Definisi
Apa itu Aritmia?
Aritmia merupakan masalah pada kadar atau ritma degupan jantung. Dalam keadaan ini, jantung anda akan berdegup terlalu laju, terlaju perlahan atau corak tidak sekata.
Anda pasti?
Aritmia merupakan masalah pada kadar atau ritma degupan jantung. Dalam keadaan ini, jantung anda akan berdegup terlalu laju, terlaju perlahan atau corak tidak sekata.
Aritmia jantung akan merasa seperti getaran atau degupan jantung laju. Sesetengahnya adalah tidak berbahaya, namun sebahagian lagi boleh menjadi serius atau sehingga mengancam nyawa. Semasa aritmia, jantung tidak berupaya mengepam darah yang cukup kepada keseluruhan badan. Hal ini menyebabkan kerosakan mahupun kegagalan organ.
Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom biasa bagi aritmia adalah:
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.
Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.
Aritmia boleh berlaku sekiranya isyarat elektrik yang mengawal degupan jantung tertangguh atau terhalang. Hal ini boleh berlaku sekiranya sel saraf khas yang menghasilkan isyarat elektrik tidak berfungsi dengan baik atau jika isyarat elektrik tidak berupaya menghantar ke jantung dengan baik.
Aritmia juga boleh terjadi sekiranya sebahagian jantung mula menghasilkan isyarat elektrik. Hal ini menambahkan isyarat daripada sel saraf khas dan mengganggu degupan jantung normal.
Beberapa punca biasa aritmia, antaranya:
Terdapat banyak faktor risiko bagi aritmia, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendiagnos Aritmia jantung, doktor anda akan melihat semula simptom dan sejarah perubatan anda serta melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor anda akan bertanyakan tentang – atau ujian untuk – keadaan yang mungkin mencetus Aritmia anda, seperti penyakit jantung atau masalah pada kalenjar tiroid anda. Doktor anda juga akan melakukan ujian pemerhatian jantung spesifik pada Aritmia. Antaranya:
Sekiranya doktor anda tidak dapat mengesan aritmia semasa ujian tersebut, beliau boleh cuba mencetus aritmia anda dengan ujian lain, antaranya:
Di samping itu, pakar jantung anda boleh menggunakan elektrod tersebut untuk merangsang jantung anda untuk berdegup pada kadar yang mungkin mencetuskan atau menghentikan – Aritmia. Hal ini membolehkan doktor anda melihat lokasi Aritmia dan apa yang mungkin menyebabkannya.
Bagi merawat Aritmia, terdapat beberapa jenis teknik.
Rawatan bagi Aritmia jantung juga melibatkan penggunaan peranti boleh implan:
Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin rawatan yang disyorkan untuk Aritmia jantung:
Penyelidikan sedang dijalankan mengenai keberkesanan beberapa bentuk terapi perubatan pelengkap dan alternatif untuk aritmia.
Beberapa jenis terapi pelengkap dan alternatif boleh membantu mengurangkan stres, seperti:
Beberapa kajian menunjukkan bahawa akupuntur dapat membantu mengurangkan degupan jantung tidak sekata dalam Aritmia tertentu, namun kajian lebih lanjut diperlukan.
Peranan asid lemak Omega-3, nutrien yang dijumpai kebanyakannya dalam ikan bagi pencegahan dan rawatan Aritmia belum dikaji lagi sepenuhnya, tetapi bahan ini dilihat dapat membantu dalam mencegah dan merawat beberapa Aritmia.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Ketahui berapakah kadar degup jantung maksimum yang normal untuk usia anda serta bagaimana senaman berintensiti dan faktor lain akan mempengaruhinya.
Lelaki
Wanita
Anda memeriksanya untuk siapa?
Berapa kadar degup jantung anda? (bpm)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Arrhythmia. https://medlineplus.gov/arrhythmia.html. Accessed October 3, 2016.
What Is an Arrhythmia? http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/arr. Accessed October 3, 2016.
Heart arrhythmia. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-arrhythmia/home/ovc-20188123. Accessed October 3, 2016.
Arrhythmia. http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/Arrhythmia/Arrhythmia_UCM_002013_SubHomePage.jsp. Accessed October 3, 2016.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen