backup og meta

Hanya 12 Minggu Diperlukan Untuk Mendapat Jantung Yang Sihat! Caranya, Buat 12 Tabiat Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/01/2023

    Hanya 12 Minggu Diperlukan Untuk Mendapat Jantung Yang Sihat! Caranya, Buat 12 Tabiat Ini

    Terdapat banyak kepentingan mengekalkan jantung yang sihat, namun tidak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukannya. Ini cara untuk mengekalkan tanda jantung sihat dalam tempoh 12 minggu. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

    Cara mengekalkan tanda jantung sihat dalam tempoh 12 minggu!

    Berdasarkan kajian, perubahan gaya hidup boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Oleh sebab itu, pada kali ini, Hello Doktor ingin berkongsi bagaimana untuk mengubah gaya hidup anda ke arah jantung yang lebih sihat dalam tempoh 12 minggu sahaja.

    Adakah anda sudah bersedia?

    Minggu 1: Kekalkan tanda jantung sihat melalui senaman

    Kurang melakukan senaman setiap hari adalah antara punca berlakunya banyak kematian setiap tahun.

    Oleh itu, untuk memastikan jantung anda sentiasa sihat, anda perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan secara beransur-ansur meningkatkan kekerapannya.

    Cuba lakukan senaman secara teratur. Lakukan 150 minit senaman ringan seperti aerobik setiap minggu.

    Anda juga boleh melakukannya antara 4 hingga 5 hari seminggu selama 30 hingga 40 minit sehari.

    Minggu 2: Berhenti merokok

    tanda jantung sihat

    Berhenti merokok sangat membantu untuk kesihatan jantung anda. Akan tetapi, berhenti merokok juga boleh menjadi antara salah satu perubahan yang paling sukar untuk dilakukan.

    Jika anda tidak merokok, anda perlu menjauhi diri daripada persekitaran yang tercemar dengan asap rokok.

    Ini kerana, bukan hanya tabiat merokok sahaja yang boleh menjejaskan kesihatan jantung, tetapi menghidu asap rokok juga boleh memberikan kesan yang sama. 

    Minggu 3: Kekalkan tanda jantung sihat dengan kurangkan pengambilan lemak

    Lemak boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, terutamanya jenis lemak tepu.

    Mengurangkan pengambilan lemak tepu sebanyak mungkin boleh membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga kanser.

    Minggu 4: Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans

    Menggantikan lemak tepu kepada lemak tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol jahat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan ketara.

    Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti marjerin, makanan sedia untuk dimakan, makanan segera dan ambil makanan yang kaya dengan lemak yang sihat seperti avokado dan juga minyak zaitun. 

    Minggu 5: Kawal tahap kolesterol boleh bantu kekalkan tanda jantung sihat

    Kurangkan paras kolesterol dalam diet harian anda sebanyak mungkin untuk kekalkan jantung yang sihat.

    Anda digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pengambilan makanan harian.

    tanda jantung sihat

    Pilih ikan dan ayam tanpa lemak berbanding daging merah yang lebih tinggi kolesterol.

    Selain itu, makan pelbagai jenis kacang dan kurangkan minum minuman ringan.

    Minggu 6: Kurangkan pengambilan garam

    Makan terlalu banyak garam dan makanan yang diproses boleh meningkatkan pengambilan natrium dan menjejaskan kesihatan jantung.

    Jadi, hadkan pengambilan garam harian anda.

    Minggu 7: Tanda jantung sihat boleh dikekalkan dengan mengambil lebih serat

    Makanan yang kaya dengan serat boleh membantu menurunkan kolesterol darah.

    Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari selain minum lebih banyak air boleh memastikan sistem pencernaan sihat dan menurunkan kolesterol darah.

    Minggu 8: Kawalan stres

    Tekanan dan perasaan marah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Terlalu banyak tekanan atau stres yang dialami boleh meningkatkan tekanan darah dan merosakkan jantung.

    Oleh itu, cuba hilangkan tekanan yang dialami untuk menjaga kesihatan jantung.

    Aktiviti senaman, melakukan yoga, dan bermeditasi boleh membantu mengawal tekanan yang sedang dialami. Ia boleh membuatkan paru-paru dan badan menjadi lebih sihat.

    Minggu 9: Pilih makanan yang baik untuk kekalkan tanda jantung sihat

    tanda jantung sihat

    Antara kepentingan mengekalkan jantung yang sihat adalah untuk menyokong fungsi jantung yang berterusan.

    Oleh itu, pemilihan makanan yang kaya dengan nutrisi boleh membantu menyokong kesihatan jantung.

    Pilih makanan anda dengan teliti dan lihat kandungan pemanis, lemak dan juga garam dalam makanan tersebut.

    Minggu 10: Lakukan aktiviti fizikal

    Lakukan aktiviti fizikal baharu selain senaman fizikal yang selalu anda lakukan.

    Anda boleh mencuba melakukan yoga, berenang, bermain basikal dan bermacam-macam lagi aktiviti fizikal lain yang menyihatkan jantung.

    Minggu 11: Ubah tabiat pemakanan anda

    Jika anda kerap makan di luar, tukarkan tabiat tersebut dengan kerap makan di rumah.

    Ini kerana, anda boleh mengawal sendiri sebarang kandungan dalam masakan di rumah berbanding di kedai.

    Selain itu, ubah juga cara penyediaan makanan daripada kaedah menggoreng kepada kaedah stim, rebus atau bakar.

    Minggu 12: Sarapan setiap hari

    Setiap pagi, anda perlu bersarapan untuk memastikan diri sentiasa bertenaga sepanjang hari.

    Ini kerana ramai yang melewat-lewatkan waktu sarapan harian mereka.

    Anda perlu makan makanan yang sihat untuk sarapan pagi. Jadi badan dan jantung anda akan sentiasa sihat.

    Kesimpulan 

    Antara kepentingan mengekalkan jantung yang sihat adalah untuk memastikan hidup anda boleh diteruskan dengan baik tanpa sebarang masalah kesihatan.

    Oleh sebab itu, anda perlu melakukan perubahan yang telah dinyatakan di atas bermula hari ini.

    Ia tidak perlu dilakukan secara drastik, namun boleh dibuat dalam tempoh 12 minggu.

    Selamat mencuba!

    #UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan