Individu yang menghidap sakit jantung pasti tertanya-tanya mengenai makanan untuk pesakit jantung yang sesuai. Disebabkan lambakan makanan yang dijual di pasar raya, soalan yang selalu menghantui adalah ‘apakah pantang larang pesakit jantung’?
Walaupun pesakit mungkin tahu bahawa beberapa jenis makanan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, namun perubahan dari segi habit atau tabiat makan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Malah, setelah bertahun-tahun makan secara tidak sihat, apakah cara yang terbaik untuk memastikan jantung dan sistem kardiovaskular kekal sihat sehingga akhir hayat?
Selain menukar diet kepada yang lebih sihat, pemilihan makanan yang betul juga amat penting. Ketika membeli-belah, elakkan mengambil terlalu banyak snek dan juga makanan yang diproses.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan makanan yang TIDAK BOLEH dimakan oleh pesakit jantung. Kalau hendak makan juga tidak ada masalah, tapi janganlah terlalu kerap pula ya!
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.
Pantang larang pesakit jantung
Untuk memastikan kesihatan jantung yang optimal, ada 8 jenis makanan yang perlu pesakit jantung elakkan:
1. Sosej dan daging yang diproses
Ramai tahu sosej merupakan makanan yang tidak sihat. Tetapi, apakah yang membuatkan makanan ini berbahaya?
Banyak kajian yang telah menemui bukti bahawa daging yang diproses seperti sosej boleh menyebabkan kanser, sakit jantung dan juga diabetes.
Namun, pakar sendiri tidak pasti apakah jumlah yang selamat untuk pengambilan daging yang diproses. Malah, mereka juga tidak pasti jika daging yang berbeza mempunyai risiko yang berlainan.
Menurut Frank Hu daripada Harvard T.H. Chan School of Public Health, berdasarkan data yang ada pada masa sekarang, jelaslah pengambilan daging yang diproses seperti sosej boleh meningkatkan risiko penyakit kronik.
Jadi, jika boleh, elakkan makan terlalu banyak daging proses untuk jantung yang sihat, ya!
[embed-health-tool-heart-rate]
2. Snek dalam pantang larang pesakit jantung
Ini seterusnya makanan untuk pesakit jantung yang harus dielakkan!
Bagi mereka yang menghidap sakit jantung, elakkan pengambilan makanan seperti snek yang mempunyai terlalu banyak garam dan karbohidrat.
Walaupun makanan jenis ini sedap dan memudahkan kehidupan seharian anda, namun satu paket snek mengandungi banyak gula, garam dan juga perasa tambahan yang boleh meningkatkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan tekanan darah tinggi.
Sebagai pengganti, cuba makan snek yang lebih sihat seperti kekacang ataupun buah-buahan seperti epal, betik dan juga anggur.
Semua ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan penuh nutrisi, sesuai untuk pengambilan individu yang menghidap sakit jantung.
Pantang larang pesakit jantung #3. Elakkan manisan
Sudah sampai masanya kita kurangkan pengambilan makanan yang manis. Untuk mereka yang menghidap sakit jantung, makanan seperti aiskrim, gula-gula dan sebagainya perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.
Pengambilan terlalu banyak gula boleh menyebabkan berat badan meningkat. Sebagai penghidap sakit jantung, berat badan merupakan faktor yang amat penting.
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap sakit jantung. Sebab itulah pesakit perlu tahan diri daripada mengambil terlalu banyak manisan.
4. Jangan ambil terlalu banyak protein
Walaupun protein merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun pengambilan protein yang berlebihan merupakan sesuatu yang tidak sihat, lebih-lebih lagi untuk buah pinggang anda.
Protein yang berlebihan selalunya datang daripada daging yang mempunyai kadar lemak tepu yang tinggi.
Daging jenis ini akan meningkatkan tahap kolesterol LDL dalam badan dan meningkatkan risiko sakit jantung!
Baca juga: