backup og meta

Apa Yang Membentuk Sistem Peredaran Darah Manusia? Ketahui Strukturnya Di Sini!

Apa Yang Membentuk Sistem Peredaran Darah Manusia? Ketahui Strukturnya Di Sini!

Semua sel dalam badan manusia memerlukan oksigen dan nutrien. Pada masa yang sama, tubuh juga perlu mengeluarkan semua bahan buangan daripada badan. Hasil kerjasama saluran darah seperti arteri, vena dan kapilari membentuk sistem peredaran darah manusia yang memainkan peranan penting untuk menyalurkan makanan kepada setiap sel dalam badan.

Bukan itu sahaja, sistem peredaran darah juga mengepam darah dari jantung untuk membekalkan oksigen kepada paru-paru. Darah yang kaya dengan oksigen akan disalurkan melalui arteri manakala darah yang kurang oksigen pula dibawa oleh vena kembali ke jantung.

Apakah sistem peredaran darah manusia?

Sistem peredaran darah, juga dikenali sebagai sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah dan juga darah. Sistem inilah yang bertindak menyalurkan oksigen, hormon dan nutrien kepada semua sel di dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Pada masa yang sama, sistem ini juga akan mengangkut bahan buangan seperti karbon dioksida dan bahan buangan yang dihasilkan oleh hati dan menghantarnya ke organ lain untuk dikumuhkan.

Komponen utama dalam sistem peredaran darah manusia

sistem peredaran darah manusia

Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada beberapa komponen penting:

1. Darah

Darah terdiri daripada

  • Sel darah merah untuk membawa oksigen ke badan
  • Sel darah putih yang merupakan sebahagian daripada sistem imun
  • Platlet untuk membantu pembekuan darah
  • Plasma yang membawa sel darah, nutrien dan juga bahan buangan badan

2. Jantung

Jantung adalah organ yang bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh badan. Organ yang sebesar penumbuk ini terletak pada kiri dada dan di hadapan paru-paru.

Sebenarnya, jantung kita terdiri daripada 2 pam, setiap pam mempunyai 2 injap. Degupan jantung akan terhasil setiap kali jantung kita mengepam darah.

3. Bahagian kanan jantung

Bahagian kanan jantung akan menerima darah yang dipenuhi karbon dioksida. Darah yang masuk melalui atrium akan mengalir ke ventrikel sebelum dihantar ke paru-paru. Di sinilah, oksigen akan masuk semula ke dalam darah menggantikan karbon dioksida.

4. Bahagian kiri jantung

Darah yang dipenuhi oksigen akan dihantar kembali ke jantung. Ia akan masuk melalui atrium kiri dan dipam pula ke ventrikel kiri. Kemudian, darah akan mengalir ke dalam aorta sebelum memulakan perjalanannya ke seluruh badan.

5. Saluran darah

Saluran darah dalam badan manusia mempunyai struktur dan saiz yang berbeza mengikut fungsinya.

6. Arteri

Darah yang penuh oksigen dipam melalui jantung melalui arteri. Arteri terbesar dalam badan manusia ialah aorta yang bersambung dengan jantung. Satu-satunya arteri yang menerima darah yang dipenuhi dengan karbon dioksida ialah arteri pulmonari yang menyambungkan jantung dan paru-paru.

7. Kapilari

Arteri akan perlahan-lahan bercambah dan mengecil menjadi salur darah yang kecil, juga dikenali sebagai kapilari. Saiz kapilari sangat kecil. Hanya 1 sel darah sahaja yang boleh melaluinya dalam satu-satu masa.

Pada waktu inilah, semua nutrien dan oksigen akan disalurkan pada sel. Malah, kapilari juga akan bersambung dengan vena. Jadi, bahan buangan daripada sel akan masuk ke dalam darah.

8. Vena

Berbeza dengan salur darah lain, vena mempunyai injap yang berfungsi mengelakkan darah daripada mengalir ke arah yang salah.

Vena bertugas membawa darah yang rendah oksigen dari badan ke jantung. Darah ini juga akan dihantar ke paru-paru untuk menerima oksigen sebelum ia dikitar semula dalam badan.

Walau bagaimanapun, ada satu jenis vena iaitu vena pulmonari yang membawa darah penuh oksigen dari paru-paru ke jantung.

9. Tekanan darah

Tekanan darah ialah jumlah tekanan di dalam sistem peredaran darah manusia ketika ia dipam ke seluruh badan.

Baca juga:

Sistem peredaran darah manusia bekerjasama dengan sistem lain dalam badan

sistem peredaran darah manusia

  1. Apabila darah beredar melalui sistem pencernaan manusia, ia akan mengangkut sekali nutrien yang diserap daripada makanan.
  2. Badan juga mengangkut oksigen yang kita sedut ketika bernafas. Sistem peredaran darah akan menghantar nutrien dan oksigen ke jantung dan juga sel lain dalam badan sebelum menyerap pula bahan buangan seperti karbon dioksida dan menghantarnya ke buah pinggang dan paru-paru untuk dikumuhkan.
  3. Sistem peredaran darah juga membawa hormon dari sistem endokrin.
  4. Sistem ini juga membekalkan otak dengan oksigen untuk memastikan organ ini dapat berfungsi dengan baik.
  5. Sistem kardiovaskular juga menghantar darah penuh oksigen ke tulang. Pada masa yang sama, tulang pula akan sibuk menghasilkan sel darah baharu untuk badan.

Masalah sistem peredaran darah manusia yang lazim

  1. Aneurisme – Satu kondisi yang menyebabkan kawasan tertentu pada arteri menjadi lemah.
  2. Aterosklerosis – Salur darah menyempit disebabkan pengumpulan plak.
  3. Penyakit jantung – Kurangnya peredaran darah ke jantung disebabkan arteri yang semakin menyempit.
  4. Tekanan darah tinggi – Selalunya berlaku disebabkan oleh berat badan berlebihan atau obesiti.
  5. Vena varikos – Satu masalah yang menyebabkan vena tidak dapat menghalang darah daripada mengalir ke belakang (atau ke arah yang salah).

Bolehkah saya menghalang masalah sistem peredaran darah manusia?

sistem peredaran darah manusia

Jawapannya adalah ya, ada banyak langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan sistem kardiovaskular sentiasa sihat. Antaranya:

  1. Cuba bersenam sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
  2. Makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan serat. Elakkan makan terlalu banyak makanan yang diproses.
  3. Cari jalan terbaik untuk mengurangkan stres.
  4. Ambil ubat dan dapatkan rawatan untuk penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
  5. Cuba berhenti merokok.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Circulatory System. https://my.clevelandclinic.org/health/body/21775-circulatory-system. Accessed on June 24, 2022.
  2. Circulatory system. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/circulatory-system. Accessed on June 24, 2022.
  3. Circulatory system. https://www.healthdirect.gov.au/circulatory-system. Accessed on June 24, 2022.
  4. Heart and Circulatory System. https://kidshealth.org/en/teens/heart.html. Accessed on June 24, 2022.
  5. The Circulatory System – The Body’s Transport System . https://www.uc.edu/content/dam/uc/ce/docs/OLLI/Page%20Content/OLLI%20Circulatory_System.pdf. Accessed on June 24, 2022.

Versi Terbaru

08/06/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Apakah Fungsi Sistem Saraf Pusat & Periferal Manusia? Fahami Strukturnya

9 Penyakit Berkaitan Sistem Endokrin Yang Biasa Terjadi! Apa Beza No. 7 Dengan 8?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan