- Mengandungi dua sebatian tumbuhan dengan sifat perubatan yang kuat
Buah ini kaya dengan dua bahan unik yang bertanggungjawab untuk kebanyakan manfaat kesihatan mereka.
- Punicalagins: Punicalagins adalah antioksida yang sangat kuat yang terdapat dalam jus dan kulit buah ini. Antioksida ini begitu kuat sehinggakan didapati jus delima mengandungi tiga kali aktiviti antioksida berbanding wine merah dan teh hijau. Ekstrak dan serbuk buah ini biasanya dibuat daripada kulit, disebabkan oleh kandungan antioksidan dan punicalagin yang tinggi.
- Asid Punicic: Asid Punicic, yang terdapat dalam minyak biji buah ini, adalah asid lemak utama dalam aril. Ia adalah sejenis asid linoleik konjugasi dengan kesan biologi yang kuat.
- Mempunyai kesan anti keradangan yang mengagumkan
Keradangan kronik adalah salah satu pemacu utama penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2, penyakit Alzheimer dan juga obesiti. Delima mempunyai ciri anti-radang yang kuat, yang sebahagian besarnya diantarkan oleh sifat-sifat antioksida daripada punicalagin. Kajian-ujian tiub telah menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan aktiviti keradangan di saluran pencernaan, serta dalam kanser payudara dan sel-sel kanser kolon.
Kajian selama 12 minggu terhadap individu yang menghidap diabetes mendapati bahawa 1.1 cawan (250 ml) jus buah ini setiap hari menurunkan penanda keradangan CRP dan interleukin-6 masing-masing sebanyak 32% dan 30%. Jika anda berminat untuk mengurangkan keradangan di dalam badan anda, buah delima adalah diet tambahan yang luar biasa untuk diet anda.
- Membantu melawan kanser prostat

Kanser prostat adalah sejenis kanser yang biasa terjadi dalam kalangan lelaki. Kajian makmal menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh memperlambat pembiakan sel kanser dan menyebabkan apoptosis, atau kematian sel, dalam sel-sel kanser. Antigen khusus prostat (PSA) adalah penanda darah untuk kanser prostat.
Lelaki yang tahap PSAnya berganda dalam tempoh yang singkat berada pada risiko yang meningkat untuk mendapat kematian akibat kanser prostat. Menariknya, kajian terhadap manusia mendapati bahawa dengan meminum 8 auns (237 ml) jus buah ini setiap hari boleh meningkatkan masa penggandaan PSA dari 15 bulan hingga 54 bulan – iaitu satu peningkatan monumental. Kajian susulan mendapati terdapat penambahbaikan yang serupa menggunakan jenis ekstrak delima yang dipanggil POMx.
- Boleh mengurangkan tekanan darah
Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu pemacu utama serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, individu yang mengalami tekanan darah tinggi mempunyai pengurangan tekanan darah yang ketara selepas mengambil jus buah ini sebanyak lima auns (150 ml) setiap hari selama dua minggu. Kajian-kajian lain telah menemui kesan yang sama, terutamanya untuk tekanan darah sistolik, yang merupakan angka yang lebih tinggi dalam pembacaan tekanan darah.
- Boleh membantu melawan arthritis dan sakit sendi
Arthritis adalah masalah biasa di negara-negara Barat. Terdapat banyak jenis yang berbeza, tetapi kebanyakannya melibatkan beberapa bentuk keradangan pada sendi. Memandangkan sebatian tumbuhan pada buah delima mempunyai kesan anti-radang, ianya berkemungkinan boleh membantu merawat arthritis.
Menariknya, kajian makmal menunjukkan bahawa ekstrak buah ini boleh menghalang enzim yang diketahui merosakkan sendi pada individu yang meghidap osteoarthritis. Ekstrak ini juga telah ditunjukkan untuk meredakan arthritis pada tikus, tetapi bukti daripada penyelidikan berasaskan manusia sangat terhad pada ketika ini.
- Jusnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
Penyakit jantung kini merupakan punca utama kematian dunia. Ia adalah penyakit rumit, didorong oleh pelbagai faktor. Asid Punicic, asid lemak utama dalam buah ini, boleh membantu melindungi terhadap beberapa langkah dalam proses penyakit jantung.
Kajian selama 4 minggu terhadap 51 individu dengan tahap trigliserida yang tinggi menunjukkan bahawa minyak biji delima 800 mg setiap hari menurunkan trigliserida secara signifikan dan meningkatkan nisbah trigliserida-HDL. Satu lagi kajian melihat kesan jus delima terhadap individu yang mempunyaid diabetes jenis 2 dan kolesterol tinggi. Mereka mendapati terdapat pengurangan ketara dalam kolesterol LDL “buruk”, serta penambahbaikan yang lain. Jus delima juga telah ditunjukkan – dalam kajian terhadap haiwan dan manusia berfungsi melindungi zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, salah satu langkah utama dalam laluan ke penyakit jantung. Akhir sekali, satu analisis penyelidikan menyimpulkan bahawa jus delima mengurangkan tekanan darah tinggi, yang merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.
- Membantu melawan jangkitan bakteria dan kulat
Sebatian tumbuhan yang terdapat pada buah delima boleh membantu memerangi mikroorganisma berbahaya. Sebagai contoh, ia telah ditunjukkan untuk memerangi beberapa jenis bakteria serta yis Candida albicans. Kesan anti-bakteria dan anti-kulat juga boleh melindungi daripada jangkitan dan keradangan di mulut anda. Ini termasuklah keadaan seperti gingivitis, periodontitis dan stomatitis.
- Membantu memperbaiki memori manusia

Terdapat beberapa bukti bahawa buah ini boleh meningkatkan ingatan. Satu kajian yang dilakukan terhadap pesakit pembedahan mendapati bahawa dengan2 gram ekstrak buah delima boleh menghalang defisit dalam ingatan selepas pembedahan.
Satu lagi kajian dalam kalangan 28 individu dewasa yang lebih tua dengan masalah memori mendapati bahawa 8 auns (237 ml) jus buah delima setiap hari memperbaiki tanda-tanda memori lisan dan visual secara signifikan. Kajian pada tikus juga menunjukkan bahawa buah ini boleh membantu memerangi penyakit Alzheimer.
- Boleh membantu meningkatkan prestasi senaman
Buah ini kaya dengan nitrat pemakanan, yang telah ditunjukkan untuk meningkatkan prestasi senaman.
Satu kajian yang dijalankan terhadap 19 atlet yang berjalan di atas treadmill menunjukkan bahawa dengan pengambilan sebanyak satu gram ekstrak buah ini 30 minit sebelum bersenam akan meningkatkan aliran darah dengan ketara, melambatkan permulaan keletihan dan meningkatkan kecekapan senaman. Lebih banyak kajian diperlukan, tetapi nampaknya potensi buah ini mungkin bermanfaat untuk prestasi fizikal.
Jus buah ini boleh mengurangkan keradangan dalam usus dan memperbaiki pencernaan. Ia mungkin memberi manfaat kepada individu yang mempunyai penyakit Crohn, kolitis ulseratif, dan penyakit usus radang lain.
Walaupun terdapat pendapat dan penyelidikan yang saling bertentangan tentang adakah jus buah ini membantu atau memperburuk cirit-birit, kebanyakan doktor mengesyorkan untuk anda mengelakkannya sehingga anda merasa lebih baik dan gejala anda telah reda.
Bagaimana untuk menyimpan delima

Buah yang belum dikupas: Simpan keseluruhan buah delima pada suhu bilik selama beberapa hari, atau letakkannya dalam beg plastik di dalam peti sejuk selama beberapa minggu.
Biji delima yang sudah dikupas: Aril buah ini disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk selama beberapa hari, atau ia boleh dibekukan dalam satu lapisan kemudian disimpan di dalam bekas di bahagian sejuk beku peti sejuk. Ia mungkin kehilangan bentuknya apabila dicairkan.
Delima adalah salah satu makanan yang paling sihat di atas muka bumi ini, dibekalkan dengan pelbagai nutrien selain sebatian tumbuhan yang kuat. Buah ini mempunyai pelbagai manfaat dan boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit serius, termasuk penyakit jantung, kanser, artritis dan keadaan keradangan yang lain. Selain itu, ia dapat meningkatkan memori dan prestasi senaman anda. Jika anda ingin mendapatkan banyak manfaat kesihatan yang ditawarkan delima, ambil buah delima dan makan secara langsung atau jadikan ia sebagai jus minuman.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen