home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Inginkan Snek Sihat Di Rumah Semasa Menonton TV? Carilah Buah Berangan!

Inginkan Snek Sihat Di Rumah Semasa Menonton TV? Carilah Buah Berangan!

Buah berangan yang didapati daripada pokok berangan (Castanea) adalah satu kumpulan kacang yang mengandungi kira-kira lapan atau sembilan jenis pokok dan pokok renek yang tergolong dalam keluarga yang sama seperti pokok oak dan pohon beech.

Snek buah berangan

Pokok berangan ini menghasilkan kacang yang boleh dimakan, biasanya dirujuk sebagai buah ini yang dimakan di seluruh dunia.

Buah berangan dianggap sebagai kacang dan buah. Ini kerana buah-buahan secara teknikalnya ditakrifkan sebagai produk daripada tumbuhan berbunga, dan kebanyakan kacang juga termasuk ke dalam kategori ini.

Walau bagaimanapun, buah berangan ini adalah tidak sama dengan horse chestnut. Horse chestnut adalah merupakan sebahagian daripada jenis atau keluarga tumbuhan lain yang tidak berkaitan dengan buah berangan walaupun mempunyai nama yang sama. Walaupun ekstrak horse chestnut digunakan sebagai ubat semulajadi, ia sebenarnya dianggap toksik.

Manfaat buah berangan

Meningkatkan pencernaan

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa buah ini boleh membantu menggalakkan pencernaan yang lebih baik melalui beberapa cara yang berbeza.

Hasil kajian melalui tabung uji yang diterbitkan dalam jurnal Food Microbiology mendapati bahawa ekstrak buah ini mempunyai kesan perlindungan terhadap bakteria probiotik yang terdapat dalam saluran gastrousus manusia. Probiotik adalah sejenis bakteria bermanfaat yang menjadikan usus anda sihat dan membantu meningkatkan penghadaman.

Selain itu, buah berangan juga tinggi kandungan serat. Serat pemakanan akan mengelakkan pencernaan kerana ia melalui saluran gastrointestinal, yang membantu dalam pergerakan makanan melalui saluran penghadaman manusia.

Serat juga boleh membantu mengurangkan sembelit, menggalakkan kekenyangan, menstabilkan gula darah dan membantu menyuburkan bakteria yang bermanfaat yang terdapat di dalam usus anda.

Selain buah berangan, makanan lain yang kaya dengan serat termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan jenis-jenis kacang yang lain.

buah berangan

Mengandungi antioksidan

Selain ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral, buah ini juga mempunyai sejumlah besar kandungan antioksidan.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Bioteknologi di Universiti Chosun di Korea menunjukkan bahawa ekstrak bunga berangan menunjukkan sifat antioksidan yang kuat dan juga membantu melindungi daripada kerosakan akibat daripada melanoma atau kanser kulit.

Antioksidan adalah bahan yang membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya, yang merupakan sebatian yang boleh bertambah dan menyebabkan kerosakan pada sel serta penyakit kronik.

Antioksidan yang bermanfaat ini telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, bermula daripada pencegahan kanser sehinggalah untuk melawan penyakit jantung.

Antioksidan boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan dan kandungannya sangat tinggi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit dengan sentiasa mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah berangan dan buah-buahan serta sayuran yang lain.

Melindungi jantung anda

Beberapa jenis buah berangan sebenarnya telah menunjukkan kesan perlindungan pada jantung anda. Ini sebahagiannya kerana buah berangan mengandungi kandungan antioksidan, yang boleh mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung.

Buah ini juga mengandungi kalium, sejenis mineral penting yang boleh mengurangkan beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung.

Satu kajian mendapati bahawa peningkatan pengambilan kalium dapat menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok sebanyak 24 peratus dengan berkesan.

Jika anda mengalami masalah jantung, cuba untuk memasukkan hidangan buah berangan dalam diet anda kerana ia dapat membantu mengurangkan beberapa faktor risiko penyakit jantung dan menjaga jantung anda agar kekal sihat dan dalam keadaan yang baik.

Buah ini kaya dengan kalium yang sangat penting untuk jantung. Menurut British Medical Journal, peningkatan pengambilan kalium boleh mengurangkan tekanan darah dalam kalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi dan menurunkan risiko strok.

Menggalakkan keteraturan

buah berangan

Apabila anda memakan serat, ia bergerak melalui badan anda tanpa dicerna. Ini boleh membantu menambahkan ketumpatan tinja dan memudahkan laluannya melalui badan untuk mengelakkan sembelit.

Satu analisis yang diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology pada tahun 2012 telah menganalisis sebanyak lima kajian untuk mengukur kesan serat makanan. Kumpulan penyelidik mendapati bahawa pengambilan serat yang meningkat dikaitkan dengan peningkatan kekerapan tinja.

Buah berangan yang digabungkan bersama dengan makanan tinggi serat yang lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang, boleh menjadi tambahan makanan yang sangat baik untuk membantu mengelakkan sembelit dan meningkatkan keteraturan.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku

Alahan terhadap buah berangan tidaklah kerap sepertimana jenis-jenis kacang yang lain, seperti kacang tanah. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan gejala yang teruk. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap jenis kacang pokok, anda juga harus mengelakkan buah ini.

Alahan terhadap buah berangan boleh menyebabkan gejala seperti gatal-gatal, bengkak, berdehit dan kemerahan.

Sekiranya anda mengalami gejala ini setelah mengambil buah berangan, anda harus berhenti menggunakannya serta merta dan dapatkan nasihat daripada doktor.

Selain itu, buah ini juga tinggi dengan kandungan karbohidrat. Dengan hanya 10 biji buahnya boleh memberikan hampir 45 gram karbohidrat.

snek

Sekiranya anda mempunyai diabetes atau gula darah yang tinggi, anda harus berhati-hati apabila anda ingin memasukkan buah ini dalam diet anda.

Buah ini dianggap sebagai karbohidrat yang kompleks, yang bermakna ia dicerna lebih lambat daripada jenis karbohidrat lain dan boleh dimasukkan ke dalam pelan diet yang sihat.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mengekalkan pengambilannya secara sederhana dan mengambilnya secara bersama dengan pilihan karbohidrat rendah yang lain untuk mencegah peningkatan gula dalam darah.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Lee SK, Yoon SH, Kim SH, Choi JH, Park HS. Chestnut as a food allergen: identification of major allergens. J Korean Med Sci. 2005;20(4):573-578. doi:10.3346/jkms.2005.20.4.573

http://www.centerforagroforestry.org/pubs/whychestnuts.pdf

https://www.nccih.nih.gov/health/horse-chestnut

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 14/01/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x