Embolisme pulmonari (PE) adalah kondisi di mana paru paru tersumbat dengan bekuan atau gumpalan darah di bahagian tubuh badan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Embolisme pulmonari (PE) adalah kondisi di mana paru paru tersumbat dengan bekuan atau gumpalan darah di bahagian tubuh badan.
Kebiasaanya, ia akan berlaku di kaki atau lengan bergerak melalui aliran darah dan tersimpan di dalam saluran darah paru-paru.
Ini menyebabkan aliran darah ke paru-paru tersekat, menurunkan paras oksigen dalam paru-paru dan meningkatkan tekanan darah di arteri paru-paru.
Keadaan ini merupakan penyakit kardiovaskular ketiga yang paling biasa selepas serangan jantung dan strok.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Penyebab darah beku di paru-paru dan embolisme pulmonari sering berlaku disebabkan trombosis urat dalam (DVT). Ia biasanya menyebabkan PE yang bermula dari kaki atau pelvis.
Terdapat beberapa sebab gumpalan darah di urat dalam tubuh yang berbeza, termasuk:
Simptom PE adalah berbeza-beza, bergantung kepada berapa banyak keadaan paru-paru yang terlibat, saiz gumpalan, dan sama ada anda mempunyai penyakit paru-paru atau penyakit organ jantung.
Tanda-tanda dan simptom umum termasuk:
Tanda-tanda dan simptom lain yang boleh berlaku dengan PE termasuk:
Faktor yang meningkat risiko seseorang membangunkan trombosis urat dalam dan PE termasuk:
Dalam sesetengah kes, paru paru tersumbat sukar untuk didiagnosis. Terutamanya jika anda mempunyai keadaan paru atau jantung, seperti emfisema atau tekanan darah tinggi.
Doktor biasanya akan melakukan satu atau lebih ujian berikut untuk mengetahui punca simptom anda. Antaranya:
Sekiranya mempunyai paru paru tersumbat, anda memerlukan rawatan perubatan dengan serta-merta.
Rawatan untuk embolisme pulmonari bergantung kepada saiz dan lokasi bekuan darah.
Sekiranya masalah ini kecil dan dikesan dengan lebih awal, doktor mungkin mengesyorkan ubat sebagai rawatan. Sesetengah ubat boleh memecahkan bekuan kecil.
Bagaimanapun, jika pengeluarannya bekuan darah bermasalah, pembedahan mungkin diperlukan, terutama yang menyekat aliran darah ke paru-paru atau jantung.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen