Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Antara ubat yang diklasifikasikan di dalam kategori diuretik adalah seperti berikut:
Furosemide dan Hydrochlorothiazide (diuretik kelas thiazide) – HCTZ
Amiloride (diuretik kekang kalium)
Indapamide dan chlorthalidone (diuretik yang berfungsi seperti kelas thiazide)
Penerangan ubat oleh doktor.
Ubat darah tinggi kelas thiazide mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding dengan ubat daripada kelas diuretik yang lain.
Walaupun HCTZ berkesan apabila dosnya ditetapkan pada sekitar 12.5 mg hingga 50 mg sehari, namun terdapat risiko untuk mendapat kesan sampingan tinggi apabila dos yang diberikan melebihi 25 mg sehari.
Dos yang rendah, walaupun dianggap mempunyai keberkesanan yang tinggi, hanya dipreskripsikan untuk merawat hipertensi pada fasa awal penyakit.
Jika terdapat peningkatan pada risiko kesan sampingan kepada pesakit, perkara tersebut akan dijelaskan oleh doktor kepada anda sebelum regimen tersebut dimulakan.
#2. Perencat enzim angiotensin (ACE-I), antara ubat darah tinggi yang paling berkesan
Penggunaan ubat hipertensi ACE-I bukan sahaja boleh menurunkan tahap tekanan darah, ia juga mampu untuk merendahkan risiko individu bagi mendapat penyakit kardiovaskular.
Fungsinya adalah untuk merencatkan kadar penghasilan agen yang boleh mengecutkan saluran darah dipanggil angiotensin.
Kesannya, bukaan arteri dan vena akan kekal luas bagi memastikan aliran darah berjalan dengan lancar dan mengekalkan tahap kerintangan salur darah pada paras yang rendah.
Selain daripada fungsi tersebut, penggunaan ACE-I juga boleh mencetuskan proses natriuresis secara tidak langsung akibat daripada penurunan penghasilan angiotensin pada organ buah pinggang.
Ini akan mengekalkan isi padu darah pada tahap yang rendah seterusnya menurunkan beban kerja jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Antara ubat darah tinggi yang paling berkesan, diklasifikasikan di dalam kategori diuretik adalah seperti berikut:
Captopril
Enalapril
Perindopril
Ramipril
Lisinopril
Penggunaan ubat darah tinggi ACE-I dalam kalangan pesakit kencing manis berpotensi untuk menurunkan risiko kematian akibat daripada penyakit kardiovaskular.
Ia juga dapat menghindarkan mikroalbuminuria (peningkatan pada jumlah albumin di dalam air kencing), merendahkan proteinuria (protein dalam air kencing) dan merencatkan masalah buah pinggang diabetik.
#3. Perencat reseptor angiotensin II (ARB)
Bagi perencat reseptor angiotensin pula (ARB), kesan farmakologikalnya adalah lebih kurang sama dengan ACE-I. Adakah ia salah satu salah satu ubat darah tinggi yang paling berkesan?
Antara ubat yang diklasifikasikan di dalam kategori diuretik adalah seperti berikut:
Losartan
Valsartan
Irbesartan
Telmisartan
Berbanding dengan ubat ACE-I, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ARB tidak memberikan sebarang faktor pelindung kepada individu yang mengambilnya.
Pelbagai kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan ubat hipertensi penghalang beta berbanding dengan ubat yang lain.
Namun, pada kebanyakan dapatan kajian, ia menunjukkan kesan yang tidak seberapa berbanding dengan ubat lain seperti ACE-I, ARB dan penghalang saluran kalsium (CCB).
Kajian metaanalisis yang terbaru menunjukkan bahawa kesan ubat penghalang beta adalah:
Lebih rendah berbanding dengan ubat CCB jika dilihat pada perspektif jumlah kadar kematian pesakit
Lebih baik berbanding dengan placebo dalam mengawal insiden penyakit kardiovaskular namun tidak melebihi ubat darah tinggi yang lain
Lebih baik berbanding dengan placebo dalam menghindarkan strok namun lebih teruk daripada CCB
Antara contoh ubat penghalang beta adalah seperti berikut:
Acebutolol
Atenolol
Betaxolol
Bisoprolol
Metoprolol
Nebivolol
Propranolol
Komplikasi darah tinggi pada badan.
#5. Penghalang saluran kalsium (CCB)
Berbanding dengan ubat hipertensi yang lain, CCB merupakan salah satu ubat darah tinggi yang paling berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan profil keselamatan yang tinggi.
Kajian metaanalisis telah menunjukkan jika ia digabungkan penggunaannya dengan ACE-I atau ARB, ia boleh menurunkan risiko individu untuk mendapat penyakit jantung pada kadar yang signifikan.
Fungsi utamanya adalah untuk menyebabkan pengembangan pada salur darah.
Ia berikutan CCB akan menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel.
Ini akan menurunkan tahap kerintangan periferal pada salur darah seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Antara contoh ubat penghalang beta adalah seperti berikut:
Amlodipine
Felodipine
Isradipine
Nifedipine
Diltiazem
Verapamil
Konklusinya, kenali ubat darah tinggi yang paling berkesan!
Jika anda mengabaikan ubat yang ada, masalah hipertensi ini boleh melarat menyebabkan komplikasi lain yang lebih serius.
Jika anda mengalami kesan sampingan selain daripada apa yang dinyatakan di atas, dapatkan khidmat nasihat kesihatan daripada doktor anda.
Kalkulator BMR
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Management of
Hypertension. http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=894, Accessed on Jan 6, 2020
Ubat yang digunakan untuk merendahkan tekanan darah tidak mengurangkan kematian secara tiba-tiba. https://www.cochrane.org/ms/CD011745/HTN_ubat-yang-digunakan-untuk-merendahkan-tekanan-darah-tidak-mengurangkan-kematian-secara-tiba-tiba, Accessed on Jan 6, 2020
Diuretik. http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/diuretik/, Accessed on Jan 6, 2020
Perencat Enzim Angiotensin (ACE Inhibitor / ACEI). http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/perencat-enzim-angiotensin-ace-inhibitor-acei/, Accessed on Jan 6, 2020
High blood pressure (hypertension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/diagnosis-treatment/drc-20373417#:, Accessed on Sept 11, 2022