Namun, untuk sayur seperti kangkung dan bayam, adalah lebih baik jika anda membasuhnya dengan bersih terlebih dahulu.
Ini kerana, sayuran ini biasanya agak berpasir sewaktu anda membelinya di pasar.
Selepas dibasuh bersih, toskan airnya dan lap sehingga kering sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
#2. Sayuran jenis buah
Ini pula adalah cara simpan sayur tahan lama bagi jenis buah.
Sayur buah seperti cili, lada benggala atau tomato akan mudah menjadi rosak atau melecuh jika dibiarkan lembap.
Oleh itu, sebelum disimpan di dalam peti sejuk, pastikan sayuran jenis ini berada dalam keadaan yang kering terlebih dahulu.
Kemudian, masukkannya ke dalam bekas kedap udara dan boleh terus diletakkan dalam peti sejuk.
Untuk lebih tahan lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana sayur biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada.
#3. Sayuran akar

Di setiap rumah famili, pastinya kita ada membeli atau menanam sayuran atau rempah akar seperti lengkuas, serai, kunyit, halia dan lain-lain lagi.
Sayuran akar seperti ini akan mudah menjadi kering jika dibiarkan pada suhu bilik. Begitu juga apabila disimpan dalam peti sejuk begitu sahaja.
Oleh itu, untuk mengekalkan kesegaran dan jus sayuran jenis ini, ia perlu disimpan dalam bekas yang berisi air bersih.
Cara simpan sayur tahan lama bagi jenis ini pula, pastikan sayuran tersebut telah dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.
Kemudian, masukkan ke dalam bekas atau botol yang berisi air agar ia terendam sepenuhnya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen