4. Berhenti merokok sebagai cara kurang kan darah tinggi
Inilah masanya untuk anda berhenti merokok. Berhenti merokok bukan sahaja dapat menurunkan tekanan darah, bahkan ia juga bagus untuk kesihatan anda.
Mereka yang merokok dalam jangka masa yang panjang selalunya mempunyai tekanan darah yang tinggi. Tekanan yang tinggi ini boleh merosakkan dinding arteri, menyebabkan inflamasi dan mengakibatkan salur darah menjadi semakin sempit.
Bahan kimia dalam rokok juga boleh merosakkan salur darah walaupun anda berada di sekeliling individu yang merokok.
Baca juga:
Cara kurang kan darah tinggi 5: Kurangkan stres

Benar, kita terdedah kepada pelbagai bentuk stres setiap hari.
Ramai antara kita yang tertekan disebabkan masalah peribadi, keluarga dan juga di tempat kerja. Sebab itulah, kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan stres demi kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik.
Ada banyak cara untuk mengurangkan stres. Jadi, anda bebas untuk mencari apa sahaja cara yang berkesan buat diri anda.
Lakukan latihan pernafasan, bersenam, baca buku atau tonton televisyen untuk kurangkan tekanan.
6. Dapatkan tidur yang mencukupi
Pastikan anda dapatkan tidur yang berkualiti setiap hari. Masa tidur yang kurang daripada 6 jam sehari boleh meningkatkan tekanan darah.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi kondisi lain yang dapat mengganggu tidur malam, antaranya ialah apnea tidur, insomnia dan sindrom kaki resah (restless leg syndrome).
Jika anda mempunyai masalah ini, dapatkan rawatan pakar secepat mungkin.
Cara kurang kan darah tinggi 7: Makan makanan yang sihat

Pilih makanan yang sihat untuk mengelakkan tekanan darah tinggi dan juga komplikasinya. Makan lebih banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran segar.
Selain itu, cuba pelbagaikan makanan anda. Pilih makanan yang kaya dengan potassium, serat, protein dan rendah kandungan garam serta lemak. Untuk kebanyakan orang, langkah ini sudah cukup untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok.
Lakukan diet DASH sebagai cara kurang kan darah tinggi. Ia sangat berkesan untuk membantu pesakit hipertensi menurunkan kadar tekanan darah masing-masing.
8. Kurangkan minum kopi
Kopi dapat meningkatkan tekanan darah anda, namun kesannya cuma sementara.
Tetapi, berbeza pula dengan mereka yang minum terlalu banyak kopi. Individu yang minum lebih daripada 4 cawan kopi sehari mungkin akan mengalami peningkatan tekanan darah yang lebih tinggi berbanding orang lain.
Jika anda tidak boleh hidup tanpa kopi, teh, minuman tenaga atau minuman berkarbonat, cuba kurangkan pengambilan semua minuman ini untuk menurunkan tekanan darah.
9. Lakukan pemeriksaan berkala

Kini, anda boleh periksa tekanan darah sendiri di rumah. Anda boleh catat bacaan tekanan darah setiap hari untuk ketahui sama ada ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup yang telah anda lakukan berkesan.
Jika anda tidak mempunyai alat tekanan darah di rumah, anda boleh periksa tekanan darah di farmasi berdekatan dengan harga serendah RM5.
10. Dapatkan sokongan keluarga
Salah satu cara kurang kan darah tinggi yang mungkin ramai terlepas pandang ialah sokongan daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Mereka dapat membantu memberikan sokongan serta dorongan dari segi fizikal dan mental.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan sokongan daripada orang luar melalui komuniti kami. Dapatkan nasihat daripada pakar dan bertukar-tukar cerita dengan orang lain supaya anda dapat lebih memahami kondisi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen