backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Inginkan Jantung Yang Sihat? Fahami Fungsi & Cara Untuk Jaga Jantung Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/08/2022

Inginkan Jantung Yang Sihat? Fahami Fungsi & Cara Untuk Jaga Jantung Anda

Tahukah anda, cara jaga jantung dan bagaimana ia berdegup? Ayuh, teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Degupan jantung

Secara puratanya, jantung manusia berdegup 2.5 bilion kali sepanjang hayat mereka.

Ia tidak akan berehat walaupun semasa kita sedang tidur atau berada dalam keadaan rehat.

Umumnya, jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang:

  1. Dua ruang atas atau lebih dikenali sebagai atria bertanggungjawab menerima darah yang memasuki jantung.
  2. Dua ruang bawah atau lebih dikenali sebagai ventrikel bertanggungjawab mengepam darah keluar daripada jantung.

Apabila terdapat perubahan fisiologi atau keperluan organ, jantung manusia akan menerima isyarat melalui pelbagai jenis mekanisme kompleks.

Ia seterusnya akan berdegup dengan lebih laju atau perlahan, bergantung kepada keperluan semasa.

Sebagai contoh, jika anda sedang bersenam, jantung akan mengepam lebih banyak darah pada kadar yang laju bagi memenuhi keperluan oksigen dan nutrien tisu badan terlibat.

Jika anda sedang tidur, degupan jantung anda adalah lebih perlahan, pada kadar purata yang boleh memenuhi keperluan oksigen semasa badan sedang berehat.

Bagaimana jantung berdegup?

Sebelum kita ketahui bagaimana cara jaga jantung, jom fahami bagaimana ia berdegup.

Degupan jantung boleh dibahagikan kepada dua fasa, sistol dan diastol.

  1. Fasa sistol: Dalam fasa ini, ruang ventrikel jantung akan mengepam darah keluar daripada jantung.
  2. Fasa diastol: Ruang ventrikel berehat dan injap jantung yang memisahkan di antara ruang atria dan ventrikel terbuka bagi mengisi darah untuk dipam pada fasa sistol yang seterusnya.

Ritma bagi denyutan jantung dikawal oleh sekumpulan sel yang dikenali sebagai nodus sinus.

Ia bertindak sebagai pacemaker (perentak jantung) bagi memastikan degupan jantung berada pada kadar yang bersesuaian dengan keadaan.

Isyarat yang dikeluarkan akan tersebar ke seluruh jantung dan kesemua otot tersebut akan mengikuti ritma berdasarkan kepada rentak nodus sinus.

Bagaimana cara untuk kekalkan jantung sihat?

cara jaga jantung

Terdapat pelbagai cara jaga jantung yang boleh dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan organ penting ini berada pada paras optimum.

Antaranya adalah:

1. Hentikan tabiat merokok, cara jaga jantung paling utama

Asap rokok merupakan punca kepada pelbagai jenis penyakit boleh cegah seperti kanser peparu dan masalah jantung. Ia mengandungi lebih daripada 7,000 jenis bahan kimia yang boleh mengganggu proses fisiologi badan. Antaranya adalah kemampuan untuk menghantar oksigen ke seluruh badan.

2. Pantau tekanan darah anda dengan lebih kerap

Apabila tekanan darah anda meningkat, ia memaksa jantung untuk bekerja lebih keras. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi berkaitan dengan masalah hipertensi. Antaranya adalah masalah jantung iskemik, kegagalan jantung dan peningkatan pada saiz jantung.

Cara jaga jantung #3. Pantau paras kolesterol anda

 Jika jumlah kolesterol di dalam darah terlalu tinggi, ia turut meningkatkan risiko masalah jantung. Aterosklerosis sebagai contoh, merupakan keadaan kesihatan melibatkan penyempitan salur darah sehingga boleh menghalang aliran darah ke otot jantung.

4. Kekalkan berat sihat

Obesiti dan masalah berat berlebihan merupakan faktor risiko bagi penyakit jantung. Ia boleh meningkatkan kebarangkalian untuk penghidap mengalami komplikasi kesihatan seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan hipertensi.cara jaga jantung

5. Jalani hidup aktif, antara tip cara jaga jantung

Bersenam dengan lebih kerap mengikut saranan semasa boleh menurunkan risiko penyakit jantung.

6. Pemakanan sihat

Ambil makanan yang berkhasiat dan elakkan daripada makan makanan segera yang tinggi kandungan trigliserida.

7. Jalani pemeriksaan jantung secara berkala

Ini penting dilakukan sekiranya anda berisiko tinggi sebagai cara jaga jantung. Jika masalah jantung boleh dikesan lebih awal, rawatan boleh dibuat bagi memastikan ia tidak melarat sehingga teruk.

Apa akan terjadi sekiranya jantung saya tidak sihat?

cara jaga jantung

Jika jantung anda gagal berfungsi dengan baik, fungsi fisiologi badan yang lain akan turut terjejas.

Jantung merupakan satu-satunya organ yang bekerja keras setiap masa bagi memenuhi kehendak organ lain.

Kebanyakan individu tidak mengalami sebarang kegagalan fungsi jantung sepanjang hidup mereka, namun bagi individu yang lain pula, kegagalan fungsi tersebut boleh mengakibatkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh dikaitkan dengan masalah kegagalan jantung seperti hipertensi, tabiat merokok, obesiti dan kencing manis.

Bagi menghindarkan perkara tersebut daripada berlaku, anda perlu memahami jantung anda dengan lebih mendalam agar langkah pencegahan boleh diambil.

Baca juga:

Serangan jantung boleh berlaku apabila salur darah yang membekalkan nutrien dan oksigen kepada otot jantung tersumbat.

Punca lazim yang sering dikenal pasti berkait dengan masalah pengumpulan lemak dan kolesterol pada salur darah terlibat.

Walaupun serangan jantung boleh membawa maut, kunci kelangsungan hidup bagi pesakit jantung adalah rujukan kepada unit kecemasan dan doktor dengan kadar segera.

Teknologi perubatan yang maju membolehkan kita untuk mengesan serangan jantung, tidak kiralah walaupun ia ringan sekalipun.

Ini dapat membantu terutamanya pesakit kencing manis yang boleh mengalami serangan jantung tanpa simptom sakit dada.

Pastikan anda mengetahui simptom lazim bagi serangan jantung seperti:

  • Sakit dada
  • Rasa sakit atau kebas pada bahagian lengan kiri, leher, atau belakang dada
  • Perpeluhan
  • Kelesuan
  • Pening kepala

Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan jantung serta komplikasi akibat tahap kesihatannya yang teruk boleh membantu untuk meningkatkan kualiti hidup anda.

#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/08/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan