backup og meta

30% Penduduk Dewasa Malaysia Hidap Hipertensi, Pakar Ini Kongsi 3 Tip Penting!

30% Penduduk Dewasa Malaysia Hidap Hipertensi, Pakar Ini Kongsi 3 Tip Penting!

Sebenarnya, tidak ramai orang yang prihatin terhadap bacaan tekanan darah (BP) kecuali jika mereka ada masalah tersebut. Hakikatnya, isu ini kian meruncing dan masyarakat perlu memberi lebih perhatian.

Bersempena Hari Hipertensi Sedunia ada 17 Mei ini, marilah kita semua hayati dan pelajari lebih lanjut tentang penyakit ini dan kaitannya dengan bacaan tekanan darah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Tentang bacaan tekanan darah tinggi, rendah & normal

Untuk pengetahuan anda semua, tekanan darah yang normal membolehkan darah bergerak ke seluruh tubuh badan dalam usaha membekalkan oksigen dan nutrien dengan baik tanpa ada sebarang gangguan.

Bagi mengetahui tekanan darah sebenar, anda perlu memahami apa itu sistolik dan diastolik seperti di bawah:

  1. Sistolik –  Bacaan tertinggi ketika jantung sedang mengecut dan menolak keluar darah.
  2. Diastolik – Bacaan terendah ketika jantung sedang mengembang dan terisi dengan darah.

Bagi membaca tekanan itu, penggunaan mesin bacaan tekanan darah sangat penting. Nombor yang berada di atas adalah bacaan untuk sistolik manakala yang di bawah ialah bacaan untuk diastolik.

Sekiranya bacaan tekanan tersebut kurang daripada 120/80, maka ia normal. Jika ia kurang, itu menandakan anda ada masalah tekanan darah rendah dan apabila ia lebih, individu tinggi risiko hipertensi.

bacaan tekanan darah

Buat anda yang belum tahu, hipertensi adalah antara kondisi lampu merah yang mungkin boleh membawa maut!

Bagaimana situasi kondisi hipertensi di Malaysia?

Di negara kita, kadar hipertensi adalah sangat tinggi di mana 3 daripada 10 orang dewasa terjejas oleh kondisi yang kronik ini. Kerana itulah juga ia telah digelar sebagai antara penyakit pembunuh senyap.

Apa yang lebih membimbangkan, ramai yang tidak begitu pandang serius tentang kondisi ini. Malah, hampir separuh daripada mereka tidak sedar kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala yang ketara.

“Sikap tidak mengendahkan kondisi hipertensi boleh mendatangkan komplikasi serius seperti strok dan kegagalan organ dalam tubuh badan,”jelas Profesor Madya Dr Verna Lee Kar Mun, Pakar Perubatan Keluarga di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Menurut beliau lagi, ada beberapa faktor yang boleh jadi punca bacaan tekanan darah tinggi seperti berikut:

Persoalannya, apa yang rakyat Malaysia boleh lakukan untuk kurangkan BP agar dapat hidup dengan lebih sihat?

Petua mengurangkan bacaan tekanan darah tinggi!

bacaan tekanan darah
Profesor Madya Dr Verna Lee Kar Mun, Pakar Perubatan Keluarga di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Menurut Dr Verna, kalian perlu memastikan tekanan darah sentiasa dalam julat yang normal yakni sekitar 120 untuk sistolik manakala 80 untuk diastolik. Namun, usaha ini juga mungkin tidak mudah!

Terdapat 3 tip penting untuk anda mengekalkan BP dan mengelakkan komplikasi hipertensi seperti di bawah:

#1. Periksa bacaan tekanan darah dengan kerap

Pertama dan paling penting, Dr Verna menasihatkan agar kalian memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Atau lebih baik, setiap kali berjumpa doktor untuk konsultasi kesihatan.

Sekiranya anda ada faktor risiko yang tinggi atau memang sudah menghidap hipertensi, pemeriksaan sama ada di klinik, hospital atau rumah perlu dilakukan lebih kerap lagi.

Hal ini adalah sangat penting untuk mengesan serta menghindar komplikasi kondisi itu dengan lebih awal. Apabila angka itu dapat kekal di tahap normal, anda sudah tentu akan selamat.

#2. Lebih prihatin dengan faktor risiko hipertensi

Dr Verna turut memberitahu bahawa tekanan darah boleh meningkat secara mendadak sekali gus memicu hipertensi angkara pelbagai lagi faktor risiko luaran, seperti perkara-perkara yang utama di bawah ini:

Hipertensi sekunder

Berpunca daripada keadaan kesihatan lain seperti apnea tidur okstruktif, masalah hormon tiroid dan penyakit buah pinggang kronik. Ia juga boleh menjejaskan degupan jantung dan tekanan darah individu.

bacaan tekanan darah

Pengambilan ubatan tertentu 

Ubatan seperti ubat pelega (dekongestan) dan ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) akan menyempitkan saluran darah serta menyebabkan pengekalan air dan garam dalam badan sekali gus meningkatkan tekanan darah.

Pengamalan makanan tertentu

Makanan masin yang bergaram adalah seteru paling utama. Selain itu, kicap dan kuah dalam makanan tinggi natrium juga boleh menjadi salah satu daripada sebab hipertensi berlaku serta berulang.

#3. Tolong doktor untuk membantu mengurus BP anda

Akhir sekali, sila berlaku jujur dan jangan sesekali cuba untuk menipu atau mengelak daripada doktor anda ya!

Sekiranya kalian ada ambil suplemen atau herba tradisional tertentu, berterus-terang sahaja dengan doktor kerana mereka perlu tahu tentang sejarah ubatan serta makanan seharian anda.

“Usaha untuk membina hubungan di antara doktor dan pesakit itu memakan masa yang lama. Namun, ia mustahak agar mereka dapat membantu mengurus masalah tekanan darah anda,” kata Dr Verna.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. High Blood Pressure (Hypertension), https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4314-hypertension-high-blood-pressure, Accessed May 15 2023.
  2. Understanding Blood Pressure Readings, https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings, Accessed May 15 2023.
  3. Risk Factors for High Blood Pressure (Hypertension), https://www.ucsfhealth.org/education/risk-factors-for-high-blood-pressure-hypertension, Accessed May 15 2023.
  4. 5 Natural Ways to Lower Blood Pressure, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/january/lower-blood-pressure-naturally, Accessed May 15 2023.
  5. 10 ways to control high blood pressure without medication, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20046974, Accessed May 15 2023.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!

Selain Sakit Dada, Ini 7 Cara Mengesan Tanda Serangan Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan