backup og meta

Buncit Arak: Bagaimana Alkohol Membawa Kepada Perut Buncit

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/07/2020

    Buncit Arak: Bagaimana Alkohol Membawa Kepada Perut Buncit

    Sekiranya anda baru sahaja ke panggung wayang untuk menonton filem Avengers: Endgame, anda tidak mungkin dapat lupa menyaksikan sendiri kesan meminum arak kronik – buncit arak, atau turut dikenali sebagai obesiti abdomen. Sungguh menakjubkan, dewa petir pun tidak selamat daripada kesan pengambilan alkohol yang kronik.

    Bagaimana pengambilan alkohol membawa kepada buncit arak? 

    Peraturan asas untuk penambahan berat badan adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori anda. Dengan pengambilan kalori yang lebih, tenaga yang lebih dan tidak digunakan ini akan disimpan menjadi lemak. 1 gram lemak mengandungi 9 kalori manakala 1 gram alkohol berada kedudukan yang sedikit rendah dengan 7.1 kalori. Lazimnya, apabila keperluan kalori harian kita telah dipenuhi atau lebih sedikit berbanding tahap yang diperlukan, pusat kenyang akan terangsang, menyebabkan kita rasa kenyang dan kurang cenderung untuk mengambil makanan tambahan. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati meminum arak sebelum atau ketika makan tidak mempengaruhi saiz hidangan makanan kita. Justeru, pengambilan alkohol yang banyak atau kronik dikaitkan dengan pengumpulan lemak berbanding pengambilan alkohol yang sederhana.

    Tambahan lagi, selain menambah tenaga (kalori) dalam badan, alkohol mungkin merangsang kita untuk makan lebih banyak. Penilaian dan ulasan 17 kertas kajian berkaitan alkohol, selera makan dan keseimbangan tenaga mendapati bahawa 10 kajian sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pengambilan makanan sejurus pengambilan alkohol. Walaupun dalam keadaan di mana minuman beralkohol tersebut diselindung, kajian tetap mendapati bahawa ianya membawa kepada peningkatan pengambilan makanan. Alkohol mungkin meningkatkan lagi persepsi selera individu dengan mempengaruhi hormon yang memainkan peranan dalam kawalan lapar dan kenyang. Sebagai contoh, alkohol didapati menekan hormon Leptin, sejenis hormon yang bertanggungjawab dalam menghasilkan rasa kenyang. Alkohol juga turut menekan pemecahan lemak (oksidasi lemak), mencadangkan bahawa pengambilan alkohol yang kerap membawa kepada pengumpulan lemak yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang. 

    Dalam erti kata lain, pengambilan alkohol menghilangkan kawalan kita daripada memakan dengan berlebihan, selain menggandakan pengumpulan lemak dalam badan, sekali gus menyumbang kepada terjadinya fenomena buncit arak. 

    Mengapa buncit arak tertumpu di bahagian abdomen??

    Lelaki dan wanita mempunyai taburan dan titik pengumpulan lemak yang berbeza pada badan mereka. Walaupun pada mulanya sama, selepas baligh, perbezaan taburan ini menjadi ketara. Wanita mempunyai lebih banyak lemak di bahagian bawah lapisan kulit berbanding lelaki. Tambahan lagi, mereka juga cenderung untuk mengumpul lemak di bahagian punggung dan pinggul mereka. Lelaki pula tidak mempunyai kandungan lemak yang banyak pada bahagian lapisan bawah kulit mereka. Justeru, mereka lebih cenderung untuk menyimpan tenaga lebihan menjadi lemak di bahagian perut/abdomen mereka. Penting juga untuk diingati bahawa umur turut mempengaruhi kecenderungan untuk pengumpulan lemak yang lebih. Semakin seseorang berusia, kadar metabolisma mereka menurun. Di samping itu, paras hormon kita juga akan menurun dengan peningkatan usia. 

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan