan yang berisiko mencetuskan simptom asid refluks.
Menurut garis panduan pengurusan GERD, penyelidikan menunjukkan bahawa intervensi gaya hidup yang berbeza mungkin boleh mengurangkan gejala, seperti:
Masalah asid refluks adalah keadaan biasa yang boleh berlaku disebabkan pelbagai gejala. Adakalanya keadaan ini boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang.
Sekiranya minuman berkafein berkemungkinan boleh memburukkan simptom GERD, penyelesaian terbaik adalah untuk menghindarinya dan melihat sama ada keadaan bertambah baik atau tidak.
Mencatatkan pengambilan makanan dan minuman dalam sehari boleh membantu pesakit GERD untuk mengenal pasti pencetus atau memburukkan lagi gejala yang dialami.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen