Terdapat 2 jenis utama kolesterol: lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ kerana ia cenderung untuk mendap di dalam salur darah menyebabkan ia menjadi sempit dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
HDL pula merupakan ‘kolesterol baik’ yang membantu mengurangkan mendapan LDL di dalam salur darah.
Diet adalah salah satu langkah paling penting dalam mengawal kadar kolesterol. Bagaimana ingin melakukannya? Baca sehingga akhir.
Apakah perubahan yang boleh dilakukan untuk dapatkan diet rendah kolesterol?
Tujuan utama dalam mengubah suai diet adalah untuk mengekalkan kadar kolesterol pada julat normal seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Melalui diet, sebanyak 10%-15% jumlah kolesterol dapat diturunkan.
Pertama, kita harus mengenal pasti makanan tinggi kolesterol

Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen