Anda mungkin telah tahu bacaan tekanan darah normal. Bagaimana pula dengan tekanan darah yang tidak normal, dan apakah kesan buruknya? Untuk mengetahui bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya berserta kesannya, sila lihat artikel di bawah ini.
Anda mungkin telah tahu bacaan tekanan darah normal. Bagaimana pula dengan tekanan darah yang tidak normal, dan apakah kesan buruknya? Untuk mengetahui bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya berserta kesannya, sila lihat artikel di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.
Bacaan tekanan darah normal adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Manakala bagi tekanan darah tinggi atau hipertensi, bacaan tekanan darah yang diperoleh adalah lebih tinggi daripada bacaan tersebut.
Anda perlu tahu bacaan darah tinggi normal mengikut umur dan tekanan darah juga boleh berubah-ubah sepanjang hari berdasarkan aktiviti anda.
Mempunyai ukuran tekanan darah secara konsisten melebihi bacaan normal mungkin menandakan bahawa anda mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Lebih tinggi tahap tekanan darah anda, maka lebih banyak risiko anda untuk masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, serangan jantung, dan juga strok.
Doktor boleh mendiagnosis tekanan darah tinggi dan membuat keputusan rawatan dengan menyemak tahap tekanan darah sistolik dan diastolik anda.
Sesetengah doktor mendiagnosis pesakit dengan tekanan darah tinggi jika tekanan darah mereka secara konsisten menunjukkan bacaan 140/90 mm Hg atau lebih tinggi.
Had ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan pada tahun 2003.
Manakala doktor lain pula akan mendiagnosis pesakit darah tinggi jika tekanan darah mereka konsisten berada pada bacaan 130/80 mm Hg atau lebih tinggi.
Had ini pula adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan pada tahun 2017.
Tekanan darah tinggi biasanya berkembang dari semasa ke semasa.
Ia boleh berlaku disebabkan faktor pilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.
Keadaan kesihatan tertentu, seperti diabetes dan obesiti juga boleh meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi juga boleh berlaku semasa kehamilan.
Bagi mereka yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya, terdapat beberapa risiko yang sangat membimbangkan jika anda tidak mengawalnya.
Tekanan darah tinggi yang tidak normal boleh merosakkan tubuh badan anda dalam pelbagai cara.
Antaranya ialah:

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke otak menjadi pecah atau tersumbat. Ini sememangnya boleh menyebabkan kejadian strok.
Sel-sel otak akan mati semasa strok kerana ia tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
Strok boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius dalam pertuturan, pergerakan dan aktiviti asas yang lain.
Strok juga boleh membunuh anda.
Selain itu, mempunyai tekanan darah tinggi terutamanya sewaktu pertengahan umur, telah dikaitkan dengan penurunan fungsi kognitif dan juga demensia.
Bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya juga boleh menyebabkan masalah berkaitan jantung.
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri anda dengan menjadikannya kurang elastik, dan kemudiannya mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung.
Ini boleh membawa kepada penyakit jantung. Di samping itu, penurunan aliran darah ke bahagian jantung juga boleh menyebabkan:
Individu dewasa yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, atau kedua-duanya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik berbanding mereka yang tidak mempunyai keadaan ini.
Cara cegah bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya:
Anda perlu sentiasa mendapatkan bacaan tekanan darah tinggi normal.
Hal ini kerana, jika tekanan darah anda sentiasa tinggi setiap masa, anda berdepan dengan banyak risiko untuk mendapat penyakit kronik.
Ini termasuklah serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan masalah berkaitan otak yang lain.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
High blood pressure. https://www.stroke.org.uk/what-is-stroke/are-you-at-risk-of-stroke/high-blood-pressure. Accessed on November 23, 2022.
High Blood Pressure and Stroke. https://www.stroke.org/-/media/Stroke-Files/Lets-Talk-About-Stroke/Risk-Factors/Stroke-and-High-Blood-Pressure-ucm_493407.pdf. Accessed on November 23, 2022.
High blood pressure dangers: Hypertension’s effects on your body. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20045868. Accessed on November 23, 2022.
High blood pressure. https://strokefoundation.org.au/about-stroke/prevent-stroke/high-blood-pressure. Accessed on November 23, 2022.
How High Blood Pressure Can Lead to Stroke. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/health-threats-from-high-blood-pressure/how-high-blood-pressure-can-lead-to-stroke. Accessed on November 23, 2022.
Versi Terbaru
27/07/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz