backup og meta

Rawat Masalah Gastrik Dengan Probiotik, Adakah Ia Berkesan?

Rawat Masalah Gastrik Dengan Probiotik, Adakah Ia Berkesan?

Anda kerap kena gastrik? Ia sudah tentu akan buat anda rasa tidak selesa setiap kali serangan itu tiba! Disebabkan itu juga, ramai pakar yang akan sarankan untuk mengambil probiotik untuk gastrik.

Ini kerana probiotik dipercayai boleh jadi salah satu daripada penawar alternatif kepada penyakit gastrik selain pengambilan ubatan dan rawatan moden yang jauh lebih popular.

Persoalannya, adakah benar wujud kebaikan probiotik untuk gastrik? Jom terus baca artikel ini!

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan gastrik?

Untuk pengetahuan anda semua, masalah gastrik atau gastritis itu adalah kondisi di mana berlakunya keradangan pada lapisan dalam perut ekoran penurunan tahap perlindungan.

Kondisi ini mungkin selalu berlaku apabila individu terlupa atau terlepas waktu makan dan kesan akibatnya adalah perut akan rasa tidak selesa sama seperti jika masuk angin.

Selain ‘skip’ waktu makan, berikut adalah antara faktor risiko lain yang boleh jadi punca gastrik:

probiotik untuk gastrik

Salah satu atau semua perbuatan di atas ini mungkin akan jadi punca kondisi gastrik atau sakit perut yang melampau dan disertai dengan beberapa tanda serta gejala yang lain.

Kebiasaannya, ia boleh dielak atau dirawat dengan ubatan atau rawatan moden. Pun begitu, apa yang kita amalkan di dalam aspek diet seperti probiotik juga boleh jadi kuncinya.

Apa pula dimaksudkan dengan probiotik?

Buat anda yang mungkin belum tahu, probiotik adalah kombinasi di antara variasi bakteria baik dan yis hidup yang tinggal secara semula jadi di dalam tubuh badan manusia.

Bakteria baik ini akan dapat membantu kita melalui pelbagai cara dan antaranya adalah dengan melawan bakteria jahat sekali gus memastikan tubuh badan kita kekal sihat.

Sebenarnya, probiotik ini juga boleh diperolehi daripada sumber makanan dan minuman selain suplemen yang boleh didapati dalam bentuk pil atau tablet di pusat kesihatan.

Kebaikan probiotik untuk gastrik tidak lagi dapat disangkal kerana ia boleh berfungsi dengan cara mengelakkan atau memulihkan keradangan pada sekitar kawasan perut anda.

Dalam pada itu, ia juga dapat membantu tubuh badan menyerap nutrisi dengan lebih baik selain memastikan sistem imun dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik lagi.

probiotik untuk gastrik

Benarkah probiotik untuk gastrik ada kaitan rapat?

Seperti mana yang telah kami katakan di atas tadi, kondisi gastrik boleh berlaku akibat beberapa punca dan yang paling utama sebenarnya adalah angkara jangkitan daripada bakteria.

Bakteria yang dimaksudkan itu iaitu Helicobacter pylori mungkin akan menyebabkan keradangan pada lapisan dalam perut sekali gus mencetuskan simptom kondisi gastritis.

Memandangkan probiotik itu sendiri adalah komponen bakteria baik, keberadaannya di dalam perut akan mampu melawan dan menghapuskan bakteria jahat di tempat yang sama.

Bakteria Lactobacillus dapat membantu memastikan tubuh manusia sentiasa kekal kuat manakala Bifidobacteria pula membantu mewujudkan sistem pencernaan yang lebih sihat.

Dalam erti kata lebih mudah, pertemuan kedua-dua bakteria ini adalah umpama bertemu buku dengan ruas di mana sering kali yang baik akan menang menentang yang jahat.

Di mana sumber bakteria baik ini boleh ditemui?

Ya, memang benar kenyataan yang kata kebaikan probiotik untuk gastrik itu wujud kerana bakteria baik ini akan dapat membantu anda melawan bakteria jahat di dalam perut.

Bukan itu sahaja, malahan probiotik ini turut dipercayai sangat bagus untuk kesihatan perut serta tubuh badan secara keseluruhan. Maka, tiada lagi kaitan buruk tentangnya.

probiotik untuk gastrik

Apa yang masih menjadi tanda tanya di sini adalah di mana sumber bakteria baik ini boleh ditemui?

  • Yogurt
  • Tapai
  • Tempe
  • Kefir
  • Kimchi
  • Kombucha
  • Miso
  • Sauerkraut
  • Minuman probiotik

[embed-health-tool-bmr]

Selain contoh yang di atas ini, segala macam jenis produk makanan yang dijerukkan seperti jeruk buah, jeruk sayur dan lain-lain juga ada potensi besar kaya dengan probiotik.

Sekiranya tiada menu yang anda gemar atau selalu ambil daripada senarai makanan di atas, maka sangat wajar untuk individu ambil suplemen tambahan probiotik dalam bentuk pil atau tablet.

Konklusinya, probiotik untuk gastrik itu memang sangat penting dan perlu mula untuk diamalkan. Sebelum mengamalkannya, dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor anda, ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Microbiome, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/microbiome/, Accessed Feb 28 2022.
  2. Gastric Problem: Causes, Symptoms & Treatment, https://www.narayanahealth.org/blog/gastric-problem-causes-symptoms-treatment/, Accessed Feb 28 2022.
  3. Benefits of Probiotics, https://www.healthyeating.org/nutrition-topics/milk-dairy/benefits/probiotics, Accessed Feb 28 2022.
  4. Probiotics for Gastrointestinal Conditions: A Summary of the Evidence, https://www.aafp.org/afp/2017/0801/p170.html, Accessed Feb 28 2022.
  5. Probiotic Gastrointestinal Transit and Colonization After Oral Administration: A Long Journey, https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fcimb.2021.609722/full, Accessed Feb 28 2022.

Versi Terbaru

23/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Perlu Makan Ubat? Legakan Gastrik Angin Dengan 6 Cara Ini Di Rumah!

Anda Ada Gastrik? Jom Cuba Tip Pemakanan Ini Untuk Kurangkan Gejala Sakit Perut


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan