backup og meta

Penyakit Jantung Kardiomiopati: Jenis, Simptom, Langkah Mencegah & Merawat!

Penyakit Jantung Kardiomiopati: Jenis, Simptom, Langkah Mencegah & Merawat!

Ada banyak tanda tanda sakit jantung lemah yang anda perlu tahu, ia juga mungkin indikator kondisi kardiomiopati!

Kardiomiopati adalah penyakit yang boleh menyebabkan jantung sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Ia boleh berlaku berikutan dinding jantung yang semakin menebal disebabkan keadaan kesihatan seperti kardiomiopati hipertrofik atau pembentukan tisu parut yang menghalang fungsi jantung normal.

Langkah pencegahan bagi masalah ini memerlukan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan faktor risiko dan punca berlakunya kardiomiopati.

Jika berlarutan, otot jantung anda boleh menjadi lemah. Ini bermakna ia tidak berupaya untuk mengepam darah dengan efisien bagi memenuhi keperluan sel badan.

Ritma jantung anda juga boleh terganggu sehingga menyebabkan masalah kegagalan jantung.

Dalam situasi tersebut, anda juga akan mengalami tanda tanda sakit jantung seperti sakit dada, sesak nafas dan sebagainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Jenis masalah jantung kardiomiopati

Sebelum kita membincangkan perihal masalah kardiomiopati, penting untuk kita faham berkenaan dengan jenisnya terlebih dahulu.

 tanda tanda sakit jantung

Kardiomiopati dilatasi

Kardiomiopati dilatasi (DCM) boleh mempengaruhi ruangan atas dan bawah jantung (ventrikel dan atria).

Ia merupakan jenis kardiomiopati terlazim yang didiagnosis dalam kalangan pesakit.

DCM berlaku apabila otot jantung mula mengembang, menyebabkan darah tidak dapat dipam secara normal.

Kardiomiopati hipertrofik

Kardiomiopati hipertrofik adalah sejenis kardiomiopati yang boleh diwariskan oleh ibu bapa.

Ia berlaku apabila otot jantung mula menebal menyebabkan jantung menjadi kaku sehingga mengehadkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan.

Kardiomiopati restriktif

Kardiomiopati jenis ini sering didiagnosis dalam kalangan orang tua. Ia berlaku apabila terdapat tisu parut pada otot jantung.

Keadaan ini boleh menyebabkan jantung anda menjadi kaku sehingga ia tidak boleh berfungsi secara normal.

Displasia ventrikular kanan aritmogenik (ARVD)

Tanda tanda sakit jantung ini merupakan sejenis kardiomiopati yang jarang ditemui.

Puncanya lebih kurang sama dengan kardiomiopati restriktif, ia berlaku disebabkan oleh pembentukan tisu jantung.

Walau bagaimanapun, ARVD turut mempengaruhi isyarat elektrik jantung sehingga boleh menyebabkan masalah ritma tidak normal.

Kardiomiopati amiloid transtiretin (ATTR-CM)

Kardiomiopati jenis ini berlaku disebabkan oleh protein yang dikenali sebagai transtiretin. 

Protein tersebut boleh menyebabkan ventrikel kiri jantung menjadi tebal dan kaku sehingga mengakibatkan darah tidak dapat dipam secara normal.

Kardiomiopati Takotsubo

Turut dikenali sebagai sindrom patah hati. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh stres akut terhadap jantung.

Lazimnya, ia bakal mempengaruhi ventrikel pada sebelah kiri pesakit.

Simptom dan tanda tanda sakit jantung

 tanda tanda sakit jantung

Pada peringkat awal, kardiomiopati tidak menunjukkan sebarang tanda tanda sakit jantung.

Walau bagaimanapun, apabila ia semakin teruk, mereka yang menghidapnya boleh mengalami tanda-tanda sakit jantung seperti:

  • Tercungap-cungap atau berasa letih semasa sedang berehat
  • Kelesuan
  • Pening kepala
  • Sakit dada
  • Rasa berdebar-debar
  • Kaki bengkak

Bagi menghindarkan penyakit menjadi teruk sehingga menyebabkan simptom, pastikan anda membuat pemeriksaan jika berisiko dan rawatan jika didiagnosis.

Langkah pencegahan dan rawatan jantung

Rawatan bagi masalah kardiomiopati berbeza mengikut tahap keterukan tanda tanda sakit jantung.

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang simptom, rawatan mungkin tidak menjadi satu keperluan.

Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor sebelum memulakan sebarang rejimen rawatan.

Bagi mereka yang mempunyai simptom, rawatan yang lazim dipreskripsikan untuk anda adalah:

  1. Perubahan gaya hidup, amalkan gaya pemakanan sihat serta jalani hidup aktif.
  2. Bagi mereka yang mempunyai masalah aritmia atau degupan jantung tidak normal, ubat berkaitan ritma jantung boleh dipreskripsikan.
  3. Rawatan tekanan darah tinggi dan pemberian ubat cair darah boleh menurunkan risiko penyakit.
  4. Kortikosteroid boleh digunakan untuk menurunkan tahap keradangan jantung.
  5. Bagi kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan pembedahan sekiranya langkah di atas tidak berkesan.

 tanda tanda sakit jantung

Berikut merupakan antara langkah-langkah yang boleh anda ambil bagi menghindarkan masalah kardiomiopati pada jantung:

  1. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin. Ambil sayur, buah dan ikan serta kurangkan daging, makanan berlemak dan makanan yang telah diproses.
  2. Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk kekal aktif.
  3. Jika anda peminum alkohol tegar, kurangkan kadar pengambilan alkohol, atau lebih baik, berhenti minum bagi menurunkan risiko kardiomiopati.
  4. Bagi perokok, risiko kardiomiopati boleh diturunkan jika mereka berhenti merokok. Anda juga boleh menikmati penurunan risiko penyakit kronik lain seperti hipertensi, penyakit jantung dan kanser peparu.
  5. Jika anda mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan, penurunan berat badan boleh merendahkan risiko kardiomiopati. Jika tidak, jantung anda akan mengalami kepayahan untuk mengepam darah menyebabkannya perlahan-lahan menjadi lemah.
  6. Bagi individu yang mempunyai ibu bapa dengan masalah kardiomiopati hipertrofik, anda disarankan untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan pemakanan sihat untuk menjamin tahap kesihatan jantung pada paras optimum.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cardiomyopathy. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cardiomyopathy/symptoms-causes/syc-20370709). Diakses pada 6 Disember 2020.
  2. Cardiomyopathy. (https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/cardiomyopathy). Diakses pada 6 Disember 2020.
  3. What is cardiomyopathy in adults. (https://www.heart.org/en/health-topics/cardiomyopathy/what-is-cardiomyopathy-in-adults). Diakses pada 6 Disember 2020.
  4. Cardiomyopathy. (https://www.nhs.uk/conditions/cardiomyopathy/). Diakses pada 6 Disember 2020.
  5. What is cardiomyopathy? (https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16841-cardiomyopathy). Diakses pada 6 Disember 2020.

 

Versi Terbaru

27/12/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan