backup og meta

Apa Itu ECG? Fungsi Mesin Pengesan Ritma Dalam Pengurusan Penyakit Jantung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    Apa Itu ECG? Fungsi Mesin Pengesan Ritma Dalam Pengurusan Penyakit Jantung!

    Anda mungkin tidak tahu apa itu ECG jantung? ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram (atau elektrokardiogram).

    Ia merupakan satu prosedur bukan invasif (tidak berbahaya atau menyakitkan) untuk mengukur aktiviti elektrik jantung.

    Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah jantung seperti sakit dada atau degupan jantung tidak normal akan dipantau menggunakan alat ini.

    Ia berikutan masalah kesihatan tersebut boleh menyebabkan perubahan pada aktiviti elektrik jantung sehingga ia boleh dipaparkan sebagai perubahan corak ECG normal.

    Melalui penggunaan mesin ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh dipreskripsikan mengikut keperluan.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

    Apa yang berlaku ketika maklumat ECG diambil?

    Jika anda tahu apa itu ECG, anda akan faham bahawa ujian ini pantas, tidak menyakitkan atau meningkatkan risiko apa-apa penyakit.

    apa itu ecg

    Prosedur atau fungsi ECG ini agak mudah. 

    Jika anda diuji dengan alatan ini secara elektif (atas pilihan), setelah anda menukar pakaian hospital, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda.

    Bagi mereka yang mempunyai bulu dada, sebahagian daripadanya akan dicukur untuk memudahkan elektrod melekat pada kulit.

    Setiap elektrod mempunyai saiz sebesar duit syiling (besar sedikit daripada duit 50 sen) dan ia dihubungkan dengan wayar yang bersambung pada mesin EKG.

    Anda akan diarahkan untuk baring di atas katil sementara degupan jantung tidak normal atau normal direkodkan oleh mesin ECG.

    Maklumat tersebut akan dicetak pada kertas khas apa itu ECG. Tahap ketepatan graf bergantung kepada beberapa faktor.

    Anda dinasihatkan untuk bernafas secara normal dan tidak bergerak atau bercakap.

    Setelah ujian tamat, kesemua elektrod akan dicabut. Lazimnya, ia tidak mengambil begitu banyak masa (hanya sekitar 10 minit).

    Jenis ECG yang sering digunakan

    apa itu ecg

    Bukan semua penyakit jantung menunjukkan tanda degupan jantung tidak normal setiap masa. 

    Dalam situasi sebegitu, pemantauan secara berterusan menjadi satu keperluan dan ia memerlukan penggunaan mesin apa itu ECG khas.

    Antara jenis ECG yang lazim digunakan dalam dunia perubatan adalah seperti berikut:

    1. Ujian stres – Ada penyakit jantung yang hanya menunjukkan simptom semasa anda sedang bersenam. Dalam hal ini. Penggunaan mesin dengan kelengkapan ECG untuk mengesan degupan jantung tidak normal semasa bersenam boleh mengesahkan diagnosis. Lazimnya, kelengkapan ini menggunakan basikal tidak bergerak atau larian di atas treadmil.
    2. Mesin pemantau Holter – Turut dikenali sebagai mesin pemantau berjalan, pemantau Holter berupaya untuk merekodkan aktiviti jantung anda selama 24 hingga 48 jam mengikut keperluan. Ia boleh digunakan semasa anda sedang menjalani aktiviti harian. Elektrod yang terpasang pada dada boleh merekodkan maklumat pada mesin pemantau kecil yang boleh dibawa di dalam poket.
    3. Mesin perakam peristiwa – Jika simptom anda hanya berlaku sekali-sekala, doktor mungkin akan menggunakan mesin perakam peristiwa. Ia menggunakan konsep yang sama dengan mesin pemantau Holter namun ia hanya akan terpasang secara automatik atau ditekan secara manual semasa simptom sedang berlaku. Maklumat terkumpul boleh dihantar kepada doktor melalui talian komunikasi.

    Risiko penggunaan mesin ECG lebih tertumpu kepada simptom yang disebabkan oleh pemasangan elektrod pada kulit.

    Ada pesakit yang mendapat ruam pada kulit namun ia kebiasaannya hilang dengan sendirinya.

    Bagi penggunaan ujian stres, terdapat risiko untuk mereka yang menjalaninya untuk mendapat serangan jantung.

    Namun ia tidak berkait dengan penggunaan ECG, hanya disebabkan oleh senaman.

    Secara umumnya, penggunaan ECG sangat selamat. Ia hanya mengesan aktiviti elektrik jantung, ia tidak mengeluarkan sebarang aliran elektrik.

    Terjemahan dapatan ujian

    apa itu ecg

    Jika dapatan ujian ECG anda normal, maka ia akan dibincangkan pada sesi janji temu yang seterusnya.

    Sekiranya terdapat tanda tidak normal pada bacaan ECG, doktor kebiasaannya akan memberitahu atau menghubungi anda dengan kadar segera.

    Dalam protokol rawatan jantung, masa merupakan elemen yang sangat berharga.

    Penggunaan apa itu ECG boleh membantu doktor untuk mengesan masalah berkaitan dengan:

  • Degupan jantung terlalu laju, terlalu perlahan atau tidak normal.
  • Anda mengalami serangan jantung.
  • Anda mempunyai masalah jantung tidak normal seperti jantung besar, kurang aliran darah atau kecacatan kongenital.
  • Anda mempunyai masalah berkait dengan injap jantung.
  • Anda mengalami penyakit arteri koronari.
  • Berdasarkan kepada dapatan EKG, doktor mungkin akan menempah ujian lain untuk kepastian atau mereka akan meneruskan dengan protokol rawatan.

    Sebelum anda menjalani ujian ECG (bagi kes elektif), pastikan anda tidak minum air sejuk dan elak daripada terlalu banyak bersenam.

    Air sejuk boleh menyebabkan perubahan pada corak elektrik jantung sehingga menjejaskan ketepatan dapatan apa itu ECG jantung.

    Senaman pula boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan perkara ini turut boleh mempengaruhi integriti dapatan ujian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan